Anda yakin mandi saja sudah cukup sebagai cara menjaga kebersihan badan? Tahukah anda, bakteria akan kembali ‘hinggap’ di badan 30 minit selepas itu. Sebab itulah, mandi saja tidak memadai kerana ada lagi cara lain bagi mencegah bakteri serta kuman bersarang di badan. Berikut adalah 5 cara mudah untuk menjaga kebersihan badan agar kekal bersih dan segar sepanjang hari.
MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA
Badan yang merasa letih atau lesu akan mudah kekurangan cecair di dalam badan. Salah satu cara menjaga kesihatan badan agar terhindar daripada masalah ini ialah dengan pengambilan air putih kosong secukupnya pada setiap hari. Usahakan di sela-sela masa antara aktiviti harian anda dengan pengambilan air kosong secukupnya. Maka, badan akan terhidrasi dengan baik dan sentiasa terasa segar meskipun beraktiviti seharian.
GUNAKAN PELEMBAPCara ini dapat membantu menjaga kesihatan badan secara luaran. Ini kerana bukan hanya bahagian dalam badan saja yang perlu diberi perhatian bahkan bahagian luaran juga sangat penting. Perlu diingat bahawa kulit yang kurang lembab lebih mudah diserang jangkitan kulit. Selain itu, kulit kering juga boleh menjejaskan penampilan. Oleh itu, menggunakan pelembab kulit sangat penting supaya kulit tidak kering seterusnya terhindar daripada berbagai masalah disebabkan oleh kulit kering.
MAKAN IKUT WAKTUApa pun jenis makanan yang kita ambil pastinya akan mempengaruhi kesihatan. Namun, yang tak kurang pentingnya ialah makan mengikut waktu yang tepat dan teratur. Selain memberikan zat makanan pada badan, usahakan untuk tidak makan sebelum waktunya. Makanlah ketika badan mulai terasa lapar. Meskipun sedang melakukan banyak aktiviti, jangan abaikan waktu makan. Berusahalah untuk mendisiplinkan diri untuk mengikut waktu makan secara teratur.
JANGAN MANDI TERLALU LAMATahukah anda bahawa mandi terlalu lama boleh menghilangkan kelembaban semula jadi kulit? Inilah salah satu alasan mengapa kulit menjadi terasa kering. Agar kelembaban kulit terjaga dan kelihatan sihat, mandilah dengan waktu yang lebih singkat. Menjaga kesihatan badan dapat membantu menjaga kelembaban semula jadi kulit. Anda juga akan kelihatan segar sepanjang hari.
KIEHL’S FAVORITE BODY FORMULASSeperti yang dijelaskan tadi, bakteria akan kembali hinggap ke badan 30 minit selepas mandi. Apabila ini berlaku, akan memudahkan terkena masalah bau badan yang pastinya mengganggu penampilan diri. Oleh itu, satu lagi cara yang disarankan ialah dengan menggunakan rangkaian produk KIEHL’S FAVORITE BODY FORMULAS. Pastinya badan anda bersih dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Grapefruit Body Cleanser berfungsi sebagai mandian berbuih yang membantu membersihkan kotoran tanpa mengeringkan kelembapan kulit.
Kiehl’s melancarkan Refill-A-Bottle kalis air yang boleh diguna semula dan dihasilkan darpada 100% aluminium. Diilhamkan daripada rekaan bungkusan
apothecary, ianya membolehkan anda mengisi semula botol berulang kali. Tujuannya adalah untuk membantu mengurangkan penggunaan plastik single use. Produk ini dibungkus dalam 100% paper carton kitar semula dengan pam tambahan bagi kegunaan kecemasan. Cara menjaga kesihatan badan tidak sekadar hanya dengan mandi setiap hari. Badan akan tetap dihinggapi bakteria meskipun rajin mandi. Maka, pentingnya untuk mengamalkan 5 cara berikut agar badan kekal bersih, segar dan paling penting sihat. Selain itu, akan bebas masalah bau badan meskipun aktif sepanjang hari.