Kulit kering dan bersisik merupakan masalah yang boleh mempengaruhi penampilan. Kulit yang terlalu kering dan bersisik akan kelihatan kusam dan tidak terawat. Masalah ini boleh disebabkan oleh kesan buruk akibat terdedah kepada sinar ultra lembayung.

Mengapa kulit wajah, tangan, siku dan kaki lebih mudah kering berbanding bahagian tubuh lain?

IKLAN

Wajah

Kulit kering adalah gangguan kesihatan di mana lapisan kulit epidermis kehilangan kelembapannya sehingga menyebabkan keanjalan kulit berkurangan. Akibatnya, ia menyebabkan kulit menjadi kusam, sensitif, kemerahan dan tidak tahan dengan perubahan atau paparan sinar matahari. Selain itu, kulit wajah lebih sensitif, lembut dan paling banyak terdedah kepada cahaya matahari.

Tangan dan siku

Kulit di tangan memiliki jaringan kolagen dan kelenjar minyak yang kurang berbanding kulit di bahagian tubuh lain. Hal ini menyebabkan tangan lebih mudah kehilangan kelembapan tunuh dan lebih cepat melalui proses penuaan.

Kaki

Bahagian tubuh ini terletak lebih jauh dari jantung sehingga suhunya tidak begitu hangat berbanding bahagiant ubuh lain. Oleh itu, ia cenderung menjadi lebih kering.

5 TIP ATASI KULIT KERING

  • Kerap mencuci wajah

Membersihkan wajah memang wajib tetapi cukup sekadar membuang kotoran yang terlekat pada kulit wajah. Tidak bermakna anda perlu mencuci wajah dengan terlalu kerap kerana ia boleh menghilangkan kelembapan semula jadi kulit seterusnya membuatkan kulit menjadi kering.

IKLAN
  • Amalkan Pola Pemakanan Sihat

Amalan pemakanan yang tidak seimbang dan sihat boleh menjadi sebab masalah kulit kering. Kekurangan nutrisi yang membantu dalam pembentukan sel dan mengembalikan kelembapan kulit boleh mengakibatkan kulit kelihatan kering dan terhidrasi.

  • Kerap menggaru atau menggosok

Kulit kaki tidak memiliki kalenjar penghasil minyak. Oleh sebab itu kulit kaki cenderung kering. Elakkan menggaru atau menggosok kaki secara sembarangan kerana ia boleh mengikis sel kulit kaki anda. Sel kulit kaki yang nipis membuatkan kaki semakin kering.

  • Gunakan krim pelembap

Kulit wajah, tangan, siku dan kaki masing-masing mempunyai krim pelembap yang sesuai. Perawatan di bahagian ini memerlukan krim yang diformulasi khusus termasuklah yang mempunyai perawatan pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan SPF 15.

  • Banyak minum air putih

Air putih berperanan sebagai pelembap semula jadi yang memberi nutrisi kepada kulit daripada dalam..  Pastikan minum banyak air, sekurang-kurangnya 2 liter atau sekitar 8 gelas sehari untuk memenuhi keperluan tubuh memelihara kelembapan semula jadi kulit. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI