Seperti yang kita tahu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Krisdayanti telah lama bersahabat baik. Persahabatan mereka sudah lama terjalin sejak kedua-duanya berada di kemuncak kemasyhuran.
Beberapa hari lalu, kedua-dua diva jelita ini akhirnya bersua muka setelah dua tahun lebih tidak berjumpa. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah DS Siti Nurhaliza dan Krisdayanti sehingga mereka berpelukan melepaskan rindu yang telah lama tersimpan.
Kesempatan berjumpa walau dalam masa yang singkat dimanfaatkan mereka untuk makan tengahari bersama di salah sebuah restoran terkemuka.
Dalam postingnya di Instagram, DS Siti Nurhaliza hadir ditemani dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa serta pengurus, Rozi Abdul Razak. Manakala Krisdayanti pula ditemani pengurus serta team.
Walau kedua-duanya berpakaian kasual namun tetap terserlah kecantikan masing-masing. Nampak simple tapi aura ‘diva’ mereka tetap terserlah.
Krisdayanti telah memuat naik foto pertemuan dengan sahabat baiknya itu di Instagram.
Ads
“DIVAKU @ctdk”
Manakala DS Siti Nurhaliza pula memuat naik foto berserta video pendek di Instagramnya.
“My love @krisdayantilemos.. Hilang rindu…”
“Hari ini bawa Aafiyah dan Afwa jumpa aunty love KD @krisdayantilemos dan ada juga kakak Amora.
“2 tahun lebih tak bertemu. Hari ini kami berkesempatan makan tengahari bersama. Meskipun pertemuannya singkat tetapi dapat melepaskan rindu masing-masing. Ketemu lagi ya love. Ada rezeki kita bisa satu stage lagi.”
Rata-rata pengikut kedua-dua figura tersohor ini gembira melihat dua penyanyi terbaik Indonesia-Malaysia ini masih mampu mempertahankan persahabatan dan saling menyokong hingga kini.
Ads
5 PERSAMAAN KRISDAYANTI & DS SITI NURHALIZA
Sama-Sama Terkenal Dengan Gelaran Diva
Krisdayanti adalah penyanyi wanita Indonesia yang dikenali sebagai diva pop Indonesia. Kerjayanya bermula pada tahun 80-an ketika dia masih remaja. Krisdayanti pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk popular di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Kini Krisdayanti juga aktif dalam politik sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.
Berbeza dengan Krisdayanti, Siti Nurhaliza memulakan kerjayanya pada era 90-an. Memulakan kariernya sejak usia 12 tahun dan telajh memenangi banyak anugerah di peringkat lokal dan antarabangsa. Nama DS Siti Nurhaliza popular di Asia Tenggara termasuk Indonesia.
Pernah Berduet Bersama
Kedua-duanya pernah berkolaborasi dalam album bertajuk CTKD: Jenaka, Air Mata, Ketawa, Dukacita yang dikeluarkan pada penghujung 2009. Album duet ini sangat berjaya lebih-lebih lagi di Malaysia sehingga memenangi anugerah dalam Anugerah Industri Muzik 2010.
Ads
Beza Usia 4 Tahun & Awet Muda
Krisdayanti dilahirkan pada 24 Mac 1975. Baru-baru ini, Krisdayanti baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-47. Manakala DS Siti dilahirkan pada 11 Januari 1979 dan kini berusia 43 tahun. Biarpun beza 4 tahun, kedua-duanya mempunyai kebolehan yang luar biasa.
Memiliki Keluarga Bahagia
Krisdayanti kini bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama Raul Lemos pada 2011. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Ariannha Amora Lemos dan Kellen Alexander Lemos. Kini usia perkahwinan mereka menjangkau 11 tahun.
Sementara DS Siti Nurhaliza juga hidup bahagia bersama Datuk Khalid serta dua anak mereka iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Tahun ini genaplah usia perkahwinan mereka yang ke-16 tahun.
Kekal Relevan Dalam Industri
Hingga kini nama Krisdayanti dan DS Siti Nurhaliza masih menjadi sebutan dan relevan dalam industri. Malah, mereka kekal menjadi nombor 1 di hati peminat kedua-dua negara. Biarpun sudah ramai generasi baharu dalam industri muzik, ia tetap tidak memberi kesan kepada kerjaya Krisdayanti dan DS Siti Nurhaliza.
