Jika sebelum ini pelakon berbakat besar Nad Zainal cukup menjaga privasi apatah lagi selepas mendirikan rumahtangga buat kali kedua, persoalan Nad Zainal sama ada dirinya berbadan dua akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan sedang mengandung.
Penampilan ibu kepada dua cahaya mata itu jelas menampakkan ‘baby bump’ yang kian membesar membuatkan ramai meneka perubahan dirinya sewaktu menghadiri KLFW baru-baru ini.
Memasuki trimester ketiga kehamilan, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin lebih terbuka berkongsi tentang keadaan dirinya. Nad menjelaskan bakal bersalin cahaya mata ketiganya pada pertengahan Oktober.
“Beginilah keadaanya. Insya allah, bersalin oktober nanti,” jelas Nad ringkas. Ditanya sama ada mengalami sebarang kesukaran untuk kehamilan kali ini, Nad mengakui adakala dirinya demam dan batuk tetapi dirinya ok saja memandangkan ini kehamilan yang ketiga.
Ditanya mengenai perkembangan terkini, ini respon Nad Zainal yang juga merupakan isteri kepada Ungku Ismail. “Saya baru sahaja selesai penggambaran untuk sebuah projek bersama Eirma fatima. Saya pegang watak wanita mengandung.
“Malah suami pun seloroh, dah tak boleh sorok (kehamilan) ini. Kalau ada yang tahu, tahulah. Cuma kalau nak buat pengumuman, tidaklah,” jelas Nad. Pelakon berusia 33 tahun itu turut berkongsi pengalaman mengandung anak ketiga ini, beliau kerap mengidam nasi kandar.
Untuk rekod, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018 itu mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Ismail, 37, pada 23 Januari 2023 selepas mengumumkan hubungan cinta kepada umum pada 17 Januari. Ini merupakan perkahwinan kedua Nad Zainal selepas berpisah dengan suami pertama, Muhammad Faliq Amirudin pada tahun 2022. Hasil perkahwinan tersebut, Nad dikurniakan 2 orang cahaya mata.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.