Penularan pandemik COVID-19 telah merebak ke serata pelosok dunia. Jumlah terkini mangsa pandemik yang bermula dari negara China ini telah melebihi 500,000 orang di seluruh dunia. Kini mangsa tertinggi adalah dari Amerika Syarikat.
Ads
Dalam pada itu, Raja Bollywood, Dato’ Shah Rukh Khan wajar menerima pujian apabila tampil dengan cara dan gaya yang tersendiri untuk menyampaikan langkah pencegahan bahaya COVID-19 kepada seluruh peminatnya terutama di India.
Menariknya, suami kepada Gauri Khan ini telah menggabungkan beberapa adegan ikonik filem lakonannya seperti Baazigar, Raaes, Main Hoon Naa dan banyak lagi. Dato’ Shah Rukh Khan telah menggunakan gaya yang unik ini untuk menyebarkan kesedaran tentang bahaya COVID-19 dan apa yang boleh dilakukan untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini.
Dalam video berdurasi 5 minit itu Dato’ Shah Rukh Khan menegaskan “Pakai topeng muka jika anda telah dijangkiti COVID-19 atau menunjukkan sebarang simptom telah dijangkiti atau anda menjaga seseorang yang menderita kerana virus tersebut. Pastikan menggunakan topeng muka surgikal yang diiktiraf,” kata hero filem Dilwali yang bergandingan dengan Kajol ini.
Ads
Dato’ Shah Rukh Khan juga sempat berpesan kepada orang ramai agar pandai memilih maklumat yang benar dan jangan mudah percaya apa lagi menyebarkan berita palsu. “Tolong hanya terima informasi yang betul terutama daripada kerajaan tempatan.
Ads
Be safe and be healthy. Saya berdoa untuk anda dan keluarga tersayang agar terhindar dari jangkitan ini dan tolong doakan juga untuk saya dan keluarga,” kata pelakon utama filem Mohabbatein ini.
Akhir sekali kata Dato’ Shah Rukh Khan, “Insya-Allah kita boleh mengatasinya,” sambil memetik gitar.
Umum sedia maklum, pelakon jelita yang juga pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman atau lebih mesra disapa sebagai Mira Filzah kini sudah jarang dilihat menghiasi kaca televisyen selepas mendirikan rumahtangga.
Malah, sejak bergelar ibu kepada seorang cahaya mata pelakon dan pengacara popular berusia 30 tahun itu dilihat cuba menyeimbangkan masa diantara karier dan juga keluarga kecil yang dimilikinya.
Kemunculan semula Mira dalam drama yang pernah menjadi fenomena tahun ini, berjudul “Imam Instant Ustazah Scammer” boleh diibaratkan sebagai ubat rindu kepada para peminatnya dan mendapat sokongan penuh keluarganya.
Karier Lakonan Akan Berjalan Seperti Biasa Atas Sokongan Kedua Belah Keluarga!
Dalam temu bual bersama NONA, Mira melahirkan rasa syukur kerana dapat meneruskan kerja dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah keluarga.
Perkahwinan dengan Wan Khair Emir selama tiga tahun ini sedikit sebanyak mengubah kerjayanya. Di tambah pula dengan kehadiran anak sulungnya, Wan Khair Amir yang kini mencecah usia setahun lebih.
Ternyata ibu dan ibu mertuanya memberi reaksi berbeza terhadap idea Mira berlakon semula.
“Mak mertua dan mak Mira ni dua-dua berbeza sedikit, sebagai contoh Mak mertua career driven, dia macam takpe ambil je shooting mana-mana, lama-lama pun takpe jangan risau about Amir siapa jaga dia, don’t worry go achieve, dia suka kita busy, kita kerja” ujar Mira.
Go For It! Ini Masa Untuk Menyinar
Ibu mertua Mira, Datin Mastura Yazid, memberikan sokongan penuh kepada Mira agar dia dapat meneruskan kerjayanya dan tidak perlu risau tentang anaknya.
Pelakon yang mula popular dengan drama Cinta Si Wedding Planner ini berkata, sebelum menerima tugasan berlakon drama terbarunya itu, dia bercakap dengan ibunya dan bertanyakan pendapatnya.
“Masa mula-mula Mira dapat job lakonan terbaru, balik-balik Mira bincang dengan mak Mira, okay ke nak ambil ni? Amir masih kecil lagi
“Kalau macam mak, mak akan support je apa Mira nak buat, apa pun keputusan Mira dan kalau perlukan bantuan mak, maklumkan
“Kalau mother-in-law Mira, just go for it. It’s time for you to shine,”Katanya.
Mempunyai reaksi yang berbeza tetapi kedua-duanya akan sentiasa menyokong kerjaya Mira walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Sekadar info, Mira berkahwin dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki Wan Khair Emir yang dilahirkan pada 10 Mei tahun lalu.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anggun, bergaya dan bakal ditabalkan sebagai Ratu Sweden, kehidupan Yang Teramat Mulia Puteri Mahkota Victoria ini bertambah sempurna disamping suaminya iaitu Putera Daniel serta anak-anak mereka, Puteri Estelle dan Putera Oscar.
Beliau juga merupakan puteri sulung kepada Tuanku Raja Carl Gustav XVI dan Tuanku Permaisuri Silvia.
Berusia 42 tahun, Puteri Mahkota Sweden yang juga Duchess of Vastergotland tersebut dilahirkan pada 14 Julai 1977 dengan nama Victoria Ingrid Alice Desiree. Sejak diputerikan hinggalah pada April 2013, beliau menjadi pewaris pertama kerajaan dari kalangan wanita dalam monarki Eropah.
Ini bermakna, apabila menaiki takhta Sweden kelak, beliau merupakan pemerintah pertama Sweden dari kalangan wanita setelah Undang-undang Pewarisan Takhta 1810 diubah pada tahun 1979 bagi membolehkan anak pertama mewarisi takhta tanpa mengira jantina.
Menariknya, disebabkan gelaran dan tanggungjawab sebagai Puteri Mahkota, beliau banyak menerima darjah kebesaran dari negara luar. Puteri Mahkota Victoria juga seringkali menemani ayahanda dan bondanya melakukan lawatan rasmi ke luar negara bagi mengeratkan hubungan Sweden dengan negara luar.
Ayuh kita lihat antara darjah-darjah kebesaran yang pernah dikurniakan kepada beliau setakat ini dan gaun-gaun indah yang dipakai ke majlis-majlis rasmi. Wow, inilah gaya puteri raja yang sebenar!
(1) Jerman – Grand Cross of the Order of Merit of the Federal Republic of German 2003
(2) Denmark – Knight of the Order of the Elephant 1995
(3) Luxembourg – Grand Cross of the Order of Adolph of Nassau 2008
(4) Jepun – Grand Cordon of the Order of the Chrysanthemum 2007
(5) Austria – Grand Decoration of Honour in Gold with Sash for Services to the Republic of Austria
(6) Brazil – Grand Cross of the Order of the Southern Cross 2007
(7) Bulgaria – Cordon of the Order of Stara Planina 2007
(8) Estonia – Order of the Cross of Terra Mariana, First Class 1995
(9) Greece – Grand Cross of the Order of Honour 2008
(10) Finland – Grand Cross of the Order of the White Rose 1996
(11) Norway – Grand Cross of the Royal Norwegian Order of St. Olav 1995
(12) Latvia – Grand Officer of the Order Three Stars 2005
(13) Romania – Grand Cross of the Order of the Star of Romania 2008
(14) Perancis – Grand Cross of the National Order of Merit
(15) Jordan – Grand Cordon of the Supreme Order of the Renaissance 2003
(16) Malaysia – Darjah Seri Maharaja Mangku Negara Grand Commander of the Order of the Defender of the Realm 2005
Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) merupakan pangkat yang tertinggi antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN). YMPN merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. Dikurniakan sebagai penghormatan yang istimewa kepada mereka yang telah berjasa dengan cemerlang kepada negara dan berpengaruh tinggi sesuai dengan kedudukan mereka.
