Baru-baru ini NONA antara media yang dijemput ke majlis pelancaran Koleksi RR Mono II di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Majlis yang bertemakan minum petang itu berlangsung dalam suasana santai dan dihadiri beberapa rakan selebriti dan influencer media sosial.
Rentetan daripada sambutan hangat Koleksi RR Mono pertama yang dilancarkan pada tahun 2021 serta memenuhi permintaan semasa, Rizman Ruzaini sekali lagi melancarkan Koleksi Mono II sedia pakai (ready-to-wear) khas buat wanita moden yang mementingkan gaya dan keselesaan dalam berfesyen.
Setiap rekaan bercirikan potongan longgar dengan pilihan material seperti crepe, kapas dan tafeeta. Ia pastinya selesa disarungkan dan terletak cantik bagi setiap potongan badan. Koleksi ini boleh didapati dalam saiz S sehingga XXL.
Setiap helaian tampil denagn variasi warna segar dan memukau. Malah, ia mudah untuk disuaipadankan dalam pelbagai gaya. Lebih eksklusif, ia dilengkapi dengan logo rasmi Rizman Ruzaini.
Buat wanita berhijab, Koleksi Mono RR II ini bileh dipadankan dengan RR Mono Scarf yang menjadi tudung identity terulung Rizman Ruzaini yang pasti menyerlahkan penampilan stylish lagi sopan.
“Koleksi ini sangat istimewa kerana ia ‘dilahirkan’ demi memenuhi impian fesyen setiap golongan wanita tanpa mengira latar belakang. Dalam erti kata lain, ia milik semua pada harga mampu milik.
“Sebelum ini ramai yang kata jenama kami ‘mahal’dan hanya untuk golongan tertentu sahaja. Persepsi ini sangat menyentuh hati saya. maka, Koleksi RR Mono II ini adalah jawapan bahawa semua individu mampu untuk memiliki Rizman Ruzaini pada harga berpatutan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.
Koleksi RR Mono II boleh dibeli secara berasingan atau kombo bermula 26 JUlai 2022 di laman sesawang www.rizmanruzaini.my Bagi yang melanggan dengan pembelian awal bakal menerima potongan sebanyak 20 peratus.
BEG TANGAN ESDISI TERHAD
Pada hari yang sama, Rizman Ruzaini turut melancarkan beg tangan RR Limited Edition Tote. Dengan reka bentuk praktikal dan menggunakan sepenuhnya material kulit berkualiti tinggi, beg tangan ini boleh digayakan untuk apa jua majlis serta bila-bila masa.
Pastinya ia lebih menyerlah jika dibimbit bersama penampilan dari helaian RR Mono II. Melangkah penuh gaya bersama keyakinan tanpa batas!
Koleksi ini hadir dengan rekaan:
- RR Mono Dress
- RR Mono Shirt Dress
- RR Mono Rania Dress
- RR Mono Rita Top
- RR Mono Rita Bottom’