“KIDS SMARTWATCH Ni Boleh Ganti HARNESS Demi Keselamatan Anak,” Kongsi Peah Ahmad

Mak-mak yang berkerjaya tentu menghadapi masalah ketika ‘melepaskan’ anak-anak ke sekolah. Lebih-lebih lagi terdapat pelbagai aktiviti di sekolah yang membuatkan mak-mak terpaksa bergantung harap kepada pakcik van untuk menghantar dan mengambil anak-anak ke rumah atau ke transit. Kalau nak bagi anak-anak handphone memang tak dibenarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Dalam hati tak keruan memikirkan anak-anak, badan sahaja di pejabat tapi fikiran di sekolah mereka.

Tertarik dengan perkongsian Peah Ahmad pemilik Butik Vendor, Malvita yang beroperasi di dua buah lokasi iaitu Pulau Pinang dan Kedah tentang Kids Smartwatch untuk anak sulungnya, Min Jasmin Lateefa yang baru berusia 5 tahun.

Di laman Instragamnya Peah ada berkongsi dengan Kid Smartwatch ini, “Baru ni saya belikan Min smartwatch kat shoppe. Since jadual dia tahun ni agak pack, tuisyen la, kelas mengaji lah. So kadang-kadang perlu jugak untuk dia call atau ping abah dia yang kadang-kadang terlupa atau ralit nak amik dia,” katanya.

Ketika dihubungi Peah menjelaskan lagi tentang manfaat Kid Smartwatch ini, “Sebenarnya mak dia yang excited bila nak beli jam ni. Zaman mak dia dulu tak ada jam yang boleh call. Saya terpanggil untuk membeli jam ini adalah demi keselamatan anak dan juga memudahkan hubungan apabila dia jauh dari pandangan seperti menghadiri kelas tuisyen dan sebagainya. Jam tangan ini ada GPS so at least boleh pantau dia ke mana-mana.

Jam ni ada banyak kelebihannya seperti mempunyai alarm.

Kalau pergi shopping mall, kita click button alarm dia, akan berbunyi macam siren kecik tu. So boleh tahu atau trace dia ada di mana. Kalau nak pakaikan dia harness mungkin sudah tak sesuai lagi sebab dah besar.

Kalau Min pergi kelas tuisyen jika terjadi kelas drag atau habis kelas awal, dia boleh voice message inform atau call terus abah dia. Kalau abah dia tak sempat saya boleh ambil alih tugas mengambil dia di kelas tuisyen. So far bagi saya Kids Smartwatch ni okay. Sebab as a parents boleh kontrol masa dia,” terang Peah yang merupakan graduan UiTM.

Menurut Peah Kid Smartwatch ini tidak memudaratkan kerana mempunyai aplikasi asas sahaja untuk call and message. Berpadanan lah dengan harganya RM39. Tak ada aplikasi lain seperti You Tube dan sebagainya. Kalau ada You Tube memang tak beli la. Menariknya jam ini boleh diaktifkan mengikut keperluan. Jika berada dalam bilik darjah boleh set SLEEP MODE

. “Untuk message pula, dia buat siap-siap dah group. So kalau Min voice tanya abah kat mana, mak dia dalam tu tahu la abah dia belum amik dia lagi.

By the way Kid Smartwatch ni sesuai untuk anak-anak yang berusia 5tahun ke atas. Mungkin tahun ni birthday anak boleh hadiahkan jam ni,” jelas Peah yang mencadangkan untuk beli sim card onexox hanya RM30 untuk 28 bulan.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan