Jenama fesyen LILIT. baru-baru ini hadir dengan koleksi terbaharu yang pastinya menjadi pilihan wanita yang gemarkan gaya yang santai dan selesa. Kali ini, jenama fesyen tersebut bekerjasama dengan Bingka KL, jenama yang terkenal dengan kemodenan nostalgia yang berteraskan budaya Malaysia.
Menariknya, kolaborasi unik ini menghimpunkan nostalgia kontemporari Bingka yang berbeza pendekatan dengan komitmen LILIT. terhadap fesyen sederhana yang inklusif, menghasilkan koleksi yang bukan sahaja pakaian, tetapi naratif budaya. LILIT. x Bingka Comeback Setadalah bukti rekaan memukau kerana memberi tumpuan daripada dua bahasa reka bentuk yang berbeza bagi kedua-dua jenama tempatan.
Koleksi ini telah menyerlahkan kesederhanaan dan keterangkuman, sambil menggabungkan Bingka dengan lancar bermotifkan nostalgia. Mereka telah memperkenalkan Set Comeback dengan tiga warna yang menawan iaitu navy blue, nude dan olive green. Ia juga dilengkapi dengan Beg Tote Bingka yang serba boleh dan pastinya menjadi pilihan untuk kegunaan harian.
Kerjasama ini sekali gus telah merapatkan jurang antara generasi dan budaya dengan memelihara dan mempromosikan tradisi Malaysia.
Menurut Pengarah Kumpulan FashionValet, Vivy Yusof berkata mereka percaya bahawa koleksi di LILIT. direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan semua wanita dengan menampilkan pelbagai saiz daripada XXS (UK4) hingga 5XL (UK22).
“LILIT. merupakan jenama yang sentiasa menyokong jenama tempatan. Koleksi ini sekarang tersedia untuk pembelian di semua LILIT. kedai dan melalui laman web rasminya. Harga untuk koleksi ini antara RM129 hingga RM169,” katanya.
Ads
Pengasas Bersama Bingka KL, Adrihana Rashid pula berkata mereka benar-benar mahu merapatkan jurang antara nostalgia dan budaya Malaysia.
“Seperti yang anda lihat, kita semua tidak berkain batik atau songket, melalui rekaan Bingka kami mahu mempunyai reka bentuk dan ilustrasi setiap hari, supaya semua orang boleh merasa keunikan Malaysia,” katanya.
Ads
Majlis pelancaran kolaborasi ini telah berlangsung di Bangsar Village 2 dan dihadiri beberapa selebriti antaranya termasuklah Ili Sulaiman, Anis Kiss dan beberapa pempengaruh media sosial yang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mendominasi sebuah syarikat antarabangsa bukan suatu perkara yang biasa berlaku. Namun, sebuah syarikat yang diasaskan oleh rakyat Malaysia, Innovacia Sdn. Bhd. membuktikan tiada yang mustahil. Fazlin Ismail selaku Pengarah Innovacia Sdn Bhd. ini telah mengambil alih sebuah jenama hijab sukan yang begitu terkenal seluruh dunia mulai penghujung tahun 2019.
Bagi peminat sukan sudah tentu mengenali jenama hijab sukan, Capster ini. Jenama hijab sukan ini telah membantu wanita Muslimah untuk terus bergerak aktif dalam sukan tanpa batasan.
Menyingkap kisah di sebalik jenama Capster, rupanya seorang Pereka Belanda, Cindy van den Bremen merupakan pencetus idea rekaan hijab sukan ini. Kisahnya bermula apabila salah seorang murid di Belanda tidak dibenarkan menyertai acara sukan di gym kerana menggunakan hijab yang dikatakan tidak selamat.
Melihat kejadian ini, Cindy terus mendapat idea untuk mereka hijab khas menggunakan fabrik yang selesa dan tidak berpin sebagai topik tesis akademik beliau di Design Academy Eindhoven. Sudah tertulis rezeki beliau apabila hasil tesisnya mendapat perhatian ramai dan pesanan khas mula masuk di seluruh pelusuk dunia. Atas permintaan yang tinggi maka lahirlah jenama Capster ini dan telah dikomersilkan bermula tahun 2001.
Walaupun baru saja setahun dikomersilkan jenama ini telah mendapat perhatian ramai sehingga memenangi Good Design Awards di Jepun pada tahun 2002. Pada tahun 2012 pula, Capsters telah berkolaborasi dengan Putera Jordan, Ali bin Al Hussein, untuk membatalkan larangan hijab oleh FIFA. Produk hijab sukan Capsters kini telah dijual di 16 buah negara termasuk Eropah, Asia Tenggara, Amerika Utara, Afrika dan Australia.
Koleksi hijab sukan ini juga lengkap dan boleh diaplikasikan dalam aktiviti sukan seperti berlari, bola sepak, kecergasan, berenang serta acara sukan sejuk. Capsters juga direka istimewa untuk kanak-kanak dan mereka yang mahukan hijab labuh.
