Pakai kimono lengkap dengan dandanan rambut yang tersendiri menjadi trademark kepada Youtuber terkenal, Kimono Mom.
Manakala gelagat mencuit hati ketika memasak bersama anak perempuan tunggalnya, Sutan menjadi tarikan utama di saluran Kimono Mom sehingga berjaya meraih 1.66 juta subscribers!
Jom baca 9 fakta mengenai Kimono Mom.
DULU SEORANG GEISHA
Sebelum berkahwin, Moe adalah seorang geisha atau geiko. Selama bertahun-tahun Moe dilatih sebagai geisha di kampung halamannya, Kyoto, Jepun.
Geisha yang sinonim dengan solekan putih melepak, gincu merah menyala serta kimono adalah penghibur tipikal Jepun yang menjadi sebahagian daripada budaya mereka sejak abad ke-18 hingga kini.
IBU ANAK SATU
Moe berkahwin dengan Motoki Yamada dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Sutan pada musim bunga tahun 2019. Kini Sutan berusia 4 tahun. Selepas berkahwin dan memiliki anak, Moe berpindah ke Tokyo dan tidak lagi bekerja sebagai geisha.
Dia kini bergelar suri rumah sambil mencipta content yang berkait dengan rutin hariannya iaitu masakan, keibubapaan dan keluarga.
YOUTUBER TERKENAL
Moe mula membuka akaun Youtube peribadinya, Kimono Mom pada Februari 2020. Pada mulanya dia memuat naik video memasak makanan tradisional Jepun dan rutin pergi ke pasar.
Kebanyakan content di Youtube Kimono Mom memaparkan resipi masakan Jepun dari yang paling popular sehinggalah ke masakan tradisi yang jarang diketahui umum. Lebih menarik, Moe sering memakai kimono ketika membuat video di Youtube.
SUTAN ANAK YANG COMEL & CERDIK
Hampir keseluruhan kandungan Komono Mom memaparkan anak perempuannya, Sutan. Suaminya pun kerap muncul.
Keakraban dan kemesraan keluarga kecil ini berjaya menarik perhatian ramai. Lebih-lebih lagi Sutan yang cerdik dan comel.
KONGSI KEHIDUPAN WANITA JEPUN
Salah satu content di Kimono Mom yang paling popular ialah “Mom’s Life in Japan | 24hours | The first part”
Ia telah menarik perhatian ramai orang untuk mengula sisi menarik kehidupan seorang ibu Jepun dalam membesarkan anak. Bagi mereka, didikan Moe adalah contoh terbaik bagi ibu muda.
PERNAH MENETAP DI BALI
Kimono Mom tidak asing lagi di Indonesia. Dikatakan, Moe pernah menetap di Bali, Indonesia selama 3 tahun. Lama juga tu.
Pernah menjadi perbincangan hangat oleh netizen Indonesia tentang salah satu content Jerome Polin melawat rumah dan keluarga Moe.
Ketika di sana, Jerome dijamu dengan menu Indonesia hasil ‘air tangan’ Moe, wow! Maka terbukti, Moe pernah menetap di Bali selama 3 tahun.
TURUT HASILKAN VLOG
Selain content masakan, Kimono Mom turut mempersembahkan vlog harian bersama anak tunggalnya, Sutan.
Gelagatnya comel sangat! Walaupun masih kecil, Sutan seorang anak yang sangat bijak dan ceria. Sutan turut memiliki akaun Instagram sendiri iaitu @smile_sutan
EDIT SENDIRI VIDEO
Moe menyunting sendiri video-videonya bagi mencapai kualiti yang standard. Moe menyedari kehidupan di rumah lebih universal daripada apa yang difikirkan.
Hanya menggunakan telefon pintar, dia kini menjadi Youtuber terkenal dengan cara mengedit yang pantas. Dari segi kualiti video adalah sangat baik dengan pencahayaan dan suasana dapur yang kemas. Masakan pula didominasi oleh rona putih.
TURUT TERKENAL LUAR NEGARA
Kimono Mom bukan sahaja terkenal di Jepun. Kebanyakan penonton di saluran Youtubenya adalah dari luar negara yang ingin tahu tentang masakan Jepun tradisional.
Itulah antara kelebihan Kimono Mom, fasih berbahasa Inggeris. Tak hairanlah dia mampu pergi jauh dan terkenal di peringkat antarabangsa.
Kredit Foto: Instagram Kimono_Mom
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.