Komplikasi Pendarahan Dalaman Selepas Pembedahan Jantung, DATUK WIRA DR. MAZNAH HAMID Dilaporkan Kritikal

“Setelah 37 tahun berniaga, kini cabarannya adalah melatih dan menurunkan legasi kepada generasi kedua, anak-anak dan kakitangan saya.” Harapan Iron Lady itu, sampai sekarang masih basah di ingatan Nona.

Terbayang keramahan Datuk Wira Dr. Maznah Hamid menyapa setiap orang yang mendekati dirinya. Sambil tersenyum, wanita kelahiran Jerlun, Kedah itu pasti memuji apa saja yang terlintas serta menarik perhatian mata.

Aura positif beliau bagaikan magnet yang ‘menarik’ ramai orang, khasnya golongan usahawan wanita yang menjadikan dirinya sebagai idola.

Sayangnya hari ini, senyuman itu lesu. Sepotong mesej ringkas daripada anak sulung beliau, Datin Nur Sharmila membuatkan awan yang sedia mendung, bertambah lara.

Dear, sorry to disturb you.
My mom had 2 blockages on her valves, this morning she went through open heart operation from 8.30am till 2pm. Operation was ok at first.. after she was transffered to ICU suddenly she had severe internal bleeding. They had to turn the ICU room into operating theatre and open her heart back to find the source of bleeding and to stop the bleeding.

The 2nd procedure just finished but she is still in danger zone. Doctors are leaving her chest open at the moment (maybe for 24 to 48hrs) since the bleeding has not stopped – and just in case they have to open back her chest. She is still in critical condition.
Appreciate if you can help doa for her. Thanks.

Allahu, terkejutnya bila dimaklumkan beliau kini berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam.

Menurut sumber, Datuk Wira Dr. Maznah sebenarnya sudah tiga minggu berada di Institut Jantung Negara (IJN) mengikut scheduled surgery yang sepatutnya.

Namun selepas pembedahan pertama yang mengambil masa hampir enam jam itu selesai, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce tersebut terpaksa dikejarkan ke ICU kerana tiba-tiba berlaku pendarahan dalaman.

Pasukan perubatan terpaksa melakukan pembedahan kedua bagi menghentikan pendarahan dalaman itu. Buat masa ini, beliau dilaporkan masih lagi dalam keadaan kritikal.

Sama-samalah kita doakan semoga kesihatan Datuk Wira Dr. Maznah kembali pulih seperti sedia kala. Syafakillah. Norzalina Mohd Alias

Share
Published by
Norzalina