Kulit kering dan bersisik merupakan masalah yang boleh menjejaskan penampilan. Kondisi ini juga membuatkan diri anda kelihatan berusia dan kusam tak berseri.
Selain kesan sinar ultra lembayung, masalah turut tercetus akibat pencemaran alam sekitar yang dikelilingi radikal bebas. Jika anda perasan, tiga bahagian tubuh selalu mengalami kekeringan iaitu wajah, tangan serta daerah kaki dan siku.
Kulit mengalami proses penuaan dengan intensiti yang sama. Namun, mengapa kulit wajah, tangan, siku dan kaki lebih mudah kering berbanding bahagian tubuh lain?
Wajah
Kulit kering adalah suatu gangguan kesihatan di mana lapisan kulit epidermis kehilangan lembapan sehingga menyebabkan ia hilang keanjalan.
Akibatnya, kulit menjadi kusam, sensitif, kemerahan dan tidak tahan terhadap perubahan atau paparan sinar matahari. Selain itu, kulit wajah juga lebih sensitif, lembut dan paling banyak terdedah kepada cahaya matahari.
Tangan dan siku
Ads
Kulit tangan memiliki jaringan kolagen dan kelenjar minyak yang lebih kurang berbanding kulit di bahagian tubuh lain. Hal ini menyebabkan tangan lebih mudah kehilangan lembapan dan lebih cepat melalui proses penuaan.
Kaki
Bahagian tubuh ini terletak lebih jauh dari jantung sehingga suhunya tidak begitu hangat berbanding bahagian tubuh yang lain. Oleh itu, ia cenderung menjadi lebih kering.
5 Tip Bijak Atasi Masalah
(a) Kerap mencuci wajah
Ads
Membersihkan wajah memang wajib tetapi cukup sekadar membuang kotoran yang menempel pada kulit wajah. Tidak bermakna anda perlu mencuci wajah dengan terlalu kerap kerana ia boleh menghilangkan kelembapan semula jadi kulit, seterusnya membuatkan kulit menjadi kering.
(b) Pola pemakanan tidak sihat
Amalan pemakanan yang tidak seimbang boleh menjadi sebab masalah kulit kering. Kekurangan nutrisi yang membantu dalam pembentukan sel dan mengembalikan kelembapan kulit boleh mengakibatkan kulit kelihatan kering dan terhidrasi.
(c) Kerap menggaru atau menggosok
Ads
Kulit kaki tidak memiliki kelenjar penghasil minyak. Oleh sebab itu kulit kaki cenderung kering. Elakkan menggaru atau menggosok kaki secara kasar kerana ia boleh mengikis sel kulit kaki anda. Sel kulit kaki yang nipis membuatkan kaki semakin kering.
(d) Gunakan krim pelembap
Kulit wajah, tangan, siku dan kaki masing-masing mempunyai formulasi krim pelembap yang sesuai dengan keadaannya.
Perawatan di bahagian ini memerlukan krim yang diformulasi khusus termasuklah yang mempunyai perawatan pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan SPF 15.
(e) Banyak minum air putih
Air putih berperanan sebagai pelembap semula jadi yang memberi nutrisi kepada kulit daripada dalam. Pastikan anda minum banyak air, sekurang-kurangnya 2 liter atau sekitar 8 gelas sehari untuk memenuhi keperluan tubuh memelihara kelembapan semula jadi kulit. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Maya Karin ini memang ada pesona tersendiri. Sesiapa saja yang pernah bertentang mata dengan figura ini pasti terpikat dek kecantikan semula jadi Maya. Sering tampil tanpa sebarang solekan, Maya tetap kelihatan yakin dengan diri sendiri.
Pemilik nama Maya Karin Roelcke ini dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman dan bakal mencecah usia 44 tahun.
Bapanya, Gottfried Roelcke merupakan kelahiran Jerman. Sementara ibunya pula, Che Zan berasal dari Pulau Pinang. Patutlah cantik, ada darah campuran Jerman dan Melayu!
Difahamkan Maya membesar di Indonesia sehingga umur 17 tahun dan kemudian berhijrah ke Malaysia. Dia mempunyai kelulusan dalam bidang media dan pemasaran dari Lim Kok Wing University.
Kredit Instagram @maya_karinKredit Instagram @maya_karinKredit Instagram @maya_karin
Maya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan dia mula aktif menceburi industri hiburan sejak tahun 2001. Lakonan mantap Maya mendapat pujian ramai terutamanya menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu, Majika, Ombak Rindu dan Munafik 2.
Selain bergelar pelakon, nama Maya juga dikenali sebagai pengacara, model dan duta produk. Malah, Maya sebelum ini pernah menerbitkan beberapa lagu termasuk Erti Cinta dan Teka-Teki.
Selebriti ini bukan hanya cantik dan berbakat besar dalam industri seni bahkan memiliki kepakaran dalam mengusahakan perniagaan. Sebelum ini Maya pernah terlibat dalam bidang hartanah dan berbakat dalam bidang masakan.
Kredit Instagram @maya_karinKredit Instagram @maya_karin / Di samping bapaKredit Instagram @maya_karin / Bersama ibu & adikKredit Instagram @maya_karin
Lihat sahaja bagaimana dia mengendalikan bisnes Burger Bakar secara kecil-kecilan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lama dulu, sampai berjaya membuka beberapa cawangan di Lembah Klang.
Namun, perancangan untuk mengembangkan perniagaan burger bakar tersebut ‘putus’ di tengah jalan selepas Maya mengakui ada pihak cuba mengambil kesempatan atas kejayaan itu.
Aktres jelita ini tidak sepenuhnya bergantung pendapatan sebagai pelakon dan penyanyi semata-mata. Sebaliknya, Maya kreatif menjana pendapatan daripada pelbagai bidang.
Paling penting, tiada sedikit pun istilah malu terbit dalam dirinya untuk mencari rezeki halal. Kagum! Malah, Maya turut mendedahkan pernah berkerja di sebuah kedai kek selepas tamat zaman persekolahan suatu masa dulu.
Kredit Instagram @maya_karinKredit Instagram @maya_karinKredit Instagram @maya_karinKredit Instagram @maya_karin
Sudahlah cantik dan pandai cari duit sendiri, karakter Maya yang penyayang juga dikagumi. Maya yang merupakan aktivis alam sekitar yang cukup merendah diri dan tidak kisah pergi ke sesuatu destinasi walau hanya menaiki pengangkutan awam.
Malah, dalam usia 40an Maya masih kekal anggun dan menawan biarpun tanpa solekan tebal di wajah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang sedia maklum, primadona Erra Fazira mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil perkongsian hidup 7 tahun bersama dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.
Dan baru-baru ini, Erra Fazira yang cukup terkenal ketika era 90-an dengan filem-filem seperti Sembilu, Maria Mariana dan Gerak Khas itu ada memuat naik gambar serta videa dia meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon yang juga penyanyi dan model terkenal itu dilihat mengenakan pakaian sedondon dengan anak perempuannya ketika menghadiri sebuah ‘event’.
Namun yang menarik perhatian warga maya adalah keanggunan anak dara Erra Fazira tersebut yang tampil sopan dan anggun dengan imej bertudung di samping ibunya meraih pujian ramai. Dapat dilihat Aleesya mengenakan selendang berwarna kelabu serta kemeja putih sedondon dengan ibunya yang turut memakai pakaian tona serupa.
Difahamkan, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek menemani Aleesya dan rakan-rakan melayan pengunjung di booth pameran sekolahnya. Di ruangan komen, netizen memuji Aleesya yang dilihat semakin sopan dan ayu bila pakai tudung. Netizen turut mengusik Erra mengatakan dia dan Aleesya seperti adik dan kakak!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Generasi 80-an barangkali masih ingat kenangan menonton ‘Oshin’ setiap petang. Kecomelan Oshin menemani zaman kanak-kanak kita namun yang ditekankan adalah mesej yang dibawa watak si cilik Ayako Kobayashi – betapa hidup harus diperjuangkan walau sesusah apa pun.
Kini lebih 30 tahun berlalu. Nona tertarik menjejaki perkembangan Ayako Kobayashi yang begitu hebat menjentik emosi penonton sebagai ‘Oshin’ cilik.
Berusia 50 tahun, wanita Tokyo yang dilahirkan pada 11 Ogos 1972 itu ternyata masih aktif bergiat dalam industri seni di sana.
Pada usia hampir mencecah 51 tahun, Ayako memilih untuk berdamai dengan alam semula jadi. Antara aktiviti kegemarannya adalah hiking atau mendaki gunung. Terkini, beliau berkongsi kejayaan menawan puncak Gunung Tochigi setinggi 1625m di wilayah Aomori.
“Cuaca amat baik dan saya dapat menikmati pemandangan Kifuji dan Laut Jepun dari atas (stesen). Di sini, pohon epal sedang lebat berbuah dan salah satunya jenis epal kegemaran saya iaitu Fuji. Musim bunga yang sangat cantik!” Ayako Kobayashi
Selain itu, Ayako juga gemar menghabiskan masa dengan mempelajari perkara baru. Salah satunya menyertai kelas tarian di Shirakawa Dance School. Berhibur sambil bersenam katanya!
‘Oshin’ merupakan antara drama asadora yang disiarkan saluran NHK dan telah ditayangkan ke lebih 50 negara. Jalan ceritanya penuh teladan, kisah dari zaman ‘Oshin’ kecil, dewasa dan tua. Namun yang paling membekas di ingatan tentulah ketika ‘Oshin’ kecil, melalui kesusahan hidup sebagai anak petani miskin.
Rindukan ‘Oshin’? Berikut perkembangan terkini Ayako yang kelihatan cukup jelita dan awet muda…
(1) Potret Ayako dulu dan sekarang. Penonton ‘Oshin’ mengenali Ayako ketika usianya masih 11 tahun.
(2) Ayako berketinggian 158cm dan kini bakal mencecah 51 tahun.
*************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*************
(3) Beliau masih aktif berlakon dan salah satu filem terbaharu yang dibintanginya adalah Hakai (2022).
(4) Seorang yang sukakan alam semula jadi dan minat mendaki.
(5) Aktres ini mula berlakon sejak kecil dan masih bertahan sampai sekarang.
Bagai mengimbau memori lama, memang terkenang zaman kanak-kanak betul kalau cakap tentang drama ‘Oshin’ kan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!