Pendedahan Kris Dayanti tentang amalan petua cantiknya beberapa hari lepas nyata mendapat reaksi netizen. Ada yang mengagumi kulit gebu dan awet muda yang dimiliki penyanyi ternama Indonesia ini dan tidak kurang juga yang mempertikaikan tip cantik berkenaan. Kris Dayanti atau lebih mesra di sapa KD yang ditemui dalam program online Indonesia, Ngopi Dara akhirnya terbuka berkongsi salah satu rahsia kecantikan beliau.
Memetik laporan Kompas.com selebriti berusia 44 tahun itu menyatakan dia ada melakukan rawatan kecantikan menggunakan DNA ikan salmon. Wow, pertama kali dengar ni!
“Jadi itukan memang untuk brightening. Pakai DNA dari ikan salmon,” ujar KD yang turut menyatakan selain karbohidrat, tubuh manusia juga memerlukan lemak omega 3 dan salah satu ikan yang kaya dengan manfaat itu ialah salmon.
Difahamkan rawatan berkenaan dilakukan secara suntikan. Kata pakar kecantikan yang merawat KD, melihat keadaan kulit isteri Raul Lemos itu hanya setahun sekali sahaja rawatan berkenaan dilakukan. Kongsinya lagi, “Kami lakukan rejuvenation
(peremajaan) dengan DNA ikan salmon. Di Korea dan Singapura banyak memakai DNA ikan salmon. Makannya kulit orang Korea itu bagus, bersih dan bersinar.”Untuk pengetahuan, omega 3 memiliki 17 fungsi yang baik untuk tubuh. Namun perlu diingat, omega 3 hanya didapati dengan cara dimakan. Antara manfaat omega 3 untuk kesihatan tubuh badan manusia adalah seperti berikut.
Sumber: Kompas.com
This website uses cookies.