Fenomena El Nino punca cuaca panas membahang, pastinya memburukkan keadaan kulit. Muka berminyak, berjerawat, kekeringan, kewujudan garis penuaan, sunburn dan sebagainya. Ah, bagaimana mahu pastikan wajah always look young? Ayuh semak 5 senarai produk di bawah.
Penting untuk kita mengambil berat perihal penjagaan kulit dalam keadaan cuaca begini supaya kecantikan terpelihara. Berikut tip yang boleh dipraktikkan untuk mengelakkan masalah kulit:
PRODUK MUSIM PANAS TERBAIK
FENTY SKIN CHERRY DUB BODY SCRUB
Sental bersih kulit tubuh yang kasar dengan skrub terbaharu Fenty Skin Cherry Dub Triple Action AHA. Ia berupaya menyerlahkan tekstur kulit baru yang lebih lembut berseri dengan kuasa penyental ceri, AHA dan enzim buah-buahan.
DR DENNIS GROSS ALL-PHYSICAL ULTIMATE DEFENSE SPF50 PA++++
Terus dari meja pakar dermatologi, formulasi sunscreen baharu Dr Dennis Gross sesuai untuk segala aktiviti anda. Bertekstur ringan dengan kemasan melembap, sunscreen berprestasi tinggi untuk menangani sinar lembayung UVA/UVB ini turut melindungi kulit daripada kerosakan suria dengan berkesan.
FENTY BEAUTY SUMMATIME
Tampil dengan kemasan rona sunset yang menawan, koleksi Fenty Beauty Summatime dipersembahkan dalam pilihan eksklusif gincu Fenty Icon Semi-Matte Refillable Lipstick, Poutsicle Hydrating Lip Stain serta Match Stix Color-Adaptive yang universal untuk pipi dan bibir. Dengan formulasi ringan serta menyihatkan kulit, himpunan rona-rona berani pasti menjadikan musim panas lebih meriangkan!
CETAPHIL BRIGHT HEALTHY RADIANCE PERFECTING SERUM
Produk penjagaan kulit dermatologi No. 1 di Malaysia, Cetaphil melancarkan Perfecting Serum
terbaharu dengan kebaikan 7x lebih berkuasa dalam rangkaian Bright Healty Radiance. Serum hebat dengan kesan terbukti seawal 14 hari ini diperkaya dengan teknologi GentleBright untuk mencerah dengan pantas dan selamat.
ANASTASIA BEVERLY HILLS COSMOS PALETTE SUMMER 2023
Bermekap cantik dari siang ke malam dengan palet mata paling dipercayai sempena musim panas ini, Cosmos Palette. Dengan 12 rona sempurna untuk dikenakan sepanjang hari, usah biarkan cuaca jadi halangan wajah polos tak berwarna!
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/pesona-kajol-usia-48-isteri-ajay-devgn-ini-makin-cantik-jadi-rebutan-produser-bollywood/
This website uses cookies.