Kisah Sayu Datuk Ziela Jalil Tanggung Rindu Arwah Suami Hingga 5 Bulan Ulang-Alik Pusara

Perkahwinan kedua pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil bersama suaminya Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar bukan lagi rahsia. Kebahagiaan jelas terpancar di riak wajah nenda kepada Tun Alayna Zeeya ini.

Foto: Instagram @zielajalil

Namun, hati terusik mendengar perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata, Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah ini apabila menjadi tetamu jemputan program Istimewa, Borak Kelamin baru-baru ini. Tampil dalam persalinan jubah hijau muda, Datuk Ziela kelihatan tenang menjawab setiap persoalan yang diajukan.

Sesekali menitiskan air mata ketika menjawab pertanyaan apabila berdepan dengan saat akhir pemergian suaminya, bekas ahli politik ternama, Allahyarham Tan Sri Megat Junid pada tahun 2008 lalu.

Foto: Instagram @zielajalil

Sayu mendengar wanita ini bercerita tentang sarat rindu yang ditanggungnya. “Tak pernah memikirkan kita akan hilang orang yang tersayang dalam keadaan yang kita tak bersedia dari segi mental. Tak mudah.

Foto: Instagram @zielajalil

Empat ke lima bulan pertama, kakak akan ulang alik ke kubur dua kali sehari sampaikan emak naik risau,” tutur Datuk Ziela yang membahasakan dirinya kakak dalam program tersebut.

Foto: Instagram @zielajalil

Tambahnya lagi, “Tapi sebenarnya itulah cara kakak untuk kuatkan kembali semangat kakak untuk menempuhi hidup tanya arwah. Apabila menziarahi pusaranya, terubat sedikit rindu. Memang lama kakak berkeadaan begitu. Kadang-kadang apabila rindukan arwah, kakak pakai t-shirt atau kain arwah untuk melepaskan rindu,” ucapnya sayu.

Foto: Instagram @zielajalil

Apabila suami pergi buat selama-lamanya sudah pasti terselit cerita tentang urusan pembahagian harta yang ditinggalkan. Datuk Ziela Jalil juga tak terkecuali dan menurutnya urusan pembahagian harta yang dihadapinya memakan masa selama enam tahun.

Foto: Instagram @zielajalil

“Walaupun harta yang ditinggalkan suami tidak banyak mana, tapi masa yang diambil untuk selesaikan hal ini sekitar enam tahun juga,” ujar Datuk Ziela yang turut mempunyai madu dan anak-anak tiri ketika itu.

Foto: Instagram @zielajalil

“Sebenarnya dalam Islam sendiri menuntut apabila seseorang itu meninggal, sebaiknya harta pusaka yang ditinggalkan diselesaikan sebelum arwah dikebumikan. Tapi, iyalah, berbeza dengan budaya masyarakat kita yang menganggap isu ini sebagai sensitif dan perlu masa untuk diselesaikan,” tuturnya lagi.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed