Ads

Nampak saja garang, tapi ‘Kapten Pantun’ ini terkenal dengan telatah lucu dan selamba. Sejak nama Kapten Shahirul ‘Alim Aminudin atau Kapten Shaha dikenali kerana usikan pantunnya yang menghiburkan para penumpang, juruterbang penerbangan tambang murah AirAsia yang berusia 39 tahun ini tidak henti-henti mencuri tumpuan ramai.

Tidak keterlaluan kalau kami katakan setiap penumpang yang menggunakan penerbangan AirAsia pasti ternanti-nanti untuk berjumpa atau sekurang-kurangnya mendengar pantun daripada Kapten Shaha. Menerusi pengakuannya dalam sebuah program, Kapten Shaha berkata, “Selepas episod viral itu saya tak mahu semua ini mengaburi niat saya. Ramai yang telah add saya sebagai kawan di Facebook. Tapi saya minta maaf sebab tak dapat approve kerana saya harus menghormati keluarga dan kehidupan peribadi saya sebab mereka (keluarga) adalah amanah.”

Selain tertarik dengan cara Kapten Shaha menghiburkan para penumpang, kesudiannya untuk berbicara tentang media sosial dan ajaran Islam juga begitu menarik perhatian. Berikut adalah petikan yang disampaikan Kapten Shaha.

Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam.”

Saya ingin mengambil ayat akhir itu, ‘Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam’. Tapi apa yang berlaku di Internet sekarang? Terlalu banyak fitnah. Ramai orang membicarakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dibicarakan. Bila seseorang menyebarkan fitnah, apa kesilapan lazim yang kita akan buat?

Kita akan komen ‘apa lagi?’, Kita ‘share’, buat ‘snapshot’ dan hantar (kepada orang lain). Kita ‘like’… Ini perkara paling buruk yang kita lakukan, kita ‘like’. Seelok-eloknya, kita berkata baik atau kalau tak tahu… diam.

“Anda akan dipertanggungjawabkan kelak kerana mencetuskan fitnah. Walaupun bukan anda yang memulakan fitnah itu. Sekarang juga zaman berkongsi gambar di Internet. Sambil kita memandu, kita share gambar kereta yang dipandu dan sertakan doa, “Ya Allah, moga saya tidak lewat ke tempat kerja hari ini.” Tapi lambang kereta berpampang … Maserati.

Sekarang, ramai yang suka buat posting di Internet untuk setiap perkara yang mereka lakukan. Ia adalah satu penyakit dalam diri kita. Seolah-olah kita suka membanggakan diri. Kita mengundang hasad dengki dan iri hati. Kadang-kadang, kita lakukannya juga ketika beribadah. Muat naik gambar selfie di depan Kaabah dengan kapsyen doa, “Ya Allah.. moga Kau terima umrah kami.”

Ads

Khuatir SIKAP NEGATIF Netizen Di Media Sosial, Ini Pesan Kapten Shaha! Moga Bermanfaat

Ads

Anda meminta doa dari siapa sebenarnya? Seharusnya meminta daripada Allah dan bila meminta dari Allah, bukanlah melalui Facebook. Bahayanya media sosial sekarang ini ialah hilangnya keikhlasan diri dalam melakukan sesuatu perkara. Kita lakukan untuk mendapat perhatian dari masyarakat. Dan saya rasa saya berani berkata begitu kerana saya sendiri pernah menjadi mangsa media sosial.

Saya menghabiskan masa yang banyak di media sosial dan sekarang saya sedar kenapa ia berlaku. Semuanya kerana kita terlalu sibukkan diri dengan kehidupan orang lain yang sebenarnya bukanlah urusan kita,” tegas Kapten Shaha.

Semoga ilmu dan dakwah yang ingin disampaikan insan ini diterima baik oleh semua pihak. Jadikan apa yang pernah berlaku dalam diri anda sebagai ikhtibar untuk memperoleh kehidupan yang lebih berkat dan dilindungi Allah SWT. SUZIANA ABU DAUD

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI