Kongsi Amalan Harian, Nenek Neelofa Istiqamah Baca Al-Quran Walaupun Sakit Pada Usia 77 Tahun

Kecantikan keluarga Neelofa barangkali berkat darah campuran Melayu, Arab dan Pakistan yang diwarisi oleh ibu dan nenek mereka. Masih terserlah keayuan wanita yang mesra membahasakan dirinya ‘Umi’ atau Bibi Khoteja Yusof iaitu nenek Neelofa yang kini berusia 77 tahun kala ditemui di Putrajaya baru-baru ini.

Biarpun berada dalam keadaan sakit tetapi tidak menghalang Umi untuk tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.

Nenek kepada selebriti, Neelofa itu berkongsi kisah meskipun pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.

 

Neelofa dan Ameera bersama ibu mereka, Datin Noor Kartini

 

“Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran.

Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran.” Bibi Khoteja

Mesra dan mudah tersenyum, kelembutan Umi ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Sabtu lalu menawan hati.

Foto Sinar Harian

 

Keluarga besar The Khan’s

 

Bibi Khoteja menambah guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran.” Bibi Khoteja

Tak hairanlah jika amalan membaca al-Quran ini diteruskan oleh anak cucunya sampai sekarang. Pada usia emas, tertanam jiwa cintakan kalam Allah yang amat dalam di hati Umi, sekaligus menjadi contoh terbaik buat ahli keluarga tersayang.

Dalam pada itu, Bibi Khoteja menyifatkan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

 

“Alhamdulillah saya dapat hadir dan cita-cita saya memang nak datang ke sini kerana saya tidak pernah tinggal untuk mengikuti program #QuranTime di televisyen.

Keistimewaan program ini adalah untuk membimbing serta memberi ilmu mengenai al-Quran yang bukan sahaja membaca tetapi tahu apa makna dalam setiap ayat.” Bibi Khoteja

Share
Published by
Norzalina