Petang itu mendung, awan sepertinya menunggu masa untuk mencurahkan rezekinya ke bumi. Suasana itu membuatkan jiwa saya menjadi sentimental sambil menyelak beberapa naskhah majalah Nona yang lama dan uzur rupa parasnya.

Sebuah jenama terunggul diterbitkan pada tahun 1986 dan alhamdulillah terus bertahan sehingga sekarang. Saya percaya, ada di antaranya yang membesar dengan naskhah ini. Sebuah karya yang menjadi teman melepaskan waktu lapang dan medium ilmu buat wanita unggul, sebelum hadirnya media sosial. Dari saiznya besar gedabak hinggalah sekarang telah dikecilkan saiznya.

Ads

Detik ini membuatkan saya ingin berbicara bersama salah seorang mantan editor majalah Nona, Ida Abdul Aziz. Enam tahun sudah berlalu sejak wanita inspirasi ini meninggalkan kerusi jawatannya sebagai editor majalah.

“Kita Mesti Pandai Buru Berita” Nasihat Mantan Editor Nona, IDA ABD AZIZ Ini Patut Dihadam Semua Bakal Wartawan!

Sepanjang perjalanannya memegang tampuk pemerintahan empayar NONA, terlalu banyak pengalaman yang dilalui dan terakam menjadi memori terindah dalam hidupnya. Beliau adalah bekas bos saya, sebelum selayaknya saya mengambil alih tugas dan tanggungjawab itu.

26 tahun sis Ida masih lagi bertahan dalam dunia penerbitan, kini kerjayanya diteruskan sebagai editor majalah Rasa. Sis Ida mula bercerita, “Sebelum berkahwin dengan Nona, saya merupakan senior writer Mingguan Wanita dan kemudiannya dilantik sebagai editor Rasa. Tak silap saya, perjalanan saya di Majalah Nona bermula pada tahun 2006 dan ia merupakan satu pengalaman yang membawa saya ke satu level lain.

Di situ pernah air mata saya tumpah dan di sepanjang pelayaran itu juga saya merasa gembira dan teruja. Pahit dan manis tersimpul rapi dalam ingatan saya. Bersama majalah Nona saya mula didedahkan dengan kehidupan orang-orang atasan, VIP, kerabat diraja dan ramai wanita-wanita besi negara.

Ketika itu, saya belajar tentang protokol majlis rasmi, masuk istana dan sebagainya. Menyelami kehidupan yang selama ini berbeza dengan kehidupan harian yang dilalui. Saya bukan beranak atas duit, asal daripada keluarga sederhana. Tiba-tiba melangkah ke dunia glamor dan ternama. Sememangnya satu putaran sosial hidup yang menuntut saya mengenali dunia lebih luas dalam pelbagai golongan lapisan masyarakat.

“Kita Mesti Pandai Buru Berita” Nasihat Mantan Editor Nona, IDA ABD AZIZ Ini Patut Dihadam Semua Bakal Wartawan!

“Kita Mesti Pandai Buru Berita” Nasihat Mantan Editor Nona, IDA ABD AZIZ Ini Patut Dihadam Semua Bakal Wartawan!

“Kita Mesti Pandai Buru Berita” Nasihat Mantan Editor Nona, IDA ABD AZIZ Ini Patut Dihadam Semua Bakal Wartawan!

Pada awalnya, saya mengambil masa untuk mengenali dan berinteraksi dalam suasana baru ini tetapi tidak pernah saya mengalah kerana inilah cabaran dan tugas kewartawanan yang perlu saya lalui. Saya mula menghadiri pelbagai majlis berprestij dan dibawa menjelajah ke beberapa buah negara untuk membuat pelbagai laporan client. Paling penting juga wardrobe kena bertukar dengan elegan untuk menghadiri pelbagai undangan majlis.

Saya langkah dengan berani dan dari situ saya mula menjalin hubungan yang begitu akrab dengan ramai VIP dan golongan atasan. Pada permulaan memang semuanya canggung dan kekok, lama-kelamaan kita sendiri boleh merasai dan tahu karakter ragam manusia yang sebenarnya.

Kita sudah boleh baca sikap mereka, kalau ada yang pura-pura dan tidak ikhlas juga, kita boleh tahu. Semuanya saya lalui secara profesional. Cara percakapan dan mindset juga perlu bertukar sesuai dengan jenama majalah yang dibawa.

Ads

“Kita Mesti Pandai Buru Berita” Nasihat Mantan Editor Nona, IDA ABD AZIZ Ini Patut Dihadam Semua Bakal Wartawan!

Kalau ingin diceritakan kisah dan pengalaman bersama Nona terlalu banyak, satu peristiwa yang membuatkan saya tersentuh apabila seorang VIP membuat panggilan menyuruh saya untuk memberhentikan salah seorang penulis majalah Nona disebabkan beliau tidak suka dengan cara penulisan penulis itu.

Saya enggan untuk terus melatah dengan keadaan ini. Cuba selesaikan dengan cara yang baik, menghantar surat memohon maaf kepada pihak VIP tersebut dan memberi surat teguran kepada penulis tersebut. Itulah antara cabaran kala kita berhadapan dengan insan-insan berpengaruh, perlu berhati-hati dengan setiap apa yang kita ingin kongsi kepada pembaca.

Itu tidak masuk lagi kes saman dan sebagainya. Dalam keadaan ini ada ketikanya kita terasa sangat kecil, tetapi tidak semua antara mereka yang sombong atau hidung tinggi, kebanyakannya baik hati dan ada antaranya menjadi sahabat baik sehingga sekarang.

“Kita Mesti Pandai Buru Berita” Nasihat Mantan Editor Nona, IDA ABD AZIZ Ini Patut Dihadam Semua Bakal Wartawan!

Ads

Antara kenangan terindah yang dapat saya kongsi bersama apabila diberi peluang untuk duduk dan berbicara dengan isteri Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Siti Hasmah dan Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon. Saya kagum dengan dua wanita inspirasi ini, setiap petah baris bicara mereka pastinya diselimuti dengan elemen positif dan semangat memperkasakan wanita lain.

Selain itu, memori terindah apabila kami berjaya dapatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya YB Nurul Izzah Anwar. Alhamdulillah, sold out edisi Jun 2008 itu. Bukan mudah untuk dapatkan beliau ketika itu yang baru sahaja keluar daripada tahanan. Saya tolak ketepikan soal politik dan majalah Nona hanya fokuskan pada kisah ‘Dari Hati Seorang Ayah’.

“Kita Mesti Pandai Buru Berita” Nasihat Mantan Editor Nona, IDA ABD AZIZ Ini Patut Dihadam Semua Bakal Wartawan!

Biarpun peruntukan masa yang diberikan hanya sejam, alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna. Biarpun mendapat pelbagai kritikan positif dan negatif, kami di meja editorial sangat berpuas hati dengan hasil yang dihidangkan buat semua pembaca majalah Nona. Aura Datuk Seri Anwar bila berbicara, saya akui sangat mempesonakan, bijak dan sarat dengan ilmu.

Kata akhir saya buat semua penulis yang ingin menceburi dunia kewartawanan:

  1. Anda perlu bersedia bekerja dalam apa jua waktu dan situasi. Must be able to work on a bad day. Pray hard and work smart. Stay positive and don’t let stress handle your life.
  2. Perlu bijak membaca situasi yang terjadi dan merealisasikan sesuatu keadaan itu agar dapat difahami dan menjiwai setiap artikel yang ingin disampaikan dengan berkesan kepada pembaca.
  3. Seorang wartawan harus lincah dalam memburu berita terutama mencari idea kreatif dan eksklusif.
  4. Wartawan yang baik adalah penguasaan bahasa yang baik. Wartawan harus tahu segala aspek bahasa dan penggunaannya sedemikian rupa bagi kelancaran mengemukakan apa yang dikehendaki untuk diketahui orang. Untuk itu, seorang wartawan harus banyak berlatih menulis untuk mencapai kecakapan menulis.
  5. Menulis dengan jujur dan berdasarkan fakta.
  6. Seorang wartawan harus mempunyai pengetahuan yang luas. Keluasan pengetahuan ini tidak hanya meliputi persoalan atau bidang yang sedang dihadapinya, akan tetapi banyak persoalan yang luas secara menyeluruh dan umum.
  7. Percaya pada diri, kematangan fikiran, cerdas, serta lincah dan sentiasa berpegang prinsip akta kewartawanan.
  8. Jaga penampilan dan personaliti diri agar sedap mata orang memandang dan selesa untuk berbual bicara.

Terima kasih saya kepada Kumpulan Media Karangkraf kerana memberi kesempatan dan kepercayaan untuk saya menerajui jenama besar ini. Majalah Nona, saya belajar erti kekuatan dan ketabahan dalam membentuk keperibadian saya hari ini.” – IDA ABD AZIZ.

“Kita Mesti Pandai Buru Berita” Nasihat Mantan Editor Nona, IDA ABD AZIZ Ini Patut Dihadam Semua Bakal Wartawan!

Kini, Ida Abd Aziz kembali menerajui editorial majalah Rasa 2018. Semoga sis Ida terus sukses dan berjaya membawa majalah Rasa ke satu tahap terbaik menerusi platform digital dan print… InsyaAllah, amin.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI