Motif batik semakin mendapat tempat di hati anak muda bukan sahaja melalui pakaian, namun kini turut diketengahkan dalam aksesori wanita menerusi pelbagai teknik seni kraf.

Ads
Kreatif & Unik! Aksesori Batik Hasil Buatan Tangan Ibu Dua Anak Ini Pikat Generasi Muda
Kredit Foto: Instagram Oh Dayang.

Kreatif mencipta aksesori seperti subang, gelang dan sepit rambut yang tampak unik serta sesuai dengan cita rasa anak muda, ibu dua anak yang dikenali sebagai Dayang Nur Syafiqah M. Roslan ini berpendapat, batik tidak patut terbatas sebagai pakaian formal atau kain sarung di rumah.

Kreatif & Unik! Aksesori Batik Hasil Buatan Tangan Ibu Dua Anak Ini Pikat Generasi Muda
Kredit Foto: Bernama

“Pada saya batik juga patut dipakai secara kasual termasuk ketika melakukan aktiviti santai pada hujung minggu, misalnya ketika pergi membeli-belah.

“Jadi apa yang cuba saya usaha dan tampilkan adalah memodenkan warisan tradisional ini kepada kontemporari namun masih sesuai dengan budaya hidup masyarakat kita.”

Kreatif & Unik! Aksesori Batik Hasil Buatan Tangan Ibu Dua Anak Ini Pikat Generasi Muda
Kredit Foto: Instagram Oh Dayang.
Kreatif & Unik! Aksesori Batik Hasil Buatan Tangan Ibu Dua Anak Ini Pikat Generasi Muda
Kredit Foto: Instagram Oh Dayang.

Menurut graduan Diploma Rekabentuk Fesyen dan Tekstil dari Malaysia Institute of Arts yang berusia 27 tahun ini, dia mula mendapat idea menghasilkan aksesori buatan tangan ini ketika menyedari ia lebih mendapat sambutan berbanding pakaian terpakai atau ‘bundle’ yang dijualnya ketika jualan but kereta pada 2019.

Kreatif & Unik! Aksesori Batik Hasil Buatan Tangan Ibu Dua Anak Ini Pikat Generasi Muda
Kredit Foto: Instagram Oh Dayang.

“Pada waktu itu saya hanya mencuba menjual aksesori ini sebagai jualan sampingan, tapi tak sangka ia pula yang lebih laris dan habis dijual terlebih dahulu,” katanya yang kini menjalankan perniagaan secara dalam talian menggunakan label Oh Dayang.

Kreatif & Unik! Aksesori Batik Hasil Buatan Tangan Ibu Dua Anak Ini Pikat Generasi Muda
Kredit Foto: Instagram Oh Dayang.

Lebih membanggakan, hasil kreativitinya bukan sahaja menawan generasi muda berusia lingkungan 18 ke 35 tahun, malah pernah mendapat tempahan pelanggan dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan Singapura.

Dayang Nur Syafiqah mengambil masa antara 10 minit ke dua hari bagi menyiapkan setiap aksesori antaranya melibatkan proses pengukiran (carving), pemotongan, penampalan dan pengeringan gam.

Kreatif & Unik! Aksesori Batik Hasil Buatan Tangan Ibu Dua Anak Ini Pikat Generasi Muda
Kredit Foto: Instagram Oh Dayang.

Katanya aksesori yang dijual pada harga bermula RM30 hingga RM65 itu dihasilkan bergantung kepada kelapangan masa. Dia juga sering menyertai jualan bazar bagi memperkenalkan jenamanya itu kepada orang ramai.

Ads

Bercerita lanjut, pemilihan kain batik bergantung kepada jenis corak selain warna terang yang sering menjadi pilihan, bukan sahaja untuk produk siap malah tempahan khas.

Kreatif & Unik! Aksesori Batik Hasil Buatan Tangan Ibu Dua Anak Ini Pikat Generasi Muda
Kredit Foto: Instagram Oh Dayang.

“Saya tidak membataskan jenis batik digunakan kerana semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Selalunya saya menggunakan batik Malaysia terutama batik Terengganu,” katanya yang secara purata mampu menghasilkan sehingga 50 aksesori sebulan.

Ads
Kreatif & Unik! Aksesori Batik Hasil Buatan Tangan Ibu Dua Anak Ini Pikat Generasi Muda
Kredit Foto: Instagram Oh Dayang.

Ibu anak dua ini yang bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat e-dagang berkata selain menjana pendapatan tambahan, hobi tersebut membolehkannya memanfaatkan ilmu selain mengekspresikan karya seni yang menjadi minatnya sejak kecil.

Sumber: Bernama

Kredit Foto: Instagram Oh Dayang

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI