Kiddytopia, jenama yang telah ditubuhkan pada tahun 2019, kini berbangga dengan perkembangan pesat yang telah dicapai. Dengan tiga cawangan sedia ada di Kiddytopia Aeon Nilai, Kiddytopia Midvalley Southkey, dan Kiddytopia IOI City Mall Putrajaya, serta pengenalan dua varian perniagaan baharu iaitu Kiddycafe dan Kiddyride, Kiddytopia terus komited untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami.
Menurut Encik Akmal Adib Mainong, Pengarah Urusan Kiddytopia, “Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua ibu bapa yang telah mempercayai kemudahan taman permainan dalaman kami. Dengan tema hiburan mesra keluarga, kami amat teruja untuk memperkenalkan Finger Food Family Friendly terbaru kami, Surfries!.”
Surfries! menawarkan empat jenis kentang goreng istimewa iaitu loaded fries, shaker fries, long fries, dan steak fries. Datang bersama dengan kombo yang sempurna, pelanggan juga berpeluang mendapatkan diskaun tambahan apabila membeli bersama dan layak untuk membeli Bolo Bun dengan dua perisa ais krim pada harga hanya RM5. Kombo ini akan dilancarkan bermula pada 14 September.
“Kami menggunakan bahan-bahan terbaik dan telah mencuba beberapa resipi untuk memastikan yang terbaik untuk pelanggan kami. Kami menyediakannya dengan sepenuh hati, bukan hanya berbaloi dengan harga tetapi juga merupakan makanan ringan yang sempurna untuk seluruh keluarga,” kata Chef Nor Arazman bin Haji Al Junid, Ketua Koki Eksekutif.
Kiddytopia adalah antara jenama pertama yang menggabungkan kafe, taman permainan dalaman, dan permainan penggalian konsol untuk seluruh keluarga. Dengan ini, Kiddytopia adalah pusat persinggahan yang ideal untuk ibu bapa yang ingin menikmati hidangan sambil melihat anak-anak mereka berseronok dengan permainan