Krisdayanti & Siti Nurhaliza Sama-Sama Awet Muda, Makin Flawless Di Usia 40an

Seperti yang kita tahu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Krisdayanti telah lama bersahabat baik. Persahabatan mereka sudah lama terjalin sejak kedua-duanya berada di kemuncak kemasyhuran.

Beberapa hari lalu, kedua-dua diva jelita ini akhirnya bersua muka setelah dua tahun lebih tidak berjumpa. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah DS Siti Nurhaliza dan Krisdayanti sehingga mereka berpelukan melepaskan rindu yang telah lama tersimpan.

Kesempatan berjumpa walau dalam masa yang singkat dimanfaatkan mereka untuk makan tengahari bersama di salah sebuah restoran terkemuka.

Dalam postingnya di Instagram, DS Siti Nurhaliza hadir ditemani dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa serta pengurus, Rozi Abdul Razak. Manakala Krisdayanti pula ditemani pengurus serta team.

Walau kedua-duanya berpakaian kasual namun tetap terserlah kecantikan masing-masing. Nampak simple tapi aura ‘diva’ mereka tetap terserlah.

Krisdayanti telah memuat naik foto pertemuan dengan sahabat baiknya itu di Instagram.

“DIVAKU @ctdk”

Manakala DS Siti Nurhaliza pula memuat naik foto berserta video pendek di Instagramnya.

“My love @krisdayantilemos.. Hilang rindu…”

Hari ini bawa Aafiyah dan Afwa jumpa aunty love KD @krisdayantilemos dan ada juga kakak Amora.

“2 tahun lebih tak bertemu. Hari ini kami berkesempatan makan tengahari bersama.
Meskipun pertemuannya singkat tetapi dapat melepaskan rindu masing-masing.
Ketemu lagi ya love. Ada rezeki kita bisa satu stage lagi.”

Rata-rata pengikut kedua-dua figura tersohor ini gembira melihat dua penyanyi terbaik Indonesia-Malaysia ini masih mampu mempertahankan persahabatan dan saling menyokong hingga kini.

5 PERSAMAAN KRISDAYANTI & DS SITI NURHALIZA

Sama-Sama Terkenal Dengan Gelaran Diva
Krisdayanti adalah penyanyi wanita Indonesia yang dikenali sebagai diva pop Indonesia. Kerjayanya bermula pada tahun 80-an ketika dia masih remaja. Krisdayanti pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk popular di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Kini Krisdayanti juga aktif dalam politik sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.

Berbeza dengan Krisdayanti, Siti Nurhaliza memulakan kerjayanya pada era 90-an. Memulakan kariernya sejak usia 12 tahun dan telajh memenangi banyak anugerah di peringkat lokal dan antarabangsa. Nama DS Siti Nurhaliza popular di Asia Tenggara termasuk Indonesia.

Pernah Berduet Bersama
Kedua-duanya pernah berkolaborasi dalam album bertajuk CTKD: Jenaka, Air Mata, Ketawa, Dukacita yang dikeluarkan pada penghujung 2009. Album duet ini sangat berjaya lebih-lebih lagi di Malaysia sehingga memenangi anugerah dalam Anugerah Industri Muzik 2010.

Beza Usia 4 Tahun & Awet Muda
Krisdayanti dilahirkan pada 24 Mac 1975. Baru-baru ini, Krisdayanti baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-47. Manakala DS Siti dilahirkan pada 11 Januari 1979 dan kini berusia 43 tahun. Biarpun beza 4 tahun, kedua-duanya mempunyai kebolehan yang luar biasa.

Memiliki Keluarga Bahagia
Krisdayanti kini bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama Raul Lemos pada 2011. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Ariannha Amora Lemos dan Kellen Alexander Lemos. Kini usia perkahwinan mereka menjangkau 11 tahun.

Sementara DS Siti Nurhaliza juga hidup bahagia bersama Datuk Khalid serta dua anak mereka iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Tahun ini genaplah usia perkahwinan mereka yang ke-16 tahun.

Kekal Relevan Dalam Industri
Hingga kini nama Krisdayanti dan DS Siti Nurhaliza masih menjadi sebutan dan relevan dalam industri. Malah, mereka kekal menjadi nombor 1 di hati peminat kedua-dua negara. Biarpun sudah ramai generasi baharu dalam industri muzik, ia tetap tidak memberi kesan kepada kerjaya Krisdayanti dan DS Siti Nurhaliza.

Kredit Foto: Instagram Krisdayanti & CTDK

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad