Destinasi Super T memeriahkan pusat beli-belah mewah terkemuka di ibu negara, The Starhill Kuala Lumpur bermula 22 Februari hingga 3 Mac 2024, dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Dengan bertemakan Bougie Kampung serta menjanjikan sebuah fesyen festival yang direalisasikan oleh satu kumpulan terdiri daripada empat ahli perniagaan wanita yang luar biasa dikenali sebagai ‘Super T’. Nama ini dicipta semasa mereka melakukan percutian ke Seoul, Korea.
Destinasi Super T adalah idea bersama empat usahawan wanita yang unggul; Fazrena Aziz, pengasas hebat TudungPeople, bergabung dengan Yana Khairuddin dan suaminya Hazwan Faiz dari CalaQisya & Asal Lelaki, Sarah Shah Nor, minda kreatif di sebalik CUURA, dan Sumayyah Nasaruddin, daya pemacu di sebalik Olloum.
Perjalanan mereka bermula di mana mereka mendapat inspirasi dan membina ikatan persahabatan, sejurus membuktikan bahawa wanita boleh berjaya dalam keusahawanan sambil menguruskan tanggungjawab sebagai ibu dan suri rumah tangga.
Sempena menjelang Aidilfitri, empat jenama ini menggunakan peluang yang ada bagi membenarkan orang awam membeli-belah secara eksklusif sebagai persiapan raya. 2 Sepanjang acara 11 hari ini berlangsung, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti dan pengalaman yang menarik, termasuk pelancaran produk eksklusif, ceramah kesihatan, dan promosi istimewa. Berikut adalah beberapa aktiviti yang dijalankan:
Lebih menarik lagi, empat buah jenama ini melancarkan produk keluaran terbaru mereka dan koleksi raya 2024 hanya di Destinasi Super T sahaja. Khas buat pengunjung, mereka berpeluang membeli produk daripada empat jenama ini pada harga eksklusif dan menerima barangan istimewa dari Super T!
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara buat kali pertama dianjurkan di mana semangat Super T mendominasi. Jom ke The Starhill KL hari ini!!
This website uses cookies.