Beruntungnya pelakon, Saharul Ridzwan dikurniakan seorang wanita bergelar isteri yang taat dan sentiasa meletakkan keluarga sebagai keutamaan. Deena Emir yang namanya cukup dikenali sebagai salah seorang pengusaha busana muslimah berjaya kini akur untuk memperlahankan perjalanan kariernya demi menjaga suami dan anak mereka yang kini berusia dua tahun, Muhammad Luth Ali.

Sudahlah pandai cari duit sendiri, pemilik nama Qabila Deena Emir ini juga lambang wanita muslimah berjaya dan wajar dijadikan inspirasi. Walau ‘bertarung’ masa menguruskan keluarga, Deena tetap cekal mengusahakan perniagaan miliknya, Qaabila. Bahkan penampilan Deena yang cukup sopan dan menjaga aurat sebagai wanita juga membuatkan sejuk mata memandang. Alahai, bertuahnya suami!

Ads

Memasuki tahun ketiga melayari bahtera perkahwinan dan mula mengenali hati budi isteri tercinta, Saharul meluahkan rasa kagum dan syukur dengan bakat serta jasa baik Deena terhadap dirinya dan anak mereka. Memuat naik sebuah video di laman Instagramnya baru-baru ini… pelakon berusia 30 tahun tersebut turut berkongsi hasil kerja Deena lima tahun lalu ketika dia menjumpai sketch book isterinya.

Korbankan Cita-Cita Demi Anak & Suami, SAHARUL RIDZWAN Terharu Pengorbanan DEENA EMIR!

Korbankan Cita-Cita Demi Anak & Suami, SAHARUL RIDZWAN Terharu Pengorbanan DEENA EMIR!

Korbankan Cita-Cita Demi Anak & Suami, SAHARUL RIDZWAN Terharu Pengorbanan DEENA EMIR!

Ujarnya, “Tadi saya mengemas bilik ni sebab nak jadikan small office untuk tahun ini. Dan saya jumpa something about my wife.

Sambil membelek setiap helaian buku tersebut, dia dilihat tak henti-henti memuji kemahiran buah hati kesayangan. “Saya rasa macam … wow! Ini hasil kerja dia, minat dia, passion dia. Thank you sayang, love you.

Rasanya lama dah awak pendam dan simpankan. Berkahwin, pregnant, lepas tu jaga Ali dan suami. Awak korbankan cita-cita awak, impian awak demi kami. Terima kasih isteri. Saya doakan Jannah untuk awak. Saya tahu awak boleh. Saya tahu awak memang akan dapat apa yang awak cita-citakan. InShaaAllah. Jemputlah QAABILA tu ‘keluar’ dan temankan awak bersama-sama bina balik semuanya. InShaaAllah, doa saya akan sentiasa mengiringi awak.”

Korbankan Cita-Cita Demi Anak & Suami, SAHARUL RIDZWAN Terharu Pengorbanan DEENA EMIR!

Korbankan Cita-Cita Demi Anak & Suami, SAHARUL RIDZWAN Terharu Pengorbanan DEENA EMIR!

Mesti sejuk hati mana-mana isteri bila ada suami yang menghargai pengorbanan mereka. Siap Saharul sanggup nak bantu Deena bangunkan perniagaan. Benarlah, reda seorang suami itu mampu membawa isteri ke jalan yang lebih baik dan sesungguhnya syurga bagi seorang isteri juga terletak di bawah telapak kaki suami.

Ads

Korbankan Cita-Cita Demi Anak & Suami, SAHARUL RIDZWAN Terharu Pengorbanan DEENA EMIR!

Meskipun Saharul sibuk dengan penggambaran drama, namun bila ada waktu terluang kedua-duanya akan memanfaatkan masa sebaik mungkin. “Bukan selalu dapat bermanja-manja laki bini macam ni. Ali tengah tidur. So lepas solat sama-sama tadi kami bercintalah kejap. Kalau tak Ali selalu marah saya, pegang tangan Deena pun dia marah.

Ya Allah, berikanlah aku masa dan peluang yang banyak untuk aku berjemaah dengan isteriku lagi. Inilah terapinya kalau tengah stres, bergaduh pasal nak makan apa ke, lepas solat mesti semuanya inshaAllah back to normal.”

Moga kebahagiaan yang dikecapi pasangan romantis ini dapat dijadikan inspirasi kepada semua pasangan suami isteri lain.

Ads

 

Kredit : Instagram Saharul Ridzwan & Deena Emir

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI