Kuasa Viral! Hasrat FASHA SANDHA Bertemu ‘Adik Grab Contoh’ Termakbul & Dapat Berkongsi Rezeki “Semoga Adik Ni Sukses..”

Baru-baru ini tular di media sosial video dikongsikan seorang pengguna Tik Tok tentang keprihatinan dan kejujuran seorang penghantar makanan yang terlibat dengan satu kemalangan secara tidak sengaja melanggar sebuah kereta mewah di ibu kota. Mengakui kesilapan dan tidak lari selepas melanggar kereta tersebut betul-betul membuatkan ramai tersentuh dengan kejujuran remaja berumur 19 tahun, termasuk pelakon dan dramatis Fasha Sandha.

Oleh demikian, Fasha Sandha menyampaikan hasratnya untuk bertemu dengan adik Shazril, dan kurang daripada 24 jam, dengan kuasa viral akhirnya Fasha diketemukan dengan remaja berkenaan. Hasrat Fasha tersebut menjadi kenyataan setelah abang iparnya berjaya membantu mempertemukan mereka.

Fasha, menerusi hantaran di Instagram, menitipkan rasa syukur apabila dapat bertemu dengan penghantar makanan yang tular itu, malah memuji sikapnya yang baik budi pekerti.

“Dengan izin Allah. Dapat berjumpa ‘adik Grab contoh’ viral ni. Semoga kita dapat mengambil teladan daripada kisah adik grab ni.

Semoga adik ni sukses. Namanya Shahril Bin Zakaria, 19 tahun , tidak aaktif di media sosial katanya. Baik budinya. Terima kasih banglong (abang ipar saya) yang tolong menghubungkan kami. Alhamdulillah,” tulis Fasha.

Dalam video berkenaan, kelihatan Fasha yang dtemani suami Aidil Aziz melayan dan menjamu adik Shazril dan keluarganya dengan nasi arab.

Hantaran Fasha itu turut dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa terharu  melihat tindakan murni Fasha dan suaminya yang sudi menghabiskan masa bersama penghantar makanan itu, tidak kurang juga ramai yang menitipkan doa buat mereka.

NONA cukup mengagamui keprihatinan Fasha Sandha serta kejujuran dan keikhlasan anak muda seperti Adik Shazril tersebut.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

Share
Published by
Wan Firdaus