Gaya Hidup

Kucup Hajarul Aswad & Jaga Ibu Mentua Solat Depan Kaabah, MARSHA MILAN Tarik Perhatian Netizen!

Beruntungnya Marsha Milan. Bukan hanya berpeluang menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah sekarang ini, tetapi juga dapat mengucup Hajarul Aswad. Salah satu impian yang menjadi idaman seluruh umat Islam di dunia apabila berada di sana.

Berangkat ke Mekah bersama keluarga tersayang awal November lalu, tindakan Marsha yang menjaga ibu mentuanya saat menunaikan solat di depan pintu Kaabah turut mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen menzahirkan rasa terharu dan bersyukur melihat perubahan aktres jelita ini sejak bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam.

Apa yang pasti, ini bukan kali pertama Marsha berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Dia dan suami bagaimana pun pernah mengunjungi Tanah Suci sekitar November tahun lalu. Pasangan romantis ini sah bergelar suami isteri pada tanggal 31 Disember 2015 selepas 10 tahun mengenali satu sama lain.

Jelas terpancar sinar kebahagiaan Marsha yang lengkap berjubah dan bertudung labuh sepanjang berada di sana.

 

“Perasan tak stocking Marsha sebelah lain sebelah lain… agak-agak sebab apa? Sebab Marsha baru keluar dari kucup Hajarul Aswad sampai tercabut stocking lagi sebelah tapi Alhamdulillah diberi peluang kucup Hajarul Aswad dan solat di Hijir Ismail. Syukur Ya Allah.”

Memang bertuah Marsha. Sudahlah dikurniakan suami dan keluarga yang baik, dikurniakan rezeki untuk kembali mengerjakan umrah di Mekah. Moga Marsha terus istiqamah dan memberi contoh teladan yang baik untuk semua.

 

 

 

Share
Published by
Suzi