Kongsi Kasih Dengan MENANTU, Jasmin Hamid Akui Bukan Mudah ‘Melepaskan’ Anak Tersayang

Setiap wanita pasti akan merasai perasaan begini. Perubahan fasa kehidupan daripada single, berkahwin dan mempunyai anak. Bila tiba giliran anak pula mendirikan rumah tangga perasaan seorang ibu pasti berbaur gembira, teruja dan sedih. Ini diakui sendiri oleh pelakon popular, Jasmin Hamid apabila anak sulungnya berkahwin dengan pilihan hati.

Foto: Instagram @jasminhamidjh
Foto: Instagram @jasminhamidjh

“Sedih itu satu fasa yang ibu bapa akan lalui apabila anak mereka membina kehidupan sendiri. Saya tak terkecuali. Raya nanti pun pasti saya kena terima hakikat yang ia takkan macam dulu lagi. Anak saya sudah ada keluarga mentua di Kelantan. Kenalah berbahagi kasih sayang,” tutur Jasmin yang mengakui bukan mudah melepaskan anak tersayang membina mahligai kehidupan sendiri.

Foto: Instagram @jasminhamidjh
Foto: Instagram @jasminhamidjh

Menurut Finalis Dewi Remaja 1990/91 ini, majlis pernikahan anak lelaki yang telah dijaga sejak usia 2 bulan itu diraikan secara kecil-kecilan di Kuala Krai, Kelantan. Anak lelakinya, Lukman Hakim Azmi selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nor Faezah Abdullah. Memang selama ini pelakon yang mula menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 17 tahun itu tidak pernah berselindung tentang anak-anaknya.

Foto: Instagram @jasminhamidjh

Di saat gembira menerima menantu, pelakon drama 7 Hari Mencintaku musim kedua itu terkenangkan kedua-dua arwah ibu bapanya. “Baba dan Mama lebih dulu meninggalkan kami. Jadi mereka tak dapat melihat detik bahagia ini.

Foto: Instagram @jasminhamidjh

Anak sulung saya juga tak dapat membendung air matanya kerana mengenakan arwah nenek dan datuknya. Tapi saya bersyukur dapat menjalankan satu tanggungjawab yang arwah ibu bapa saya amanahkan. Bukan mudah, namun beginilah kehidupan,” kata Jasmin Hamid pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 1997.

Foto: Instagram @jasminhamidjh

Bercerita tentang perkahwinan yang berlangsung ketika perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), “Pada majlis serba sederhana itu, hanya 100 orang saja tetamu diraikan mempelai. Kita tahu dengan norma baharu ini ada saja batas yang perlu dipatuhi.

Foto: Instagram @jasminhamidjh

Termasuklah yang membabitkan prosedur operasi standard (SOP) Memang tak boleh buat majlis membabitkan ramai orang,” kata Jasmin Hamid. Kedua-dua anaknya iaitu Rohanna dan Ian Haziq turut menyaksikan majlis pernikahan abang mereka.

Foto: Instagram @jasminhamidjh
Foto: Instagram @jasminhamidjh

Dengarnya kalau nak cari deko untuk majlis perkahwinan yang cantik dan murah boleh tengok kat sini.

Sumber: Berita Harian

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed