11 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Apatah lagi, dengan jarak usia mereka yang sangat jauh iaitu beza 12 tahun bukan halangan untuk mengecap kebahagiaan bersama.
MAKIN BAHAGIA, ROMANTIK!
Sejak dulu sampai sekarang suka sangat tengok Memey dan Norman. Makin sweet dan bahagia! Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata yang sangat comel serta bijak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
“Alhamdulillah.. Syukur banyak-banyak. Semoga Allah terus satukan hati bersama dengan rasa cinta dan kasih.”
“Terima kasih Ya Khaliq untuk ‘pelayaran bahtera’ rumahtangga kami untuk tahun yang ke-11, tahun Masihi pada hari ini.
“Alhamdulillah syukur untuk limpahan rahmat dan kasih sayang Mu Ya Rahim. Permudahkanlah urusan ibadah, zakat, jariah dan rezeki kami dalam mengejar Jannatul Firdausi Mu. Hijabkanlah kami di dalam lindungan dan rahmat Mu Ya Muhaymin.
“Terima kasih makmumku, isteriku untuk segala pengorbanan dan kesetiaan. Ampun maaf di atas khilaf sepanjang memimpin dan membimbingmu dalam perjalanan menuju ke pengakhiran yang abadi.
“Ku mohon bantuan kerajaan Mu Ya Malik Ul Mulk di dalam menyusuri perjalanan duniawi yang penuh dengan muslihat ini.
أَنِ ٱقْذِفِيهِ فِى ٱلتَّابُوتِ فَٱقْذِفِيهِ فِى ٱلْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ ٱلْيَمُّ بِٱلسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّى وَعَدُوٌّ لَّهُۥ ۚ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّى وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِىٓ
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahan-Ku perasaan kasih sayang orang terhadapmu;
dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan-Ku” – Surah Taha ayat 39
KEKAL ISTIQAMAH & JADI YANG LEBIH BAIK
“Salah satu cara untuk kita sayang diri kita adalah dengan MENGHARGAI diri kita sendiri. Berterima kasih juga dengan diri sendiri kerana menjadi kuat, menjadi orang terbaik yang kita inginkan, menjadi orang bahagia yang kita mahukan, menjadi orang yang terus berjuang. Adakalanya perlu bekorban menjadi orang yang sabar walau kadang kita tak mampu. Menjadi orang yang ingin terus belajar tentang banyak perkara.
“Wahai pemilik jiwa, terima kasih untuk segalanya. Semoga kita sama-sama terus kuat dan istiqamah menjadi manusia yang lebih baik dari sehari ke sehari.”
Semoga Memey dan Norman kekal bahagia bersama sampai syurga. Semoga Memey juga sukses sebagai seorang usahawan selebriti. Begitu juga Norman, kekal sukses dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
Kredit Foto: Instagram Memey Suhaiza & Norman Hakim
This website uses cookies.