Setiap wanita mempunyai tekstur kulit wajah yang berbeza dan berubah-ubah seiring pertambahan usia. Bagi yang mengalami kulit kering, pori-pori besar atau berjerawat, pemilihan cushion foundation yang bagus amat penting sebelum bersolek. Nona tertarik dengan formulasi cushion foundation terbaharu Wardah Beauty yang dinamakan Colorfit Perfect Glow Cushion ini, memang hasilnya kulit berminyak terus nampak cantik natural!

Ads

Banyak sebab yang membuatkan “cushion foundation” Colorfit Perfect Glow Cushion sesuai untuk semua wanita. Wardah Beauty yang terkenal dengan tagline ‘Kosmetik Nombor Satu Pilihan Wanita Indonesia’ kini berkongsi magis bersama seluruh kaum Hawa di Malaysia dengan memperkenalkan rangkaian terbaik dalam ColorFit, ‘cushion foundations’ yang sememangnya memberikan efek solekan lebih bersinar.

Colorfit Perfect Glow Cushion mampu bertahan selama 12 jam tanpa menjadikan wajah berminyak. Teksturnya yang lembut, tidak kasar dan sedikit lembap, memberi keselesaan kepada si pemakai. Solekan juga kekal rata dan kemas sepanjang hari.

Memang mudah nak ‘touch-up’ muka dengan ‘cushion foundation’ ni, yang penting wajib bawa ke mana saja!

Kulit Berminyak Lebih Elok Pakai WARDAH BEAUTY Colorfit Perfect Glow Cushion, Sapuan Lebih Flawless & Kemasan Sekata

Diformulasi dengan kecanggihan SkinMatch Technology, Colorfit Perfect Glow Cushion dari Wardah Beauty ini menyerap jauh ke dalam kulit untuk menghasilkan tona yang sekata tanpa meninggalkan sebarang cela, kulit bertompok dan kelabu.

Ads

Jadi, tak usah risau dengan masalah warna kulit. Colorfit Perfect Glow Cushion pasti menepati tona kulit
anda!

Kulit Berminyak Lebih Elok Pakai WARDAH BEAUTY Colorfit Perfect Glow Cushion, Sapuan Lebih Flawless & Kemasan Sekata Kulit Berminyak Lebih Elok Pakai WARDAH BEAUTY Colorfit Perfect Glow Cushion, Sapuan Lebih Flawless & Kemasan Sekata

Ads

Umpama keperluan utama dalam solekan, produk terbaharu Wardah Beauty hadir dengan lapan rangkaian tona yang sesuai dengan semua jenis warna kulit. Bukan itu sahaja, ia juga diperkaya dengan SPF33 yang berfungsi sebagai pelindung dari pancaran UV yang memudaratkan kulit wajah.

Ketepikan dahulu soal halal yang membelenggu minda. Wardah Beauty sememangnya popular dengan rangkaian produk yang diyakini halal. Nak berwuduk pun senang kerana teksturnya ringan dan halus berbanding foundation biasa. Kesannya mekap anda lebih senang dicuci tanpa meninggalkan kesan pori- pori tersumbat.

Kini Wardah Beauty ColorFit Perfect Glow Cushion dijual dengan harga RM39.90 di cawangan Watsons & Guardian yang terpilih serta di laman rasmi Shopee dan Lazada.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI