Walaupun bergelar selebriti dan punya duit yang banyak untuk buat pelbagai rawatan kulit, tapi rejim kecantikan dua wanita cantik ni ringkas dan mudah je rupa-rupanya. Bahkan tak keluar belanja yang banyak. Buat dekat rumah je pun boleh!
Tidak lokek berkongsi petua, ini yang lazimnya Ameera Khan lakukan. “Mungkin ada yang tak percaya tapi I tak pakai pelembap, serum ataupun krim mata. Kalau ada event atau photo shoot, balik je dari rumah I akan mandi dan lepas tu letak mask Kora Organics.
Pencuci muka pun I guna dari Kora Organics sebab ia organik. Setiap pagi dan malam pula I akan ambil ais letak dekat muka selama tiga minit. Ia bagus untuk kecilkan liang pori, mengurangkan dark circle, cegah pembentukan jerawat dan buatkan muka jadi lebih glowing.
Hasilnya, my cheek jadi kemerah-merahan since the day I buat ice facial ni. Pastikan ais diletakkan terus on your skin. Selain itu, I juga minum banyak air kosong sehari. Untuk pagi, I akan minum lemon yang direndam dengan air panas. Malam, makan madu sekali dengan ‘sarang’ dia tu. Untuk buah-buahan pula I suka makan buah delima dan mangga,” ujar adik kepada Neelofa ini.
Sementara itu, bagi pelakon cantik Hanez Suraya pun pernah berkongsi petua menjaga kulit muka yang sihat di laman Instagramnya tidak lama dulu.
“Kenapa Hanez tuam muka dengan ais? Pertama, bila Hanez rasa kulit muka berbiji-biji Hanez akan tuam dengan ais. Kedua, bila Hanez rasa tak cukup tidur malam tu Hanez akan tuam dengan ais dan ketiga, 30 minit sebelum Hanez nak make up Hanez akan tuam dengan ais.”
Wow, mudah dan menjimatkan. Seriously, buat dekat rumah pun boleh! Patutlah kulit ibu kepada Puteri Aleesya ini susah nak nampak jerawat.
Apa yang pasti, petua kecantikan yang diamalkan Ameera dan Hanez ini memang berkesan kalau dipraktikkan secara konsisten. Berikut, Nona kongsikan 6 manfaat ais dalam dunia kecantikan khususnya kulit wajah.
- Menghilangkan jerawat
- Menghilangkan dark circle atau kehitaman di sekeliling mata
- Mengecilkan liang pori
- Membuatkan mekap tahan lebih lama
- Melancarkan pengaliran darah
- Menghilangkan rasa lesu dan membuatkan wajah kelihatan segar
Kredit foto: Instagram Little Miss Khan & Hanez Suraya