Kongsi Rasa ‘Menu Bajet’ Keluarga Malaysia, DATUK DR ZULKIFLI Puji Berkhasiat & Mengenyangkan

Kenaikan harga barang bukanlah satu isu baru. Salah satu sebabnya ialah peningkatan kos sara hidup sehingga menyebabkan perbelanjaan kita kian meningkat sehingga memberi kesan kepada semua golongan termasuklah mahasiswa yang dilihat semakin terbeban.

Kredit Foto: Instagram @usimofficial

Salah satui inisiatif kerajaan bagi meringankan beban para mahasiswa dan menangani isu kenaikan kos sara hidup mereka ialah memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia atau menu bajet di kafeteria dan restoran di IPT serta mana-mana premis penjualan makanan.

Kredit Foto: Instagram @usimofficial

Inisiatif ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari beberapa universiti awam dan kolej antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknoogi MARA (UiTM) dan terbaru Universiti Sains Islam Malaysia.

Atas keprihatinan YB Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (USIM) para mahasiswanya dapat menikmati rezeki ini bersama. Sekurang-kurangnya dapatlah mereka menghela nafas lega kerana tak lagi terbeban dengan perbelanjaan dari segi makanan.

YB Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Kredit: IG @drzulkifli.albakri)
Kredit Foto: Instagram @usimofficial

Memuat naik di laman Instagramnya, Dr Zulkifli berkongsi pengalaman menarik apabila beliau merasai sendiri menu bajet tersebut bersama beberapa wakil mahasiswa. Beliau memuji keenakan menu yang dicubanya iaitu nasi putih bersama ayam goreng, kuah, timun dan sambal yang berharga RM3.50.

“Berkhasiat dan mengenyangkan, ala-ala Nasi Kak Wok. Alhamdulillah.”

Kredit Foto: IG @drzulkifli.albakri)

“Universiti Sains Islam Malaysia menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi dengan menawarkan Menu Keluarga Malaysia untuk semua mahasiswa.

“Hari ini saya menikmati juadah ini bersama-sama Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor Kediaman 1 USIM. Turut bersama kami, beberapa wakil mahasiswa.

“RM3.50 (subsidi RM1.50 daripada Pusat Wakaf dan Zakat USIM) untuk Nasi Putih. Ayam Goreng, Kuah, Timun dan Sambal.”

Kredit Foto: Instagram @usimofficial

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia, kerajaan menawarkan menu berkualiti pada harga siling RM3.50 untuk satu pek hidangan.

Rata-rata para pengikutnya di Instagram memuji keprihatinan beliau kerana cakna dengan masalah pelajar.

Semoga usaha ini terus mendapat sambutan dari institusi-institusi pengajian tinggi yang lain agar dapat membantu meringankan beban para pelajar seterusnya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajian.

 

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad