Suasana cerah, petang Jumaat di Cyberjaya menjadi saksi penyatuan cinta penyanyi popular Haqiem Rusli dengan pasangan pilihan hatinya, Anis Sofea.
Dalam perkembangan terkini majlis akad nikah Bintang Paling Popular ABPBH33 itu, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem bin Rusli, 24 tahun sah bergelar suami dengan dua kali lafaz sekitar jam 3.40 petang, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat pasangan.
Ads
Pernikahan pasangan ini mendapat liputan luas ekoran usia pasangan Haqiem iaitu Wan Anis Sofea binti Wan Zamzuri yang masih muda iaitu 19 tahun.
Sama cantik, sama padan. Begitulah keserasian yang tercipta di antara pasangan muda ini di atas pelamin. Kelihatan pihak Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada pihak pengantin perempuan.
Dalam perkongsian eksklusif pasangan mempelai, majlis yang dilangsungkan berjalan lancar secara tertutup, dengan dihadiri oleh keluarga tercinta, kenalan rapat dan media sahaja mengikut prosedur operasi standard (SOP) penganjuran majlis perkahwinan dan sosial yang telah ditetapkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.
KOS RM7 JUTA
Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini, jenama barang kemas HABIB menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis.
Ads
Kedua mempelai merupakan pelanggan HABIB apabila memilih untuk membeli cincin perkahwinan mereka. Cincin berlian Hearts of Fire merupakan berlian terbaik dunia menjadi pilihan kedua mempelai.
Persalinan kedua mempelai untuk majlis pernikahan dan persandingan juga dilengkapi koleksi berlian potongan ekslusif dari HABIB. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta.
Ads
Pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini telah menjalin percintaan sejak dua tahun lepas, berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan mereka.
“Dia (Anis Sofea) amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan ketrampilannya yang telah menambat hati saya untuk memilikinya.” Haqiem
Sofea pula menerangkan, “Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya”.
Tak sabar nak tunggu majlis perkahwinan mereka yang bakal diadakan di skyGlass Cyberjaya. Tentu secantik taman kayangan, dengarnya resepsi makan malam tertutup ‘Wedding in the Sky’ ni bakal memukau pandangan!
Kredit: Haqiem Rusli & Aqo Imran
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak merupakan amanah yang perlu ditatang bagai minyak yang penuh. Segala-gala tentang kanak-kanak dan bayi perlu penjagaan ekstra terutama kesihatan.
Kulit bayi juga perlu dipelihara sempurna agar tidak timbul ruam atau iritasi yang berbahaya. Oleh itu pilih mandian bayi yang lembut dan bebas daripada bahan kimia demi kesejahteraan mereka.
Rangkaian penjagaan kulit bayi dan kanak-kanak, Buds for Kids telah memperkenalkan koleksi organik dengan wajah baharu. Dua haruman buah-buahan mandian gel iaitu Raspberry dan Tutty Fruity telah ditambah yang menampilkan empat karakter raksasa comel untuk menjadikan waktu mandian lebih menyeronokkan serta diingati oleh anak-anak.
Pendedahan yang berpanjangan kepada bahan kimia yang terdapat dalam gel mandian atau wangian biasa mungkin boleh menyebabkan ruam, tindak balas alahan, malah ekzema kepada kanak-kanak. Untuk mengelakkan reaksi tersebut, penjagaan khas perlu diambil dengan memilih gel mandi dan syampu yang sesuai untuk kanak-kanak.
Tip Pilih Produk Mandian Kanak-kanak
Baca label kandungan di bahagian belakang botol produk gel mandian dan syampu sebelum membeli.
Semak jika tertera Sodium Lauryl Sulfate atau SLS iaitu bahan kimia yang sering dijumpai di dalam kebanyakan produk pembersihan seperti syampu, sabun, gel mandian, sabun basuh baju, cecair kumur dan ubat gigi. Ia mempunyai sifat-sifat menghakis (itulah sebabnya ia digunakan di dalam bahan pencuci lantai dan pinggan!) dan terbukti menyebabkan iritasi pada kulit dan mata.
Peraduan ‘Menamakan Raksasa Comel’
Sempena meraikan wajah baharu, Buds for Kids menjemput kanak-kanak untuk bersama-sama mengenali lebih lanjut empat ekor raksasa comel mereka.
Setakat ini, kesemua raksasa comel itu belum diberi nama dan menjemput rakan-rakan mereka, iaitu kanak-kanak untuk menamakan mereka.
