Rasanya semua sudah tahu pelakon dan usahawan terkenal Fizo Omar sudah pun berkahwin dengan Fazeera Nazri Azrai selepas perkahwinan sebelumnya bersama Mawar Karim berakhir sekitar bulan 2019. Selepas sekian lama menduda, Fizo Omar akhirnya menemui cinta sejatinya, dan sekitar Jun tahun lepas mereka dikurniakan cahaya mata perempuan.
Dan baru-baru ini, Fazeera atau mesra disapa Faz berkongsi video di media sosialnya yang nyata menarik perhatian netizen di mana di dalam video tersebut, kelihatan dirinya bermanja bersama anak tirinya, Wan Maryam atau lebih mesra dipanggil Cik Yam.
Menerusi hantaran di Instagram, Fazeera dilihat berkongsi detik indah kemesraan bersama anak tirinya. Menerusi hantaran tersebut juga, Faz turut menulis dan berkongsi yang dia cukup bertuah menumpang kasih anak tirinya yang disapa Cik Yam walaupun bukan dia yang melahirkan. Malah Faz mengakui banyak yang dipelajari sepanjang bergelar ibu tiri kepada Maryam.
“Detik-detik indah kita bersama, Cik Yam Umi. Terima kasih Allah atas anugerah terhebat ini Sebelum Khaleeda, saya banyak belajar dari awak, Cik Yam, dalam memahami dunia seorang ibu walaupun bukan saya yang melahirkan awak.
Apa yang paling mengujakan saya adalah melihat awak dan Khaleeda mencurahkan kasih sayang antara satu sama lain. Saya memohon maaf kerana tidak menjadi ibu yang baik untuk anda tetapi awak sentiasa yang terbaik untuk saya!” tulis Fazeera di Instagram
Mengintai ruangan komen di Instagram, ramai peminat dan pengikut Fazeera teruja , tersentuh dan terharu dengan kemesraan yang ditonjolkan Fazeera walaupun bukan dari darah dagingnya sendiri. Malah ada netizen turut menulis yang tak semua ibu tiri itu jahat.
Semoga perhubungan Cik Yam dan Faz baik-baik saja.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.