Kredit Foto: Instagram Krisdayanti & CTDK
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melly juga sering berkongsi gaya OOTD yang meraih perhatian ramai dan respon positif di media sosial. Rata-rata kagum dengan penampilan Melly.
Awet Muda
Selain itu, ramai juga yang mengulas tentang penampilannya yang awet muda. Komen-komen ttersebut membuktikan Melly masih relevan sebagai sumber inspirasi baik dari segi penampilan mahupun kerjayanya yang kekal bersinar.
Melly juga terkenal sebagai seorang yang sangat mementingkan kesihatan kulit dan sentiasa mengekalkan diet seimbang.
Selain itu, gaya hidup aktif dan minat mendalamnya dalam dunia fesyen turut menyumbang kepada penampilan Melly yang sentiasa segar dan bertenaga. Ia menjadi rahsia di sebalik penampilan menawannya agar terus relevan dan berpengaruh dalam industri hiburan.
Melly juga terkenal sebagai pemuzik lagenda dengan koleksi lagu-lagu hits yang tidak pernah jemu didengar. Kerjayanya dalam dunia muzik membentuk watak dan tarikan yang masih dicari oleh generasi muda.
Pada usia 51 tahun, Melly masih menunjukkan dedikasinya untuk bekerja dan memberi inspirasi kepada ramai orang melalui muzik serta persembahannya yang hebat.
Melly kekal langsing setelah menjalani pembedahan gastrik atau bariatrik beberapa tahun lalu.
Pelantun lagu ‘Maybe’ ini dikatakan mengambil langkah drastik adalah untuk menurunkan berat badan yang telah gagal diusahakannya selama 12 tahun.
Pun begitu, Melly terpaksa berhadapan dengan kesan daripada pembedahan yang dilakukannya akibat memotong organ pencernaan. Melly tidak dapat menghadam makanan seperti orang biasa.
Melly hanya boleh makan satu sudu besar nasi atau makanan dan terus merasa kenyang. Menurutnya, satu sudu nasi itu perlu dihabiskan dengan mengunyah secara perlahan-lahan dan lama.
Pun begitu, kata Melly dia sebenarnya boleh memaksa diri untuk makan dua sudu nasi. Cuma, selepas itu dia tidak boleh minum.
Melihat perkara ini telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat serta pengikut Melly di media sosial. Kebanyakan mereka bimbang dan berpendapat Melly hanya menyeksa diri.
Didoakan agar Melly Goeslaw baik-baik sahaja dan kekal sihat, langsing serta cantik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hebat dan mengagumkan, begitu persepsi penulis saat memenuhi jemputan trip #GetToKnowWardah secara eksklusif di tanah kelahirannya, Indonesia. Selama 3 hari dan 2 malam, wakil-wakil media Malaysia termasuk Majalah Nona dipelawa menjejaki seluruh pejabat operasi dan kilang induk Paragon Technology & Innovation di sana.
Sebagai salah satu daripada negara paling ramah di dunia, kunjungan kami ke Jakarta, Indonesia disambut dengan layanan mesra.
Usai mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, rombongan media dibawa terus menjamu selera di restoran terkemuka Talaga Sampireun Menteng bagi merasai keenakan menu Sunda.
Kami seterusnya bertolak ke ibu pejabat Paragon, syarikat pengeluar produk penjagaan diri dan kecantikan yang telah bertapak sejak 38 tahun di republik berkenaan.
Di sini menempatkan karyawan jualan dan pemasaran, serta pengurusan 13 jenama hebat di bawah satu bumbung.
Cekap dan tersusun, suka sangat tengok suasana syarikat mereka yang menitik beratkan ruang kondusif buat para pekerja. Boleh dijadikan inspirasi buat pengusaha kosmetik Malaysia…
Memasuki hari kedua, rombongan media dibawa ke kawasan industri Jatake, Jakarta Selatan yang menempatkan pusat R&D dan kilang pembuatan produk di bawah PT Paragon Technology and Innovation.
Terdapat 13 jenama terkenal yang dihasilkan di sini antaranya Wardah, Make Over, Emina, Kahf, Labore, Putri, Biodef, Instaperfect, Crystallure, Beyondly, Wonderly dan Tavi.
