Bersiap sedia untuk menikmati hidangan lazat rangkaian kafe gaya hidup tempatan, Secret Recipe telah berganding bahu dengan selebriti pujaan ramai rakyat Malaysia, Mira Filzah yang juga merupakan duta jenama Secret Recipe melancarkan pilihan sajian yang menambat selera dan tudung yang menambat hati pada musim ini.
Kali ini, Secret Recipe memperkenalkan BurgerMira, menu bermusim terbaharu Secret Recipe yang diilhamkan daripada kerjasama tersendiri yang menjadi inspirasi kepada koleksi tudung terkini Mira – Mira Filzah x Secret Recipe – The Entrée Collection.
Para pelanggan kini boleh menjamu selera dengan BurgerMira, salah satu sajian kegemaran Mira. Untuk memberikan pilihan menu yang sentiasa segar dan menarik, Secret Recipe telah menyediakan lima BurgerMira yang sungguh lazat, dalam pilihan daging ayam atau daging.
Dengan sentuhan cita rasa tempatan, burger yang menyelerakan ini ialah sajian yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga menyenangkan hati dengan sedikit cetusan nostalgia.
Pilihan pertama ialah Special Kerabu Burger (Burger Kerabu Istimewa) dengan pilihan daging ayam atau daging. Hidangan ini mengandungi lapisan timun Jepun, bawang merah dan daun ketumbar yang disusun di atas ayam goreng garing keemasan atau dua kepingan daging yang dimasak empuk dan keju cheddar di antaranya. Ditambah pula dengan sos cili kantan, keseimbangan rasa manis dan perisa beraroma yang sempurna tercapai setiap kali burger dinikmati.
Sementara itu, Sambal Meletop Burger(Burger Sambal Meletop) mengandungi goreng garing keemasan serta timun Jepun, bawang merah dan sos Sambal Meletop unik Secret Recipe yang penuh berperisa dan pasti membuka selera khususnya bagi mereka yang suka makan pedas!
Hidangan tambahan terakhir dalam menu ialah Zesty Herb Burger yang berintikan ayam goreng garing sehingga keemasan atau kepingan daging empuk yang diselit di antara dua keping keju cheddar. Burger ini ditambah pula dengan daun salad romaine,
kubis merah, bawang merah dan sos herba istimewa resipi tersendiri dengan rasa yang memikat selera.
Semua pilihan burger ini dihidangkan bersama kentang goreng rangup serta minuman menyegarkan yang pasti menghilangkan dahaga – Pepsi Laici atau Pepsi Wild Mint. Jangan lupa untuk memesan dua sajian sampingan terlaris Secret Recipe – Spicy Tomato Drumette atau Classic Drumette bersama burger. Kedua-duanya dihidangkan dalam set tiga ketul.
“Kami teruja untuk melancarkan menu bermusim baharu yang membawakan cita rasa lazat yang digemari ramai sepanjang zaman yang bukan sahaja menyerlahkan tradisi kulinari Malaysia, tetapi juga nikmat rasa digemari rakyat Malaysia. Kerjasama dengan bintang pujaan ramai, Mira Filzah, sememangnya satu gandingan serasi yang istimewa di hati kami, kerana hasil Kerjasama ini, kami dapat membawakan kelazatan dan keanggunan cita rasa menerusi sajian burger kami dan juga koleksi tudung Mira yang sangat menarik.
Mira Filzah x Secret Recipe – The Entrée Collection
Dengan kerjasama Secret Recipe, Mira, yang juga seorang model dan usahawan, buat julung kalinya membawakan koleksi berilhamkan ramuan dan rempah yang biasa digunakan dalam masakan kepada para peminatnya. Sebagaimana ramuan tersebut menambah perisa yang nyata kepada sajian, tudung-tudung Mira juga telah direka khas untuk menyerlahkan penampilan si pemakai.
Menawarkan enam warna berbeza, para peminat boleh memilih tudung kegemaran masing-masing – Ginger (Halia), Ginger Flower (Bunga Kantan), Candlenut (Buah Keras), Chili (Cili), Butterfly Pea (Bunga Telang) dan Black Pepper (Lada Hitam). Tudung-tudung tersebut diperbuat daripada Satin Florencia bermutu tinggi dan bersaiz 115sm X 115sm.
Koleksi edisi terhad ini boleh dibeli hanya di www.mirafilzah.com pada harga RM99 setiap satu. Para peminat akan menerima tudung mereka dalam bungkusan cantik yang ditandakan dengan logo Mira Filzah dan Secret Recipe.
Siapa yang tidak mengenali model, penyanyi, pelakon dan usahawan berjaya, Fazura. Apa saja yang tidak mampu dibuat oleh isteri kepada pelakon Fattah Amin ini. Dan kini, Fazura melangkah setapak lagi dengan membuka syarikat produksinya sendiri, iaitu Fazura Pictures.
