Kulit Gebu Macam Artis K-POP, JUE AZIZ Dedah Rahsia Makin Cantik Jelita Sekarang!

Tidak berkerdip mata tengok aktres Dosa Terlindung, Jue Aziz baru-baru ini. Sudahlah memang terkenal dengan raut wajah cantik, kulit gebu yang dimiliki isteri Bayu Pramana Putra Achmad Daniel Thandian ini pun lain macam mulusnya. Putih melepak persis artis Kpop!

Lepas diselidik, rupa-rupanya rahsia Jue makin cantik disebabkan produk keluarannya sendiri iaitu Snowing Angles yang lengkap dengan set Vitta C Premium, gold serum

, sabun kolagen dan perfume inspired. Patutlah makin berseri-seri sekarang. Dengar khabarnya, gerai jualan Jue di Expo Hall Singapore dua hari lalu turut diserbu orang ramai. Sambutan yang diterima pula memang luar biasa. Kata Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, jualan Snowing Angles memang laku keras!

“Alhamdulillah.. penangan Snowing Angels Vitta C Pure Premium dapat sambutan hangat sampaikan kena pre order. Thank you support Jue!”

Jue di samping suami dan anak angkatnya

Difahamkan selain rangkaian produk kosmetik di bawah Jue Universal Beauty, pelakon berusia 35 tahun ini juga aktif menghasilkan seleksi pakaian wanita dengan label Jue Aziz Creation. Disebabkan baru saja berjinak-jinak dengan dunia bisnes, Jue tidak kekok belajar memotong kain dan menjahit baju di rumah sambil dibantu kakaknya. Salute

dengan kegigihan Jue. Iyalah, bukan mudah hendak hidup senang. Kena bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.

Apa-apa pun, moga Jue terus sukses dalam lapangan yang diceburi.

 

 

 

Share
Published by
Suzi