Cekal dan tabahnya hati Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Dato’ Seri Hajah Hasmizah Othman. Dalam keadaan masih terkejut dengan insiden ribut yang melanda gudang miliknya di Jelapang 2, Ipoh, Perak sekitar petang semalam… usahawan ini tenang dengan kejadian yang berlaku dan menerimanya dengan hati terbuka.
Menerusi foto yang muat naik di dalam Instagram beliau, kelihatan deretan khemah yang diletakkan di perkarangan gudang Empayar Beauty roboh dan rosak teruk. Bukan itu saja, barang-barang jualan juga rosak dihempap dan bertaburan di atas lantai. Namun Dato’ Seri Vida bersyukur kerana pekerja dan pengunjung yang datang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Berkongsi momen di sekitar kawasan terjejas selepas ribut melanda, ahli perniagaan yang berasal dari Kelantan ini meluahkan keredaan dengan apa yang berlaku. Katanya, “Ini satu ujian .. roboh segala khemah untuk jualan murah. Tetapi alhamdulillah, ujian diberi dalam macam-macam bentuk.
Ribut melanda ni tanda rezeki hendak datang lagi banyak.. inshaAllah. Positif, positif, positif. Tengok signboard Empayar Beauty pun rosak. Tak apa, semuanya cabaran dan menunjukkan rezeki nak masuk. Ada hikmah.”
https://www.instagram.com/p/BsSkS_agXQR/
Khabarnya, jualan promosi sempena Tahun Baru 2019 tersebut diadakan sejak 3 Januari lalu dan berakhir hari ini, 7 Januari. Pun begitu, disebabkan situasi tidak dijangka semalam.. semua stok barang jualan dibawa masuk ke dalam gudang kembali dan pelanggan terpaksa membeli dalam keadaan bergelap akibat black out kesan angin kencang tersebut.
Buat Dato’ Seri Vida, moga kejadian yang berlaku menguatkan lagi semangat untuk berniaga selain membantu kaum wanita di luar sana menjana pendapatan.
Kredit: Instagram Dato’ Seri Vida