Pangkat S.M.N. terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang bergelar ‘Toh Puan’.
Kalung Darjah mengandungi lambang-lambang Jata negeri-negeri dalam Malaysia. Bintang Darjah berbentuk bintang pecah sebelas yang diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Lencana Darjah berbentuk bintang pecah sebelas diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Selempang Darjah diperbuat daripada kain sutera berlatarkan warna biru dan di kedua belah tepi selempang terdapat jalur kuning. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958. Rosmah Idayu Abu Samad
Permaisuri terakhir Iran, Farah Diba Pahlavi sentiasa tampil anggun dan menarik serta begitu mencintai dunia seni sehingga digelar “Jackie Kennedy Timur Tengah”. Mungkin aura dan pesona yang ditampilkan oleh Farah Pahlavi sama seperti Wanita Pertama Amerika Syarikat itu.
Biarpun berstatus permaisuri dalam buangan serta tidak lagi memiliki negara secara sah namun Farah Pahlavi tetap dihormati oleh keluarga diraja seluruh dunia.
Wanita yang kini berusia 80 tahin ini pernah muncul di beberapa acara diraja antarabangsa, seperti perkahwinan Putera Mahkota Frederik dari Denmark pada tahun 2004, perkahwinan Nikolaos dari Greece dan Denmark tahun 2010, perkahwinan Albert II, Putera Monaco dan perkawinan Mahkota Putera Leka II dari Albania.
Kisah hidup Farah Pahlavi begitu tragis dan tetap dikenang sehingga kini. Permaisuri Iran ini terpaksa meninggalkan negaranya bersama suami, Maharaja Mohammad Reza Pahlavi setelah 38 tahun memerintah Iran ketika Revolusi Iran pada tahun 1979.
Pasangan diraja ini bersama dua orang anaknya, Puteri Leila dan Putera Ali-Reza membawa diri ke Mesir kerana penggulingan sistem kerajaan monarki yang menyaksikan sistem kerajaan monarki dihapuskan secara menyeluruh di negara tersebut. Sudahlah hidup dalam buangan, suami pula meninggal dunia kerana kanser limfoma setelah 18 bulan meninggalkan Iran.
Selepas kematian suaminya, Farah Pahlavi tinggal di Mesir selama hampir dua tahun. Presiden Sadat memberi kebenaran kepada Farah Pahlavi keluarganya menggunakan Istana Koubbeh di Kaherah sebagai tempat tinggal. Beberapa bulan selepas pembunuhan Presiden Sadat pada bulan Oktober 1981, beliau dan keluarganya meninggalkan Mesir.
Rezeki berpihak kepada Farah Pahlavi apabila Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Ronald Reagan mengalu-alukan kedatangannya. Farah Pahlavi bersama anak lelaki sulungnya Putera Mahkota Iran, Reza Pahlavi serta menantu dan cucu pertama kali menetap di Williamstown, Massachusetts, tetapi kemudian membeli sebuah rumah di Greenwich, Connecticut.
Selepas kematian Puteri Leila pada tahun 2001, Farah Pahlavi membeli rumah yang lebih kecil di Potomac, Maryland, berhampiran Washington, D.C untuk berada lebih dekat dengan anaknya dan cucu-cucunya dan tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke bumi Iran sehingga sekarang.
Farah kini membahagikan masa antara Washington, D.C dan Paris. Farah menyokong amal, termasuk Malam Gala Tahunan Alzheimer INFRAD (Peningkatan Dana Antarabangsa untuk Penyakit Alzheimer) yang diadakan di Paris.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...