Suatu ketika dahulu Catriona Ross pernah mengemparkan industri seni apabila berjaya menurunkan badannya. Penurunan berat badan Catriona Ross menjadi tajuk-tajuk utama berita tempatan. Sehingga kini Catriona Ross berjaya mengekalkan berat badan, bukan suatu tugas yang mudah tu ya.

“Kita Kena ENJOY FOOD Walaupun Nak Kurus,” Ikut Cara Catriona Ross Kekal Berat Badan

Ads

Baru-baru ini Catriona Ross mula berkongsi di laman Instagram tentang pemilihan makanannya kepada yang lebih sihat dan memilih untuk mengamalkan Intermitent Fasting.

Kata Catriona Ross “Dah 10 days on Intermitent Fasting. Asal nya I decided to do it coz I’m maidless and tak cukup kaki tangan nak prepare my own healthy meals separately. Anyhow, perihal IF bukan topic utama… Just nak share that you can stil enjoy food walau pun losing weight. Hari ni I buat Ayam Masak Lemak Cili Api version healthy. Tak use santan tapi pedas berapi & Garlic Pakchoy. Tumis garlic with coconut oil setengah sudu kecik aje and brown rice…To gantikan santan, depends creativity masing-masing. You can use skimmed milk or almond milk/oat milk which you make yourself or buy.

“Kita Kena ENJOY FOOD Walaupun Nak Kurus,” Ikut Cara Catriona Ross Kekal Berat Badan“Kita Kena ENJOY FOOD Walaupun Nak Kurus,” Ikut Cara Catriona Ross Kekal Berat Badan

 KURUS DENGAN INTERMITTENT FASTING

Usaha menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan atau diet sering menemui jalan buntu apabila gagal mencapai sasaran. Biasanya diet dilakukan adalah dengan menghindarkan pengambilan nasi, makan tanpa karbohidrat atau mengawal kemasukan lemak ke dalam tubuh. Kegagalan diet berpunca apabila terpaksa mengelak makanan kegemaran dan mudah lapar kerana nutrien yang masuk ke tubuh telah diserap menjadi tenaga. Apa kata cuba diet Intermittent Fasting.

“Kita Kena ENJOY FOOD Walaupun Nak Kurus,” Ikut Cara Catriona Ross Kekal Berat Badan

Intermittent Fasting adalah cara mengatur pola makanan dengan cara berpuasa dalam tempoh tertentu. Namun, diet cara ini membenarkan pengamalnya untuk minum air. Diet cara ini bukan mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi mengatur bila perlu makan dan bila boleh mengelak pengambilan makanan seperti berpuasa.

Diet cara Intermittent Fasting lebih mudah kerana boleh makan apa sahaja termasuk makanan kegemaran cuma perlu mengikut waktu yang telah ditetapkan. Namun, keistimewaan Intermittent Fasting ini adalah pelakunya boleh memilih waktu yang sesuai dengan gaya hidupnya untuk berpuasa. Antara kaedah yang popular dan sering diamalkan adalah;

“Kita Kena ENJOY FOOD Walaupun Nak Kurus,” Ikut Cara Catriona Ross Kekal Berat Badan

The 16/8 Method

Ads

Kaedah ini dilakukan dengan membahagikan masa 16 jam berpuasa dan 8 jam masa untuk makan. Contohnya boleh memulakan hari dengan mengambil sarapan pada pukul 7.00 pagi dan boleh makan sehingga pukul 3.00 petang. Kemudian boleh mula berpuasa sehingga 16 jam lamanya. Ini bermakna anda boleh makan semula ketika sarapan esok harinya pada pukul 8.00 pagi.

Eat-Stop-Eat

Diet dengan cara ini nampak lebih mudah tetapi pelaksanaannya mungkin sedikit mencabar. Kaedah ini dilakukan dengan berpuasa iaitu tidak mengambil sebarang makanan selama 24 jam tetapi boleh minum air. Sebagai contoh boleh menikmati makanan sehingga pukul 7.00 petang pada hari Sabtu. Kemudian berpuasa sehingga pukul 7.00 petang hari Ahad keesokannya. Selepas berpuasa boleh kembali makan seperti biasa dengan mengambil 2,000 kalori sehari untuk wanita dan 2,500 sehari untuk lelaki. Kaedah ini menggalakkan berpuasa sehari atau dua hari dalam seminggu dan tidak boleh lebih daripada dua kali seminggu. Tidak juga dibenarkan melakukan amalan berpuasa ini dua hari berturut-turut. Walaupun hanya mengamalkan amalan berpuasa sehari seminggu dapat mencipta defisit kalori sebanyak 10 peratus. Buat permulaan jika tidak mampu melakukan selama 24 jam boleh cuba dengan cara berperingkat mengikut kemampuan tubuh.

The 5:2 Diet

Ads

Diet mengikut kaedah ini pula tidak mengehadkan pengambilan makanan seharian sebaliknya mengurangi jumlah pengambilan makanan dengan hanya 25 peratus daripada jumlah pemakanan biasa. Sebagai contoh, dua hari dalam seminggu, anda makan 25 peratus daripada rutin makan harian. Secara teknikalnya wanita hanya boleh makan dalam 500 kalori manakala lelaki pula dalam 600 kalori. Baki lagi 5 hari boleh meneruskan pola pemakanan yang biasa anda amalkan.

“Kita Kena ENJOY FOOD Walaupun Nak Kurus,” Ikut Cara Catriona Ross Kekal Berat Badan

Gambar: Instagram @catrionabrianross

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI