Koleksi Raya DISNEYxMIMPIKITA Bagai Oasis Di Padang Pasir, Inspirasi Filem Klasik Animasi Disney

Umpama sebuah oasis di padang pasir, itulah ungkapan yang boleh mendefinisikan koleksi raya DISNEYxMIMPIKITA. Ketika melalui detik sukar sepanjang pandemik, “The Oasis” membawakan idea ketenangan dari masa sukar.

Simbolik kepada koleksi ini adalah sebuah harapan. Justeru, kempen ini adalah untuk menambahkan keceriaan anda di hari lebaran tahun ini walau dalan suasana norma baharu.

Tahun ini, Mimipikita menyuntik magical Arabian vibes ketika ia memulakan kerjasama kedua bersama The Walt Disney Malaysia. Diilhamkan dari filem klasik animasi Disney, Aladdin, koleksi ini menampilkan cetakan tebal dan elegan serta menjadikan Puteri Jasmine sebagai ikonik.

Seorang puteri yang bersemangat dan berani dan memiliki kecantikan yang tiada tandingan. Dengan gabungan beberapa pengaruh termasuk elemen Timur Tengah yang kaya dengan warna serta tekstur, maka terhasilnya koleksi yang cukup klasik dan feminin ini.

Mimpikita memperkenalkan corak cetakan khas baru yang menggabungkan elemen fantasi dengan lambang kekuatan dan keanggunan Puteri Jasmine. Buat pertama kalinya, turut dilancarkan oleh Mimpikita ialah koleksi raya untuk kanak-kanak bermula usia 1 hingga 12 tahun.

Koleksi boleh didapati dalam talian di https://mimpikita.com.my dan butik Mimpikita di Bangsar.

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad