Montigo, jenama alat minuman termoregulasi pertama di Malaysia baru-baru ini mengumumkan kerjasama yang menarik dengan jenama penjagaan mulut antarabangsa yang terkenal, Colgate. Dengan kerjasama ini, pencinta kopi bertuah boleh membawa pulang sekotak ubat gigi Optic White Colgate apabila mereka membeli mana-mana produk Montigo, khususnya Knight’s Tumbler atau Sense Sense Coffee Cup.
Ads
Jenama Montigo dicipta khas bagi menawarkan botol minuman yang dibuat menemani setiap langkah – semasa aktiviti harian anda. Berempena Hari Kopi Antarabangsa, Montigo, bersama-sama Colgate, berhasrat membantu mereka yang sering berhadapan masalah gigi bernoda dengan menawarkan ubat gigi Colgate Optic White secara percuma kepada pelanggan yang bertuah.
“Kami berhasrat menyediakan alat minuman agar anda terhidrat sepanjang hari sambil memenuhi keperluan seharian anda. Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Noda Kopi Dengan Montigo x Colgate Montigo dalam meraikan Hari Kopi Antarabangsa dengan kerjasama istimewa dengan Colgate bagi memenuhi gaya hidup anda.
Kopi adalah minuman paling popular di dunia selepas air masak, namun ramai penggemar kopi terkejut apabila menemui cawan pagi kegemaran mereka mudah mengotorkan gigi mereka. Terima kasih kepada Colgate, kini kami dapat memberikan nilai tambah kepada pelanggan kami supaya mereka tidak perlu mengelak merasai kopi kegemaran semata-mata untuk untuk melindungi gigi mereka”, jelas Marcus Lim, Pengurus Jenama Montigo.
Ads
Mulai 15 Oktober, Montigo akan menawarkan tawaran eksklusif untuk mereka koleksi kopi termasuk:
Ads
Beli mana-mana dua Sense Cup dan terima DISKAUN 15%.
Beli mana-mana dua Knight’s Tumbler dan terima DISKAUN 15%.
Beli Knight’s Tumbler dan Sense Cup bersama-sama dan terima DISKAUN 15%.
Ketahui lebih lanjut tentang kempen Bulan Kopi Montigo di shopmontigo.com atau lawati gerai pop timbul luar talian mereka di seberang pusat membeli-belah di Lembah Klang ini: Starling Mall, Paradigm Mall, KL East Mall, Central i-City.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada tahun 2020, Hari Keputeraan Rasmi Agong telah dipinda daripada 6 Jun kepada 8 Jun. Bermula pada tahun 2021, Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda ditetapkan pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun dan sepanjang tempoh pemerintahan KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dengan pindaan tersebut, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka dapat diraikan bersama-sama seluruh rakyat jelata melalui pengisytiharaannya sebagai hari pelepasan am.
PEGANG REKOD DUNIA Baginda adalah pemegang ‘rekod dunia’ sebagai Putera Mahkota kedua paling lama selepas Putera Charles. Baginda mula memikul amanah sebagai Tengku Mahkota Pahang sejak berusia 16 tahun, pada 1 Julai 1975. Justeru Baginda mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pentadbiran negeri.
Selain itu juga, Baginda telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pemangku Raja Pahang sebanyak dua kali. Begitu banyak jasa dan sumbangan Baginda dalam pelbagai bidang sepanjang menjadi Pemangku Raja Pahang.
Semasa kecil, Baginda dibesarkan sebagai seorang yang lasak memandangkan Baginda bakal bergelar pemimpin. Sebab itulah Baginda sentiasa kelihatan cergas dan awet muda sehingga kini.
SIKAP SABAR YANG TINGGI “Tuanku tidak terkejar nak beri satu direksi atau titah, bukan kepada saya sahaja, tapi juga kepada kawan-kawan, sahabat Tuanku dan juga kepada orang kampung secara lembut dan jelas. Peribadi Tuanku iaitu hubungan bersama rakyat adalah satu hubungan yang sangat jujur.”
Terbukti hormat dan kasihnya KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah terhadap Paduka Ayahanda tercinta sehinggakan banyak keperibadian Baginda menjadi contoh teladan dalam hidupnya.
Begitulah keperibadian Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang sangat kasih dan prihatin akan rakyatnya. Maka tidak hairanlah Baginda menjadi kesayangan rakyat.
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda bagi tahun 2022.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong terus dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan berada dalam lindungan rahmat-Nya bersama Paduka-Paduka Anakanda dan Paduka-Paduka Cucunda. Daulat Tuanku!