Kami sempat bertukar pendapat dan mendengar penerangan saintis di sana tentang produk-produk yang dihasilkan. Baru tahu rupanya setiap produk mesti dikaji selama sekurang-kurangnya dua tahun bagi memastikan tahap keberkesanan serta keselamatannya.
Kami turut melawat kilang-kilang pembuatan dan pembungkusan serta gudang yang menempatkan semua stok sebelum diedarkan ke seluruh Indonesia dan Malaysia.
Jom tengok betapa efisien dan bersihnya proses pembuatan produk di sini…
Perusahaan ini didirikan sejak tahun 1985 oleh Nurhayati Subakat dengan nama PT Pusaka Tradisi Ibu. Saat ini Paragon telah memiliki lebih dari 12.000 karyawan dan memiliki lebih dari 41 distribution center yang tersebar di seluruh Indonesia dan Malaysia.
Sebelum balik, kami sempat singgah ke Senayan City untuk mempelajari cara asas mengenal warna kosmetik yang sepadan dengan kulit bersama team Wardah Beauty. Memang seronok melihat gaya kerja team Wardah sambil membeli-belah.
Sepanjang menikmati pengalaman di Jakarta, penulis mula percaya tentang kualiti produk yang dihasilkan oleh pasukan Paragon. Ia amat menekankan prinsip halal dan suci, disamping inovasi sains yang berterusan bagi memastikan kualiti produk yang diyakini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah dua tahun beraya secara norma baharu, tahun ini kita berpeluang merayakan Syawal penuh meriah. Kemeriahan 1 Syawal dengan sambutan glam raya mencipta suasana. Solekan indah usah dilupa!
Sambutan glam raya dengan pesona elegan menerusi solekan polos jika diadun dengan sempurna penampilan lebih berkilau untuk kesan glamourous dan menggoda.
Sebelum memulakan solekan bersih wajah terlebih dahulu dan pakai mask untuk efek wajah yang lembap. Kemudian sapu penyegar dan pelembap serta sembur spray mist kepada kulit wajah. Sapu bedak asas yang menyamai rona wajah dan jika mempunyai kulit yang tidak sekata atau bintik-bintik di bahagian muka sembunyikan dengan penyamar noda. Selepas itu, oles bedak debu untuk memberi kesan yang lebih semulajadi.
Solekan mata merupakan aspek yang penting dalam solekan. Warna lembut atau pastel sebagai warna asas paling sesuai untuk kebanyakan orang. Sapu rona yang sedikit gelap di sudut luar mata untuk menampakkan mata lebih dalam dan menyerlahkan lagi bentuk mata. Kemudian sapu pengalit mata agar mata lebih galak. Sapu di sepanjang garis mata atas dengan garisan nipis, tebal di sepanjang mata dan garisan bulu mata. Kemudian sapu maskara dengan pergerakan zig zag.
Solekan kening juga penting dalam memperindah wajah seseorang. Teknik yang betul untuk melukis kening tanpa mencukur adalah rapi kening menggunakan berus terlebih dahulu. Kemudian lukis kening menggunakan pensil kening mengikut bentuk yang sesuai dengan wajah. Tebal atau nipis boleh mengikut keinginan masing-masing. Akhir sekali berus kening dengan menggunakan maskara kening.
Sapuan pemerah pipi tidak perlu terlalu banyak. Sapu pemerah pipi hanya cukup untuk menonjolkan tulang pipi. Sapu pemerah pipi mengunakan berus khusus di atas tulang pipi atas dan dibawa ke arah garis rambut. Bronzer dipakai buat menampilkan keseluruhan riasan wajah lebih mempesona.
Anastasia’s Beverly Hills Satin Lipstick
1. Anastasia’s Beverly Hills Satin Lipstick
Gucci Natural Finish Liquid Foundation
2. Gucci Natural Finish Liquid Foundation
Innisfree Airy Eye Shadow Palette
3. Innisfree Airy Eye Shadow Palette
Nudestix Nudies Matte
4. Nudestix Nudies Matte
Too Faced Christmas In The City! Limited Edition Makeup Collection in Rome
5. Too Faced Christmas In The City! Limited Edition Makeup Collection in Rome
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.