Ramai wanita yang mula melenting bila melihat ada perubahan pada kulit. Ada garis halus di bawah mata dah canang satu dunia di mana nak bunag garis halus tersebut. Apatah pula kalau timbul kedut di atas bibir atau di hujung mata. Pusat kecantikan kulit menjadi tumpuan untuk menyingkirkan apa yang tak diingini itu.
Memang benar, menjaga kecantikan penting untuk meningkatkan keyakinan diri, tetapi cuba selami hati dan perasaan model ini yang dijangkiti penyakit kulit kendur yang melampau. Padahal umurnya baharu sahaja menjangkau 28 tahun.
Bagaimana agaknya dia menjalani kehidupan dengan kulit kedut tersebut lebih-lebih lagi profesionnya adalah seorang model yang selalu dibayangkan hal-ahal yang cantik belaka.
Namun, wanita yang mempunyai nama sebagai Sara Geurts, begitu positif menjalani kehidupannya. Benarlah, kalau kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan, pasti bahagia akan menjelma.
Menurut Sara dalam laman Instagramnya yang mempunyai pengikut sejumlah 83.8 ribu itu, “My disorder could stop me from living a normal life, but I won’t let it stop me from anything.
If I covered up with clothes and hid myself, I would not be honoring who I really am. This is me. I am Sara. I am powerful, bold and beautiful! I am proud of who I am.
I will not hide myself from the world. We are all unique in our own ways. I know you are strong. I know you are powerful. Let’s be strong and powerful together,” kongsinya penuh positif.
Ketika usianya 10 tahun, Sara telah didiagnos dengan penyakit Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS). EDS ini adalah ketidakupayaan tisu dalam tubuh yang mempunyai kaitan dengan tulang, pembuluh darah dan kulit.
Penyakit ini menyebabkan tubuh Sara mempunyai maslaah untuk menghasilkan kolagen, struktur protein dan faktor lain yang menyebabkan kulit tidak mampu untuk kenyal dan anjal. Hasilnya, kulit Sara menjadi kedut seribu.
Gadis dari Minneapolis, Minnesota memiliki kulit yang lembut, kendur, berminyak selain sendi ototnya lemah akibat penyakit itu. Mempunyai darah kacukan Korea-Amerika Sara memberitahu, dia sentiasa positif dan sering memuat naik gambarnya di media sosial hingga mendapat perhatian netizen.
Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, kesihatannya Sara semakin merosot. “Saya tidak lalu makan hingga hilang berat badan kira-kira enam kilogram. Ramai kenalan mengambil berat tentang saya. Mereka risau melihat saya kurus,” katanya mengetahui penyakit itu ketika usia 17 tahun.
Katanya, ketika berada di sekolah, dia sedaya upaya menyembunyikan perubahan drastik anggota badannya dan mengelakkan dari menjadi mangsa buli. “Saya tidak mahu rakan tahu penyakit saya dan tidak berminat untuk memberitahunya.
Namun ketika usia 22 tahun, saya mula sedar sampai bila saya perlu sembunyikan penyakit ini, hinggalah pada tahun 2015, saya memuat naik gambar di ‘Tumblr Page’ ‘Love Your Lines’.
“Maklum balas sangat luar biasa dan lebih 25,000 individu menyukainya,” kata Sara
Sumber: Allure & Sinar Harian