Siapa yang tidak mengenali pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming. Di kala bulan Ramadan ini, sudah semestinya ramai yang ternanti-nantikan resipi apa yang bakal dikongsikan oleh beliau.
Namun baru-baru ini, satu resipi yang dikongsikan beliau mendapat perhatian seorang pakar kesihatan, iaitu Dr Rafidah Abdullah yang meminta supaya pempengaruh popular tersebut menyediakan resipi sihat kepada orang ramai.
Komen di ruangan Twitternya itu dibuat selepas perkongsian video masakan Khairul Aming menggunakan resipi sambal hijau bilis dan telur dadar untuk puasa hari kesembilan. Menerusi ciapan tersebut, ada yang bersetuju dengan pendapat Dr. Rafidah, malah tidak kurang juga yang tidak senang dengan pendekatan tersebut.
Isu tersebut juga turut mendapat perhatian Dr Beni Rusani, pakar jantung atau cardiologist Institut Jantung Negara yang mempunyai pandanganya sendiri. NONA mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau berhubung perkara ini.
Jelas Dr Beni “Tentang berkongsi resipi itu tiada masalah bagi saya, sudah pasti itu adalah kepakaran Khairul Aming berkongsi menu yang tulen untuk video-videonya, bersesuaian dengan kaedah masakan tersebut. Andai tak cukup rempah ratusnya dan bahan-bahan lain, pasti masakan tersebut tak menjadi.
Tapi ia berbalik kepada tanggungjawab kita untuk consume dengan berhati-hati. Jangan terlalu ghairah, makan berpada-pada dan yang penting amalkan pengambilan bahagian Pinggan Sihat Malaysia iaitu suku-suku separuh. Ini kerana kadang kala ilmu itu kita ada, tapi kita tak praktikannya.
Sebagai contoh ada juga kes di mana ada individu yang terlalu ekstrem dengan diet yang terlalu sihat, tapi malangnya mereka tak boleh kekal konsisten dengan amalan tersebut akhirnya apabila mereka ‘rebound’ berat badan mereka yang turut itu akan menjadi bertambah semula.
Malah contoh jelas boleh dilihat di kalangan anggota kesihatan tak kiralah doktor, jururawat, pembantu perubatan dan sebagainya yang bertugas di sektor pekhidmatan kesihatan yang mempunyai berat badan berlebihan (obese). Mereka tahu apa yang patut diamalkan, tetapi ‘will’ untuk mempraktikkan perkara tersebut yang kurang.
Jadi nasihat saya, pemakanan seimbang untuk kekalkan berat badan lebih penting untuk jangka masa panjang, itu sebabnya kadang-kadang kita dibenarkan untuk makan makanan-makanan yang sedap tetapi kenalah berpada-pada serta amalkan kaedah suku-suku separuh,” akhiri Dr Beni Rusani.
Untuk pengetahun Dr Beni Rusani sudah lama berkhidmat di Institut Jantung Negara sejak tahun 2012, dan menerima pendidikan dalam bidang jurusan perubatan dari Auckland Medical School di New Zealand pada 1996.
Dr Beni turut berkongsi yang beliau memilih bidang ini kerana minat dan cabaran merawat penyakit jantung, seperti serangan & lemah jantung – terutama kes-kes kecemasan di waktu malam.
Malah Dr Beni juga turut selalu diundang untuk mengulas kes-kes kesihatan menerusi rancangan My Doctors di Astro. Dr Beni juga turut pernah menulis sebuah novel berjudul Breathe (karya semi-biografi) yang bertemakan persahabatan dan kisah cinta yang hilang (lost-love).
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Semoga apa jua saranan dan nasihat yang dikongsikan Dr Rafidah dan Dr Beni serta pakar-pakar kesihatan lain tentang isu ini boleh diambil dengan hati yang terbuka.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***