Kulit Mudah KERING & MENGELUPAS, Anda Mungkin Telah ‘Langgar’ 12 Amalan Kecantikan Berikut!

1768

Kulit kering biasanya terlihat kasar dan kusam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tahap sebum dan kelembapan kulit yang rendah. Sebum merupakan kelenjar lemak semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh, seterusnya menjadikan kulit anda tetap terjaga kelembapannya. Nak dapat kulit sihat dan bebas kering, kenalah amalkan 12 trik ini!

IKLAN
  1. Kulit kering memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding jenis kulit yang lain. Ini kerana kulit kering memerlukan pelembap serta urutan yang lembut secara teratur untuk meningkatkan peredaran darah dan mengaktifkan kelenjar yang menghasilkan sebum.

 

IKLAN
  1. Sebaik mencuci wajah, lapkan wajah anda secara lembut. Jangan cuba mengeringkan kulit kering anda itu dengan cara menggosok secara kasar.

 

  1. Gunakan krim pelembap pada waktu malam iaitu sebelum tidur. Krim yang lebih bagus serta sesuai untuk kulit kering ialah jenis losen kerana produk ini memiliki kandungan minyak yang lebih banyak.

 

  1. Sapukan krim atau minyak bayi selepas mandi. Cara ini dapat membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Salah satu cara lagi untuk mengekalkan kecantikan kulit termasuklah menyapu krim susu pada waktu malam iaitu sebelum tidur.

  1. Kulit kering boleh mencepatkan penghasilan kedutan. Gunakan krim di sekitar bahagian mata dan mulut. Kedua-dua bahagian  ini merupakan tempat paling awal untuk kedutan muncul.

 

  1. Ylang ylang, mawar, cendana dan chamomile merupakan antara minyak pati yang berkhasiat untuk mendapatkan kulit yang halus.

 

  1. Sental sel kulit mati sekurang-kurangnya seminggu sekali.

 

  1. Pilihlah pelembap yang memiliki kandungan minyak yang tinggi. Sekiranya anda memiliki kulit wajah yang sangat kering, pelembap yang mengandungi minyak dalam jumlah tinggi akan bekerja dengan baik untuk kulit anda. Namun, jika tahap kekeringan kulit wajah sederhana, anda harus menggunakan pelembap yang sedikit kandungan minyaknya serta yang berasaskan air.

 

  1. Dapatkan produk yang dapat membantu memperbaiki kulit wajah. Beberapa jenis produk yang boleh meningkatkan kecantikan kulit iaitu losen, pelembap, penyegar, cecair penanggal solekan dan skrub wajah. Jika kulit kering gunakan produk yang tertera  ’untuk kulit kering’ atau ‘untuk kulit sensitif’.

 

  1. Jauhi produk jenis sabun yang akan menyebabkan kulit bertambah kering. Kebanyakan sabun mandi boleh menyebabkan kulit kering. Mungkin ada yang sesuai dengan sabun tertentu tetapi belum tentu sesuai dengan kita kerana setiap orang memiliki tahap sensitiviti kulit yang berbeza. Kebanyakan sabun mengandungi sodium lauryl sulfateatau bahan pembuat buih sabun yang boleh menyebabkan kulit kering. Anda boleh memilih sabun yang disesuaikan dengan jenis kulit dan mengandungi pelembap yang baik untuk kulit kering.

 

  1. Elakkan mandi terlalu lama. Menggosok sabun pada kulit terlalu lama juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Malah, penggunaan air panas untuk mandi juga boleh menyebabkan kulit kering.

 

  1. Gunakan air yang bersih. Apabila air di persekitaran anda kualitinya adalah kurang baik serta mengandungi bahan berbahaya untuk kulit seperti logam berat, cubalah saring terlebih dahulu dengan alat-alat penyaring air bersih.