Kecantikan

Kulit Kekal ‘Glowing’ Meski Bersolek Minimalis, Ini Pendedahan Syifa Melvin Khusus Buat Para Wanita!

Cantik dan terpesona melihat kulit Syifa Melvin yang sering menjadi perhatian orang ramai. Siapa sahaja yang tidak mahu mendapatkan kulit yang mulus sepertinya tambahan pula ingin tampak ‘glowing’ dan sihat meskipun sekadar mengenakan solekan minimalis.

Terdahulu, Syifa Melvin juga ada berkongsi cara penjagaan dirinya, dia mendedahkan ‘kunci’ utama dalam rutin kecantikannya agar tampak segar sentiasa adalah hidrasi.

Kulit Yang Kekal Hidrat Terlihat Cantik Dan ‘Fresh’

Ketika ditemu bual, Nur Syifa Athirah binti Amirol Melvin atau lebih dikenali sebagai Syifa Melvin amat pentingkan pengambilan air yang mencukupi buat tubuh badan. Menurutnya, kekal hidrasi banyak membantu bukan sahaja kecantikan malah kesihatan tubuh badan.

“Nak kekal cergas ini mudah untuk kita cakap tetapi susah kita lakukan, iaitu minum air secukupnya.

“Bagi Syifa, bermula dari awal pagi sehingga sebelum tidur adalah masa yang terbaik yang perlu kita manfaatkan minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk memastikan badan mempunyai air yang cukup untuk melembapkan kulit.

“Syifa sendiri boleh alami sakit kepala jika kurang minum air masak. Jadi petua yang penting untuk semua adalah pengambilan air masak yang mencukupi.” ujarnya.

Ikuti Jadual Ini Untuk Minum Air Secukupnya!

Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana nak set masa supaya kita mampu mengambil air secukupnya dalam sehari. Ini adalah beberapa cadangan masa yang boleh anda ikuti untuk memastikan badan anda kekal hidrat!

  • 1x gelas pada waktu pagi selepas mandi
  • 1x gelas sebaik sahaja selesai sarapan pagi
  • 1x gelas pada jam 10.00 pagi
  • 1x gelas selepas makan tengahari
  • 1x gelas sebelum bersenam di waktu petang
  • 1x gelas selepas bersenam di waktu petang
  • 1x gelas selepas makan malam
  • 1x gelas sebelum tidur

Untuk lebih mudah anda boleh sediakan gelas dan satu botol air tidak kira berapa liter bersama dengan anda. Jika sudah tiba masanya, anda boleh sahaja terus minum tanpa perlu melengahkan masa.

Sekadar info, Syifa Melvin telah selamat diijabkabulkan bersama Pemain Bola Sepak Sayap JDT, Safawi Rasid hanya dengan sekali lafaz sahaja pada 28 November 2022.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber Foto: Instagram Syifa Melvin

 

Share
Published by
Haifa Nasir