Kisah POSITIF, Bila BERKONGSI Jangan Saling Bertanding. Sebaiknya Hormat Isteri Pertama Dan Semai Sikap BerTOLAK ANSUR – Dato’ Nurulhidayah

[et_pb_section admin_label=”section”]
[et_pb_row admin_label=”row”]
[et_pb_column type=”4_4″]
[et_pb_text admin_label=”Text”]

CINTA BERPUTIK

“Saya rasa untuk menyatakan berputik rasa cinta kepada Dato’ Saiful Nizam tidak terlalu tepat kerana saya sendiri seorang yang berprinsip tidak mahu berkahwin dengan suami orang. Perkenalan saya dengan beliau atas dasar kerja. Kami bersama-sama terlibat dalam bidang perniagaan dan selalu berkongsi pendapat Ketika suami menyatakan hasratnya untuk mengambil saya sebagai isteri yang sah.

Saya memang terkejut, sangat terkejut! Sudahlah dia memang beristeri, saya sendiri pun takut kerana ibu saya seorang yang sangat pantang apabila wanita lain mengambil suami orang. Jadi apabila perkara ini terjadi kepada saya memang kaget. Tetapi melihat suami yang bersungguh-sungguh, saya memberikan syarat supaya temukan saya dengan isterinya yang pertama. Mula-mula memang rasa cemas, tapi bila dah kenal ternyata kami ‘sekepala’.

Apabila kakak (panggilan Dato’ Nurulhidayah kepada Datin Bahazanariah) sudah meyakinkan saya bahawa dia menerima saya sebagai madunya kini tiba giliran untuk memberitahu ibu pula. Apabila menerangkan keadaan, ibu mahu berjumpa dengan kakak dan alhamdulillah selepas pertemuan tersebut segalanya berjalan lancar dan saya mendapat restu kedua orang tua,” ujar beliau anak sulung kepada Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

EMOSI

Sering kali kita dengar,  tentang kes cerai berai dan juga kes madu sama madu bergaduh besar mengalahkan perang dunia kedua. Bermacam-macam kes yang terjadi, masing-masing tidak mahu kalah dan masing-masing cuba menjatuhkan sesama sendiri. Apabila menemu bual dua orang wanita yang berada di dalam situasi yang sama, penulis begitu teruja mendengar jawapan mereka.

Mendengar soalan yang diajukan Dato’ Nurulhidayah segera menjawab, “Bagi saya dalam sesebuah perkahwinan itu kejujuran amat penting. Saya sendiri sebelum ini amat pantang dengan lelaki yang beristeri dua. Namun setelah melaluinya saya faham mengakui bahawa perkahwinan akan menjadi berkat sekiranya si suami jujur.

Seperti saya, kakak sendiri yang datang merisik saya dan menyarungkan cincin di jari. Kerana sewaktu suami melamar saya, syarat yang saya kenakan adalah kakak perlu tahu perkara ini. Alhamdulillah penerimaan yang ditunjukkan oleh kakak menjadikan saya seorang insan yang bersyukur. Berbalik soal madu yang bergaduh dan bermasam muka seperti yang banyak terjadi kini.

Bagi saya semuanya disebabkan oleh perasaan hasad dengki yang kuat. Yang nombor dua tidak mahu menghormati yang nombor satu malah saling berlawan untuk membuktikan siapa yang lebih baik dan lebih cantik. Bagi saya sebagai yang nombor dua kita perlulah mempunyai sikap bertolak ansur dan hormat kepada isteri pertama kerana mereka sudah berkongsi kasih. Namun hendak menyalahkan isteri semata-mata pun tidak adil.

Suami perlu mengamalkan sikap terbuka dan berterus terang. Perkara yang tidak seperti madu bergaduh ini terjadi kerana suami ada yang menyembunyikan perkahwinan daripada isteri pertama. Perkahwinan ini membuatkan saya berada di landasan yang betul. Suami dan kakak membuatkan saya bersikap lebih matang daripada segala segi termasuklah hal agama. Saya bersyukur kerana menerusi penyatuan ini kami saling melengkapi.”

Ingin membaca kisah kedua-dua wanita hebat ini dengan lebih lanjut? Jangan lupa untuk mendapatkan majalah Nona edisi Oktober 2017 di pasaran sekarang.

 
[/et_pb_text]
[/et_pb_column]
[/et_pb_row]
[/et_pb_section]

Share
Published by
Fiezreen