Menurut Fazura, ini adalah langkah baginya untuk kekal relevan dalam industri memandangkan banyak tawaran lakonan yang diterimanya tidak menepati cita rasa lantas menjadi faktor pelakon dan usahawan tersebut memilih untuk bergerak sendiri.
Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, berkata, melalui syarikat produksinya itu membolehkan dia menghasilkan lebih banyak karya mengikut kehendaknya dan turut sama berlakon dalam karya yang dihasilkan.
“Tawaran berlakon ada cuma tidak menepati cita rasa saya. Kebanyakan ‘story line’ yang diberikan sebelum ini banyak kisah penyondol, dua perempuan berebut seorang lelaki dan ia membosankan.
“Saya mahu memartabatkan maruah wanita melalui karya dihasilkan selain mahu menerbitkan drama berkualiti,” katanya.
Fazura berkata, dengan penubuhan Fazura Pictures ia menjadi misi utamanya untuk menghasilkan lebih banyak karya berbeza daripada sebelum ini.
“Pada masa sama, saya juga boleh berlakon dengan karya saya hendak dan selepas ini bermacam-macam yang sudah dirancang. Tak kisah genre macam mana dan banyak genre saya hendak buat termasuk filem seram.
“Bagaimanapun, karya yang dihasilkan hendaklah memberi manfaat kepada masyarakat kerana banyak yang kita lihat dalam televisyen sekarang adalah cerita mengarut. Sejujurnya banyak cerita yang mengarut sebab tidak ada mesej yang disampaikan,” katanya.
Menurut Fazura lagi, dia yang sekarang aktif menjadi penerbit turut berhasrat untuk bergelar pengarah, namun masih belajar dalam bidang pengarahan.
“Setakat ini ada dua karya sulung Fazura Pictures iaitu mengenai kempen raya menerusi filem pendek di Youtube bertajuk Adinda dan Kakak Kita ke Jakarta,” katanya.
Sumber: Harian Metro
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Semalam, berlangsungnya majlis pernikahan dan persandingan adik perempuan kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Nursairah Tarudin. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan, Villa Busainna dan dekorasi dari Wedding Galore Sdn Bhd, perkahwinan Sairah bersama Mohd Sharidan Johari ini juga diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis terdekat.
Selain tarikan majlis yang serba indah dan meriah, telatah comel anak-anak Sairah turut menarik perhatian. Paling mencuri tumpuan adalah anak sulung Sairah yang kini berusia 7 tahun iaitu Ummi Umairah atau Umai. Anak kecil ini kian menjadi bualan ramai apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut memuat naik gambar bersama Umai yang jelas menunjukkan kemiripan wajah mereka berdua.
Dua orang lagi anak Sairah ialah Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy. Masing-masing berumur lingkungan 6 dan 4 tahun.
Mengimbas kembali momen Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Umai, kanak-kanak perempuan ini juga pernah muncul dalam sebuah program TV bersama ibu saudaranya itu sekitar empat tahun lalu.
Malah, kalau mengikuti Instagram penyanyi nombor satu negara ini pasti anda sedar minat Umai yang gemar berdandan dan pandai menyanyi. Barangkali kerana darah seni yang mengalir dalam dirinya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Mungkinkah puteri Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bakal lahir Mac ini ada iras wajah Umai? Sama-sama kita nantikan.
Sumber foto: Instagram @ctdk, @sitisairahtarudin & @zaramizsdnbhd
Setelah bertahun prosiding mahkamah berlangsung mengenai kemelut di antara pelawak, Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada balu Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.
Menerusi perkongsian Hidayah di media sosial miliknya, ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al-Juffery ini meluahkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan berharap kehidupannya bersama anak tersayang akan lebih baik selepas ini.
Dedah Hidayah, “Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah. Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang telah ditetapkan.
Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini. Aamin.. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah.”
Hidayah turut memuat naik gambar dirinya lengkap berbaju kurung ungu di hadapan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Sebelum ini, mahkamah menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen kira-kira 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah kerana memfitnah wanita itu dalam Instagram dua tahun lepas.
Pada 18 Februari tahun lalu, Hakim Zulqarnain Hassan membenarkan tuntutan saman Siti Nor Hidayah terhadap Ali Puteh serta membenarkan permohonannya mendapat perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya.
Zulqarnain berpuas hati Siti Nor Hidayah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Ali Puteh dan berpendapat, hantaran Ali Puteh dalam Instagram itu sangat menjatuhkan maruah dan mengaibkan kakak iparnya.
Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga tersebut tercetus selepas kematian Abam Bocey pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...