Walaupun hijab ini direka buat wanita Muslimah yang aktif bersukan tetapi ia tidak terhad kepada golongan ini sahaja. Hijab ini boleh digunakan di mana sahaja tak kira masa.
Tanggal 6 Februari 2022 pastinya menjadi detik ‘hitam’ bagi seluruh rakyat India apabila mereka kehilangan sebutir bintang yang banyak berjasa dalam industri seni Bollywood. Mendiang Lata Mangeshkar yang berusia 92 tahun meninggal dunia selepas hampir sebulan bertarung melawan Covid-19.
Lata Mangeshkar dilaporkan meninggal dunia pagi Ahad kerana kegagalan fungsi organ di Breach Candy Hospital di Mumbai. Dia dimasukkan ke hospital pada 11 Januari selepas disahkan dijangkiti wabak maut Covid-19.
Perdana Menteri India, Narenda Modi dilaporkan sanggup ‘terbang’ dari New Delhi untuk memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi lagenda tersebut di Shivaji Park, Mumbai. Upacara pengebumian Lata Mangeshkar juga dihadiri rakan-rakan industri muzik, selebriti Bollywood seperti Shah Rukh Khan dan pemimpin politik.
Daripada perkongsian di Internet, kelihatan mendiang Lata diarak beramai-ramai ke Shivaji Park dengan potret wajahnya dan ratusan kalungan bunga serta diselimuti bendera India.
Sebagai menghargai sumbangan penyanyi bersuara emas berkenaan, India turut mengisytiharkan perkabungan negara selama dua hari dengan bendera dipasang separuh tiang.
Lata Mangeshkar mula menyanyi di perhimpunan keagamaan bersama bapa tersayang. Memetik laporan Cultural India, nama wanita berbakat besar ini tersenarai dalam Guinness Book of World Records sebagai artis paling banyak merakamkan lagu di dunia.
Lebih mengujakan, dia merakam lagu pertamanya untuk filem Bollywood ketika baru berusia 13 tahun. Sepanjang lebih 7 dekad dalam industri muzik India, mendiang telah berjaya merakam hampir 30 ribu lagu untuk filem Bollywood dan sebagainya.
Bersandarkan bakat dan pencapaian luar biasa itu, Lata Mangeshkar merangkul pelbagai anugerah dan menerima pingat Bharat Ratna iaitu pengiktirafan tertinggi India pada tahun 2001.
Antara lagu nyanyian Lata Mangeshkar yang popular dalam kalangan peminat Bollywood termasuklah Ho Gaya Hai Tujhko dari filem Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Humko Humise Chura Lo untuk filem Mohabbatein.
Lata Mangeshkar dilahirkan di Maharashtra pada 28 September 1929 merupakan anak sulung daripada lima beradik kepada pasangan Dinantha dan Shevabti Mangeshkar yang berasal dari keluarga Marathi Brahmin.
Mendiang memiliki tiga adik perempuan iaitu Meena, Asha dan Usha serta seorang adik lelaki, Hridaynath Mangeshkar. Kelima-lima mereka mempelajari muzik klasik India daripada bapa tersayang.
Dikurniakan suara emas, Lata tidak pernah berkahwin dan menjadi penyanyi playback wanita paling berjaya dari tahun 1940an hingga 1980an. Meskipun biduanita ini sudah meninggal dunia namun legasi dan nyanyiannya berjaya menyentuh hati pendengar di seluruh dunia hingga ke hari ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sememangnya terkenal dengan karisma dan bakat yang dimiliki. Kalah dalam Pilihanraya Umum (PRU-15) dan dipecat daripada ahli UMNO baru-baru ini, Khairy yang kini tidak menyandang sebarang jawatan di peringkat pusat mahupun parti politik kembali menjadi bualan apabila dipelawa menjadi DJ Radio.
Menerusi perbualan telefon bersamanya yang dikongsikan Instagram Hot FM, Khairy yang kini berusia 46 tahun sempat berseloroh dengan tiga DJ stesen radio berkenaan iaitu Dato’ AC Mizal, Johan dan AG.
Ketika mereka cuba meneka individu di sebalik perbualan telefon itu, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkenaan dalam nada seloroh memberitahu dirinya Khalid Jamlus (KJ) iaitu bekas pemain bola sepak.
Namun paling mencuit hati apabila KJ berusaha meyakinkan ketiga-tiga DJ itu bahawa dirinya ialah bekas pemimpin dan sambil berjenaka berkata “Khairy Jamaluddin, yang dulu pernah jadi Menteri sekarang tak ada kerja.”
Ketika dipelawa menjadi penyampai radio bersama-sama, “Let me check my schedule. Minggu depan hari Isnin, free.”
Dalam pada itu, AG yang ingin mendapatkan kepastian daripada KJ sekali lagi turut bertanya, ‘KJ Jadi DJ Hot FM?”
Secara ringkas, jawab KJ, “On, let’s go!”
Khairy merupakan bekas graduan University of Oxford dan sepanjang pembabitannya dalam arena politik, dia pernah menjawat tugas sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Menteri Belia dan Sukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...