Sindrom putus haid, atau menopause barangkali istilah paling digeruni wanita pertengahan usia, lingkungan 48-52 tahun. Sungguhpun perangkaan statistik menunjukkan jangka hayat wanita bertahan lebih lama berbanding lelaki, namun dapatkah kita menyusuri saki-baki kehidupan ini dengan sihat dan aktif? Jawapannya terletak pada setiap makanan yang anda kudap dan suap saban hari, apakah ia berkhasiat dan bernutrien tinggi untuk menghadapi kesugulan putus haid?

Ads

Khasiat Omega Bantu Sindrom Wanita MENOPAUSE Tampil Sihat & Aktif!

Apabila tibanya detik menstruasi terhenti, anda harus berdepan pelbagai masalah, antaranya kekeringan faraj akibat kekurangan hormon estrogen. Kemerosotan hormon turut membuatkan tubuh cepat terasa panas dan mudah berpeluh, selain menyebabkan pengecutan pada payudara serta lapisan tisu rahim. Kehilangan tisu elastin juga turut menjejaskan rupa paras, hasilnya, kulit wajah anda mulai ditumbuhi pigmentasi memalukan.

Justeru, untuk melalui proses perubahan ini dengan positif, pastikan tubuh diserapi nutrisi yang diperlukan menerusi tabiat pemakanan yang tepat. Salah satunya ialah asid lemak Omega-3 atau sebaiknya adunan lemak berkhasiat iaitu Omega-3, 6 dan 9.

 

KEBAIKAN OMEGA

Tergolong dalam kategori Essential Fatty Acids (EFA), Omega-3 atau asid linolenic banyak ditemui dalam minyak ikan (tuna, salmon, sardin, mackerel, halibut, herring) dan biji-biji tumbuhan seperti walnut, kacang soya serta biji flax. Kajian menunjukkan Omega-3 berkesan untuk membantu fungsi prostaglandin yang penting untuk aktiviti selular, merendahkan kadar kolestrol dan mengurangkan sakit sendi.

Khasiat Omega Bantu Sindrom Wanita MENOPAUSE Tampil Sihat & Aktif!

Ads

Selain itu, ia dipercayai membantu proses pertumbuhan dan perkembangan, fungsi penglihatan, kanser, pembekuan darah, arthritis, penyakit jantung, diabetes, asma, alergik, kesan terbakar dan hipertensi. Asid ini juga mampu mengekalkan kesegaran kulit, memastikan sel tisu sentiasa muda dan sihat dengan menghalang kekeringan dan pengelupasan.

 

ASID FOLIK

Ads

Anda pasti inginkan bekalan asid folik (400µq sehari) mencukupi untuk membantu keseimbangan homocysteine, sejenis asid amino yang bertindak menentang penyakit jantung. Melangkah ke alam putus haid, tubuh turut menuntut lebih multivitamin atau vitamin B-complex untuk menggantikan masalah kekurangan nutrisi. Selain itu, amalkan juga pengambilan kalsium dengan kadar 800mg dan vitamin D, kira-kira 5µg daripada pengambilan makanan harian. Bagi mencegah sembelit terjadi dalam usia ini, pastikan tubuh anda menyerap 25g fiber diet sehari, selain beberapa supplemen kesihatan lain seperti Vitamin E, Minyak Evening Primrose dan Dong Quai.

 

MAKAN DALAM KUANTITI KECIL

Menurut pakar, tidak semua wanita yang mencapai peringkat putus haid mengalami kemurungan dan perubahan fizikal dengan ketara. Oleh kerana tahap metabolisma semakin menurun apabila usia kian meningkat, anda perlu berhati-hati dengan tabiat pemakanan harian. Otot-otot akan mulai mengecut dan berat badan cepat bertambah tanpa kawalan. Kurangkan pengambilan kalori sebaiknya 10% terutamanya jika anda bukan seorang yang aktif dan jarang melakukan aktiviti fizikal. Jangan mengambil makanan ringan dan berkarbohidrat terlalu banyak sebaliknya makanlah dalam kuantiti sedikit namun tetap pada masanya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI