Kulit adalah aset utama yang perlu dipelihara demi memastikan keremajaan kulit terus terpelihara dan tidak tua sebelum waktu. Rutin penjagaan kulit wanita adalah sesuatu yang tidak boleh ditinggalkan walau di mana juga anda berada.
1 – KUASA BAHARU KECANTIKAN
Essential Energy Moisturizing Cream daripada Shiseido ini memenuhi keperluan yang didambakan oleh setiap wanita. Mengangkat visi agar generasi akan datang terus memelihara kulit walau dipagut usia dan dikejar oleh waktu. Keupayaan krim ini memberi kelembapan yang diperlukan oleh kulit menjadi igauan setiap wanita.
2 – PEMBERSIH SEMPURNA KULIT
Pembersih kulit wajah yang berasaskan minyak semakin dipercayai kini kerana bertindak lembut di atas kulit. Shu Uemura telah memperkenalkan POREfinist2 Sakura Refreshing Cleansing Oil yang hadir dalam molekul kecil apabila menyerap masuk ke bawah kulit lantas bertindak membersihkan kulit secara menyeluruh.
3 – MENENTANG PENUAAN USIA
Givenchy telah mempersembahkan L’intemporel Blossom Radiance Serum yang berupaya mencegah penuaan kulit. Melalui teknologi terkini makmal Givenchy serum ini mampu menghalang kulit lesu dan menyerlah kulit merah secara semula jadi.
4 – SENJATA KULIT BERSERI
YSL beaute telah merungkaikan sebuah jawapan kepada keperluan wanita kini dengan menghasilkan Top Secrets Makeup Setting Spray. Semburan magis ini diperkaya dengan Hyaluronic acid and glycerin yang mampu mengekalkan kelembapan kulit di bawah solekan dan dalam masa yang sama menentang dehidrasi kulit sepanjang hari.
5 – MAGIS KRIM MALAM
Ketika di malam hari adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan kulit dan membenarkan nutrisi terpenting meresap masuk. Sothys telah memperkenalkan sebuah krim malam yang mampu merawat kulit di waktu malam demi kesejahteraan dan kecantikan kulit secara semula jadi. NO₂ctuelle™ Detox Resurfacing Overnight Cream adalah krim malam yang diperkaya dengan vitamin C.
6 – SEMBURAN RAMBUT
Rangkaian penjagaan rambut terkenal dari Jepun, Botanist telah memperkenalkan Botanical Hair Water yang bersifat natural dan bertindak lembut pada rambut. Diperkaya dengan buah epal dan pic dengan haruman yang memikat sepanjang hari.
7 – PENGHIDRATAN UNTUK KULIT
Elemen utama yang perlu diraih adalah produk yang dapat mengawal keseimbangan air dan garam, serta mengekalkan penghidratan kulit. Faktor ini hanya boleh diperoleh daripada Neutrogena® Hydro Boost™ Capsule In Serum dan Hydro Boost™ Water Gel menambahkan dan memperbaiki pelindung kulit anda.
8 – REJIM PENJAGAAN KULIT
Rangkaian penjagaan kulit L’occitane telah mempersembahkan cecair pembersih wajah yang lembut menyingkirkan segala kotoran dan sisa solekan dan dalam masa yang sama menyuntik pelembap yang sangat didahagakan oleh kulit. Kombinasi Hyaluronic Acid, Glycerin dan Calcium-rich Reotier water lengkap bagi membelai kulit wajah.
9 – SAMAR KULIT TIDAK SEKATA
Ucapkan selamat tinggal kepada kulit yang tidak sekata dengan Innisfree Color Correcting Kit. Kit ini membantu kulit yang tidak sekata dan menyamarkan lingkaran gelap di bawah mata. Bukan itu sahaya kit ini sangat berguna untuk menutup kulit tidak bermaya hanya dengan sekali sapuan sahaja. Hadir dalam tekstur yang lembut dan menyuntik lembapan secara semula jadi di bawah kulit.
10 – PINTAS JAM MASA
Rangkaian penjagaan kulit jenama mewah, Cle de Peau telah menghasilkan sebuah produk melalui teknologi Unique 4D*-Boosting yang merupakan satu langkah maju ke hadapan dalam dunia sains kecantikan. Firming Serum Supreme berupaya melangkaui masa dengan teknologi canggihnya. Mempunyai tekstur yang lembut, ringan serta mewah merawat kulit wajah dari dalam secara semula jadi dan berkesan melalui bahan-bahan yang terpilih.
11 – HARUMAN SEMERBAK STRAWBERI
Haruman segar mampu memikat sesiapa sahaja dan mampu meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Buah-buahan adalah esen yang sering dijadikan bahan utama dalam menghasilkan haruman segar. Japanese Cherry Blossom Strawberry Kiss Eau De Toilette dari The Body Shop dicipta demi aura kewanitaan yang begitu tinggi.