Kuasa Herba Segar Untuk Hidangan RINGKAS!

Sebut sahaja herba rosemary, thyme, basil,oregano,sage dan parsli amat sinionim dalam hidangan barat. Ia sering digunakan sebagai penambah rasa, aroma dan keenakan hidangan. Kepelbagaian herba segar ini digunakan untuk hidangan lazat yang ringkas, namun kuasa herba segar ini menjadikan hidangan lebih nikmat!

  1. PAI AYAM

BAHAN-BAHAN INTI PAI

1 cawan isi ayam|hiris nipis

1 cawan cendawan butang|hiris nipis

1 tin sup cendawan butang

1 tin kacang pis

1 biji bawang besar|potong dadu

1 biji kentang|dipotong dadu dan direbus

1 sudu besar lada sulah

1 sudu oregano

2 sudu besar mentega

1 biji kuning telur

Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

BAHAN UNTUK PASTRI:

100gm tepung gandum

50gm mentega

secubit garam

Sedikit air

CARA MEMBUAT:

Panaskan mentega. Goreng bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika. Masukkan sup cendawan butang, ubi kentang, kacang pis, oregano, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah  dan cucuk sedikit dengan garfu. Bakar selama 5-6 minit. Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas pai. Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas. Sapukan sedikit kuning telur. Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak pada suhu 200C.

  1. PASTA AGLIO OLIO CHICKEN SALAMI

BAHAN-BAHAN:

1/2 paket spageti|direbus

1 paket salami ayam

1/2 cawan air

sedikit serbuk pati ayam

2 sudu makan mentega

2 sudu minyak zaitun

5 ulas bawang putih|cincang halus

1 biji cili merah atau hijau|dicincang

Sedikit daun ketumbar|dihiris

5 biji tomato ceri

Sedikit lada hitam|ditumbuk

Garam secukup rasa

Sedikit herba segar thyme, oregano

CARA MEMBUAT:

Hiris salami ayam dan asingkan. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan cili api dan cili hijau atau merah. Goreng sehingga kekuningan dan kemudian masukkan salami ayam tadi. Kemudian masukkan spageti, lada hitam, garam dan tomato. Masukkan daun ketumbar dan herba segar seperi thyme, oregano dan chili flakes. kacau rata dan hidangkan ketika masih panas.

  1. SANDWIC SALAMI AYAM

BAHAN-BAHAN:

4 keping roti berserat tinggi

4 keping salami ayam|dipanggang seketika

Hirisan timun secukupnya

Hirisan tomato secukupnya

Sedikit herba dill

Hirisan bawang holland secukupnya

Daun salad secukupnya

Sedikit mayonis

Sedikit Thousand Island

CARA MEMBUAT:

Ambil sekeping roti berserat tinggi dan sapukan sedikit mentega diatasnya. Kemudian susun salad diikuti tomato, timun dan bawang holland. Paipkan sos pilihan di atas sayur-sayuran tadi. Letakkan 2 keping salami ayam diikuti sekeping lagi roti berserat tinggi yang disapukan mentega. Kemaskan dan hidangkan bersama sos pilihan.

  1. GRILLED SAUTEED CHICKEN WRAP

BAHAN-BAHAN:

2 ketul dada ayam

1 sudu besar mentega

1 sudu kecil minyak zaitun

4 tangkai herba oregano

1 biji bawang besar

1/2 biji lada benggala merah

1/2 biji lada benggala hijau

1/2 biji lada benggala kuning

Serbuk lada hitam secukupnya

Garam secukupnya

CARA MEMBUAT :

Potong ketulan dada ayam menjadi kepingan kecil . Kupas semua bawang merah kemudian nipis-nipis . Potong semua cili capsicum . Panaskan minyak zaitun dengan sedikit mentega.  Masukkan semua bawang merah dan bawang putih , kacau bawang dan biarkan sampai layu serta wangi. Masukkan isi ayam dan dikacau sehingga ayam masak. Kemudian masukkan oregano dan dikacau semua bahan sampai ayam separuh masak . Masukkan lada benggala dan garam secukupnya. Untuk menggulung tortilla atau wrap, panaskan ia terlebih dahulu tanpa minyak di dalam kuali. Kemudian susun sayuran pilihan diikuti  ayam yang telah dimasak. Tambahkan sos pilihan dan hidangkan.

  1. PESTO GRILLED VEGETABLE PASTA

BAHAN-BAHAN:

1 paket spaghetti

1 keping dada ayam

1 ulas bawang putih

1 biji kecil bawang holland

5 keping tomato kering

1/2 biji hirisan lemon

Beberapa helai herba Basil segar

Sedikit parutan keju parmesan

BAHAN-BAHAN PESTO

2 genggam herba Basil segar| cuci dan toskan hingga kering

1 ulas bawang putih

1 genggam kacang pine|digoreng tanpa minyak hingga wangi

3 camca besar parutan keju parmesan

1/2 cawan minyak zaitun

Sedikit garam

CARA MEMBUAT:

Untuk menyediakan sos pesto, masukkan bawang putih dan kacang pine  ke dalam mesin pencincang makanan. Kisar hingga hancur. Masukkan herba Basil dan kisar seketika. Tuang minyak zaitun dan kisar hingga bersatu. Tambah parutan keju parmesan dan sedikit garam. Kisar sekejap lagi dan pesto  siap dan asingkan seketika. Sementara itu,panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga layu. Masukkan daging ayam, kacau dan masak hingga isi ayam berubah warna. Tambah tomato kering, kacau rata dan biar hingga isi ayam masak. Matikan api, alihkan ke dalam bekas lain dan sejukkan. Untuk menyediakan spaghetti pula, didihkan air untuk merebus spaghetti. Tambah sedikit garam. Rebus spaghetti sehingga lembut atau mengikut arahan pada bungkusan spaghetti tadi. Tos dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dengan sos pesto dan parutkan keju parmesan dan herba basil sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

  1. SAUTEED MUSHROOM SANDWIC

 BAHAN-BAHAN:

4 keping roti berserat tinggi

1 mangkuk cendawan campuran

Hirisan timun secukupnya

Hirisan tomato secukupnya

Sedikit herba dill

Hirisan bawang holland secukupnya

Daun salad secukupnya

Sedikit mayonis

Sedikit Thousand Island

CARA MEMBUAT:

Ambil sekeping roti berserat tinggi dan sapukan sedikit mentega diatasnya. Sementara itu, panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan tumiskan campuran cendawan sehingga kekuningan. Kemudian susun salad diikuti tomato, timun dan bawang holland. Paipkan sos pilihan di atas sayur-sayuran tadi. Letakkan  cendawan yang telah ditumis diikuti sekeping lagi roti berserat tinggi yang disapukan mentega. Kemaskan dan hidangkan bersama sos pilihan.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu