Kongsi Rezeki, MELINDA LOOI Serah Separuh Jualan Pink October Untuk Kempen Kanser Payudara!

Pereka fesyen tanah air, Melinda Looi bukan hanya kreatif menghasilkan rekaan fesyen unik dan eksklusif bahkan memiliki pelbagai idea untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Selain bergiat aktif membantu petugas barisan hadapan mencegah Covid-19 menerusi penghasilan kelengkapan perlindungan diri atau Personal Protective Equipment (PPE), Melinda Looi selaku Presiden Malaysia Official Designers Association (MODA) turut tidak ketinggalan menyokong kempen Kanser Payudara yang diadakan sepanjang bulan Oktober ini.

Sebagai pemilik jenama Melinda Looi, wanita berusia 47 tahun ini menggunakan platform perniagaan fesyen yang diusahakan untuk membantu para pejuang kanser payudara. Sempena bulan kesedaran Kanser Payudara, Melinda menawarkan diskaun potongan harga sebanyak 50 peratus bagi setiap barangan merah jambu dari rangkaian koleksi sedia ada.

Pereka Melinda Looi
Antara usaha Melinda sempena Kempen Kanser Payudara 2020
Berkongsi PPE yang dihasilkan untuk para frontliners

Malah, pereka fesyen berjiwa murni ini turut melancarkan T-shirt dan kerongsang kempen kanser payudara edisi terhad di laman web e-dagang miliknya. Ujar Melinda, 50 peratus hasil jualan T-shirt dan 80 peratus jualan kerongsang PINK October akan disalurkan kepada Breast Cancer Campaign 2020 dari Estee Lauder Companies Malaysia dan MODA.

Sumbangan derma tersebut kemudian akan diserahkan kepada empat organisasi terlibat iaitu Breast Cancer Welfare Association Malaysia, Cancer Research Malaysia, College of Radiology Malaysia dan National Cancer Society of Malaysia.

Buat mereka yang ingin menderma dan menyokong usaha ini, bolehlah membuat pembelian PINK October di https://www.melindalooi.com/collections/october-is-all-about-pink Sumbangan anda pastinya memberi seribu satu makna buat mereka yang memerlukan.

Syabas dan tahniah buat Melinda Looi serta semua pereka fesyen yang terlibat dalam menjayakan Kempen Kanser Payudara 2020.

Share
Published by
Suzi