Gaya Hidup

Koleksi Beg Tangan CHANEL & HERMES Fazura, Ada Berapa Banyak Agaknya?

Tatkala melihat foto-foto aktres jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 34 di laman Instagram miliknya, hati Nona terpaut dengan pelbagai gayanya bersama koleksi beg tangan kesayangan.

Pelakon yang popular menerusi filem Gol & Gincu, Pisau Cukur, Manisnya Cinta di Cappadocia dan drama tv, Hero Seorang Cinderella ini sejak awal kemunculannya lagi begitu disanjungi kerana sense of fashion

yang hebat.

Antara beg tangan pilihan Fazura yang dilihat paling banyak digunakan adalah Hermes Constance ini dalam warna merah, biru dan ungu. Harganya mencecah sekitar RM40,000.

Selain Hermes Constance, Fazura juga dilihat menggayakan beg tangan ikonik Hermes iaitu Hermes Birkin dan Hermes Kelly di beberapa acara yang dihadirinya.

Selain itu, Fazura juga amat meminati jenama Chanel dan beliau turut dilihat memiliki banyak koleksi beg tangan ini. Antaranya koleksi terbaru Chanel Large Classic Flap Bag dari koleksi Spring/Summer 2016.

Selain dua jenama rumah fesyen terkemuka dari Eropah tersebut, Fazura turut memiliki banyak lagi beg-beg mewah lain yang tak terhitung jumlahnya. Jom cuci mata tengok koleksi Fazura ini! Norzalina Mohd Alias

The Selena Grace dari koleksi Coach x Selena Gomez

 

Koleksi Viv Cabas dari Roger Vivier
Share
Published by
Norzalina