Sumber: House of Pahang
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selaras dengan perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, seluruh Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) meletakkan jawatan sebagai menteri termasuk 5 Menteri wanita ini. Walau bagaimanapun Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad terlebih dahulu meletakkan jawatan pada 6 Ogos lalu.
Terima kasih diucapkan kepada kuasa lima orang wanita ini yang turut berganding bahu menjalankan pentadbiran negara termasuk 4 orang Timbalan Menteri. Mereka ini bukan calang-calang kerana mereka terdiri daripada tokoh politik berpengalaman, teknokrat dan pakar dalam pelbagai bidang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Sebelum dilantik sebagai Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Wanita yang berusia 47 tahun ini merupakan Ahli Parlimen bagi zon Titiwangsa. Datuk Seri Rina Mohd Harun merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA). Beliau melanjutkan pengajian ijazah pertamanya di Universiti Northwood di Michigan, Amerika Syarikat dan mendapat BBA dalam bidang Perbankan dan Kewangan.
Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Wanita yang berusia 53 tahun ini merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor. Dato’ Dr Noraini Ahmad memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Kuantitatif Analisis dan Kewangan dari Universiti Saskatchewan, Kanada. Seterusnya memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Hajah Zuraida Kamaruddin telah dilantik sekali untuk mentadbir Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan oleh Perdana Menteri ke-8. Beliau merupakan Ahli Parlimen Ampang, Selangor. Kini berusia 62 tahun serta mendapat pendidikan awal di tanjong Katong Girl School, Singapura dan mempunyai pengalaman yang luas bekerja di sektor swasta sebelum menceburi politik.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Ahli Parlimen Batang Sadong ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2013. Berusia 59 tahun Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri memiliki darah Iban-Cina-Scotland-Melayu-Melanau. Beliau merupakan pemegang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan UiTM – Universiti OHIO (1998) (Beta Gamma Sigma Kehormat Anugerah); Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari University of Hull, UK (1990); Diploma Pentadbiran Awam ITM Shah Alam (1985); Sijil Pelajaran Malaysia, Hijau Jalan Sekolah Menengah Green Road (1976-1978).
1. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Datin Mastura Yazid merupakan balu kepada Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang meninggal dunia dalam tragedi helikopter di Sarawak. Berusia 59 tahun Datin Mastura Yazid merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.
2. Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan. Kini berusia 57 tahun dan sudah tiga kali menang dalam pilihan raya 2008, 2013 dan 2018.
3 Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Datuk Wira Mas Ermieyati Hj Samsudin merupakah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka sejak memenanginya pada pilihan raya umum ke-13. Kini berusia 44 tahun dan memiliki 5 orang cahaya mata. Beliau juga merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di UKM, Bangi, Selangor.
4 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) YB Dato Hajah Hanifah Hajar binti Taib
Bapa Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Balingian dalam Parlimen Mukah sehingga melepaskan jawatan apabila dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri pada 2014. Kini berusia 48 tahun merupakan bekas pelajar Universiti San Francisco, Amerika Syarikat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selamat melahirkan anak kedua pada 1 Februari lalu, selebriti romantis Amyra Rosli dan Amar Baharin sepakat menamakan cahaya mata perempuan mereka, Ayra Aryssa. Pendedahan itu dibuat selepas genap seminggu aktres cantik berkenaan melahirkan puteri sulungnya. Alahai, sedap nama anak. Pandai Amyra dan Amar pilih!
Pada hari tersebut juga pasangan suami isteri ini telah mengadakan majlis akikah puteri kesayangan mereka. Selain mendedahkan nama anak mereka dan berkongsi wajah terkini Ayra, difahamkan pasangan ini turut membuka akaun khas Ayra Aryssa di Instagram. Meskipun baru memuat naik lima posting namun jumlah pengikut Ayra sudah mencecah lebih 40 ribu followers.
Mengintai Instagram Amyra, ibu muda berusia 28 tahun ini sempat berkongsi wajah bayi perempuan comelnya yang dipangku adik-beradik dan ibu Amyra sendiri.
Mengimbas kembali berita kehamilan kedua Amyra, selebriti ini membuat kejutan mengenai pengesahan kehamilannya pada sambutan ulang tahun suami tercinta yang
ke-34 pada Ogos tahun lalu. Malah, Amyra turut berharap dapat bersalin pada tanggal 2 Februari 2020.
Namun terpaksa akur dengan kelahiran Ayra sehari sebelum tarikh cantik tersebut.
Apa-apa pun Nona berharap agar ibu dan bayi perempuan comel ini sentiasa diberi kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak solehah.
Kredit: Instagram Amyra Rosli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...