Kecantikan

Kini Di Watsons, REJURAN Cosmetics Revolusikan Penjagaan Kulit dengan Formulasi Saintifik Termaju

REJURAN Cosmetics, sebuah jenama terkemuka dalam penjagaan kulit, secara rasmi telah membuat penampilan sulungnya di Malaysia dalam Watsons Malaysia. Jenama penjagaan kulit bertaraf antarabangsa yang eksklusif dan efektif ini telah dilancarkan di Colony @ The MET Corporate Towers pada hari ini.

Acara ini menampilkan Datin Dr. Chandini Ramakrishnan, Doktor Estetik, yang telah  berkongsi mengenai sejarah jenama, inovasi terkini dan manfaat transformasi REJURAN Cosmetics, serta misi utamanya untuk memberikan penyelesaian penjagaan kulit yang luar biasa kepada rakyat Malaysia.

Ditubuhkan pada 2014, selepas beberapa dekad penyelidikan bahan-bahan penyembuhan kulit dan anti-penuaan, REJURAN Cosmetics telah mendapat pengiktirafan global untuk penggunaan teknologi Polynucleotide (PN), yang fokus kepada penjanaan semula sel dan peremajaan kulit, membolehkan pengguna mendapatkan semula – ‘REclaim’ – kisah kulit mereka dengan hasil yang optimum. Barisan produk penjagaan kulit yang melonjakkan REJURAN termasuk produk REJURAN Dual Effect Ampoule dan REJURAN Turnover Active Cream, yang terkenal dengan keupayaan untuk mengubah dan meremajakan kulit.

Rangkaian produk penuh REJURAN Cosmetics termasuk:

  • REJURAN Dual Effect Ampoule: Ampul penambahbaik kedutan dan pelembap khas yang dilengkapi dengan teknologi DOT™ c-PDRN REJURAN. Ia membantu dengan 6 jenis kedutan dalam dan mencipta kulit yang berseri.
  • REJURAN Turnover Active Cream: Krim penjagaan penuaan yang dilengkapi dengan teknologi DOT™ c-PDRN REJURAN. Krim ini membuatkan kulit berseri dengan minyak berkilat tinggi dan kelembapan air.
  • REJURAN Moisture Bubble Cleansing Water: Air pembersih lembut dengan surfaktan berasaskan tumbuhan untuk membersihkan dan melembabkan kulit tanpa kerengsaan walaupun selepas pembersihan.
  • REJURAN Moisture Treatment Essence: Pati yang menenangkan dan menambah kelembapan pada kulit yang kering dan lemah, serta menjadikannya lebih sihat melalui c-PDRN, PDRx dan komponen penghalang kulit.
  • REJURAN Moisture Treatment Ampoule: Ampul yang menenangkan dan melembapkan kulit secara intensif untuk kulit yang kering dan lemah akibat rangsangan luar.
  • REJURAN Moisture Treatment Mask: Topeng muka yang menenangkan dan melembapkan kulit, serta menguatkan kelembapan komponen penghalang kulit yang kering dan lemah akibat rangsangan luar
  • REJURAN Moisture Cream: Krim yang menenangkan dan melembapkan kulit untuk menguatkan kulit kering dan lemah dengan komponen c-PDRN, PDRx dan komponen penghalang kulit.

Produk REJURAN Cosmetics boleh dibeli di cawangan Watsons Malaysia terpilih di seluruh negara, Watsons Online, serta kedai rasmi REJURAN Cosmetics MY di Shopee dan Lazada.

IKLAN
Share