Jenama aksesori perhiasan kemas popular ini melancarkan koleksi musim fall/winter 2017 yang bervariasi dalam menghubungkan dua tema utama gaya hidup kontemporari iaitu terjemahan kerinduan untuk yang jauh dan juga cinta hati yang sentiasa di sisi. Berasaskan dua tema ini, setiap satu rekaan dihidupkan dengan elemen yang dekat dihati si pemakai.
Dalam koleksi aksesori perhiasan kemas ini anda boleh lihat rekaan seperti gaya avant garde yang ekspresif, barang kemas berlian filigree, aksesori perak yang elegan, serta rekaan ‘rebel’ baru yang memiliki aura kekuatan pada reka bentuk hati dan rekaan yang boleh dijadikan sebagai momento peribadi menerusi teknik ukiran.
Setiap satu rekaan ini diperbuat daripada perak 925, bersalut emas yang indah serta perincian batu perhiasan susunan tangan menarik. Setiap satu pilihan dari koleksi fall/winter
2017 ini memiliki personaliti tersendiri dari gaya yang feminin sehinggalah gaya klasik dan juga rock & roll.This website uses cookies.