Sehubungan itu, Buds for Kids akan mengadakan peraduan menerusi Facebook untuk memudahkan kanak-kanak menamakan keempat-keempat raksasa comel yang dipamerkan pada produk daripada 28 September sehingga 31 Oktober 2017. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kes jangkitan Covid-19 di Malaysia masih mencatatkan empat digit, kini negara berdepan situasi terbaharu apabila varian UK B.1.1.7 dilaporkan dikesan hari ini. Dalam keadaan para petugas barisan hadapan yang ‘berjuang’ merawat sejumlah pesakit Covid-19 yang kian meningkat, penularan varian bermutasi yang berasal dari United Kingdom ini pastinya menjadi cabaran besar buat mereka.
Perkembangan terbaharu ini disahkan sendiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook beliau. Menurut kenyaatan Tan Sri Dr Noor Hisham, “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 atau 202012/01 mutasi protein Spike telah dikesan di Malaysia pada hari ini.
Kes tersebut telah dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember 2020. Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut. Sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk dari United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.
Sebanyak 968 sampel telah diuji sejak Oktober 2020 dan telah melakukan “genome sequencing” bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel. Setakat 11 Januari 2021, tiada penularan dalam negara telah dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 tersebut.
KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa. Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak menyebabkan gejala yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat.
Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.”
Setakat semalam, negara mencatatkan kes harian sebanyak 2,232 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 138, 224 kes. Manakala kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 28,554 kes.
Khabarnya, menjelang Februari depan negara akan menerima bekalan dos vaksin Covid-19 Pfizer dan Bio N Tech.
Sebagai langkah berjaga-jaga dan situasi yang kian membimbangkan, esok bersamaan 13 Januari 2020 beberapa negara di Malaysia akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Diharapkan dengan pelaksanaan ini, angka kes jangkitan wabak maut berkenaan dapat diatasi segera. Sama-sama kita berjuang menentang Covid-19 dan membantu petugas barisan hadapan mengurangkan kes jangkitan. Kita pasti menang!
Kredit foto: Facebook Tan Sri Noor Hisham
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum tengok keprihatinan yang ditunjukkan Ajak Shiro ketika negara dilanda musibah banjir baru-baru ini. Bagaikan sudah sebati berkhidmat untuk masyarakat, Ajak yang merupakan bekas Tentera Laut Diraja Malaysia tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir terjejas khususnya di sekitar Jelebu, Negeri Sembilan dan Bentong, Pahang.
Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak mula dikenali sejak menyertai program Raja Lawak musim keenam menerusi kumpulan Shiro bersama sepupunya, Shahrol. Dia yang baru sahaja selesai menyertai Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Tobat, memanfaatkan masa yang ada untuk berbakti kepada insan memerlukan.
Ajak memulakan misi bantuan pada 20 Disember lepas dan daripada perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya, rata-rata followers penyampai radio berusia 35 tahun ini menzahirkan ucapan terima kasih dan bangga dengan keprihatinan yang ditunjukkan bapa tiga orang anak tersebut.
Bahkan salah satu daripada video yang dikongsikan juga meraih hampir 200 ribu likes memaparkan Ajak yang memandu kenderaan pacuan empat roda tenang membantu seorang lelaki bersama anak kecil yang sedang meredah banjir dibawa ke kawasan selamat.
Malah, dia juga mengerah keringat membersihkan kawasan salah sebuah sekolah di Bentong, Pahang. Kongsi Ajak, “Alhamdulillah syukur dan bersih dah ruang kantin sekolah dekat Bentong ni. Boleh korang tidur sini malam ni. Bantal, tilam, selimut, botol susu, tuala, sabun, pampers, ubat gigi semua ada ditinggalkan. Moga korang selesa sikit nanti ya. InshaAllah kita tempuh ujian Allah ni pelahan-pelahan.”
Tidak cukup itu, Ajak juga terpanggil untuk berkongsi rezeki dan memberikan televisyen kepada keluarga mangsa banjir di Negeri Sembilan. Usaha murni Ajak ini memang patut dijadikan ikutan.
Menerusi perkongsian Ajak di media sosial juga jelas kelihatan raut wajahnya yang gembira dan sebak kerana berpeluang meringankan beban insan-insan yang ditimpa musibah.
Ajak bergelar suami kepada guru bernama Nur Afifah Amin pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Semoga bantuan dan sikap prihatin Ajak ini mampu menjadi pencetus semangat agar lebih ramai masyarakat tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan kelak.
Kredit: Instagram Ajak Shiro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...