“Kita Lebih Disaran Kongsi Kelahiran Dari Kehamilan… Itu Lebih Baik,” NEELOFA Mohon Doa Peminat

Desas-desus mengenai usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor yang dikatakan sedang berbadan dua terus menjadi persoalan ramai. Apatah lagi empunya diri memilih untuk tidak membuat sebarang pengumuman, sebaliknya mahu peminat menilai sendiri jika nampak perubahan terhadap dirinya.

“Kalau nampak saya berbeza tu.. berbezalah. Yang nampak sama tu, samalah.” Terang Neelofa sambil tertawa apabila persoalan kehamilan terus diajukan rakan media kepadanya.

Ditemui ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara TH Travel & Services Sdn Bhd dan TheNoor App semalam, Neelofa yang menyarung jubah hitam tampak ceria dan kelihatan susuk badannya yang agak berisi.

 

 

 

 

“Seperti mana yang ramai tahu saya baru balik dari Langkawi. Kat sana pun saya jumpa ramai peminat. Mereka nampak saya face to face, jadi orang yang jumpa saya di luar boleh menilai sendirilah.

Untuk saya buat official announcement… tak plan seperti itu. Tapi saya sangat perlukan doa. Nak cerita lebih-lebih pun takut. Apa yang penting, saya perlukan doa dan kata-kata positif sebab ia (mengandung) supersensitive bagi sesetengah pihak.”

Tambah Pengasas Naelofar ini lagi, “Kalau saya boleh berkongsi, when it comes to bab kehamilan dan cahaya mata, kita lebih disaran dan digalakkan untuk berkongsi tentang kelahiran daripada kehamilan.

Itu lebih baiklah sebab apa-apa pun boleh jadikan untuk fasa tu. Kalau orang nampak dan tegur, saya lebih suka cakap, minta doakan saya. Kepada anda yang tengok dan baca artikel ni, doakan saya. InshaAllah.”

Neelofa selamat bergelar isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac lalu.

Dalam majlis sama, Neelofa yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor memberitahu kerjasama yang dicapai bersama TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) merupakan satu peluang yang besar dalam menyediakan pelancongan patuh syariah.

Difahamkan sehingga kini, aplikasi TheNoor sudah mempunyai hampir 5 juta pengguna. “Ada banyak lagi yang kami tak share

. Perbaiki apa yang ada dulu dan share apa yang sesuai untuk masa sekarang. Tak sangka ramai yang akan download dan idea untuk buat app for free ini adalah satu keputusan yang betul,” jelas Neelofa.

Melalui pemeteraian perjanjian ini, TheNoor menjadi aplikasi pertama yang menawarkan pelancongan patuh syariah secara menyeluruh yang disediakan oleh THTS. Seterusnya menggalakkan hubungan perniagaan dan menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan halal secara global.

Share
Published by
Suzi